Wednesday, October 21, 2009

TT (teh tarik) ke Pak Ali

"oiii...cepat sikitlah pukul gambor tu nak melepas niiii" kata otai awie sambil menjeling manja
"Adoii....kalau selalu TT ramai2 macam ni mau kena gadai boxer aku" rengutan Founder PMC dan di dengar oleh ahli2 yang lain sambil tunjuk ibu jari tanda "gooood" hahahaha...


Buat julung2 kalinya ahli kelab PMC telah TT ke Restoran Pak Ali setelah pulang dari tugasan masing2.
Pertemuan ini membuatkan akak2 yang amik oder tak menang tangan serta tersimpul lidah melayan karenah ahli kelab dengan pelbagai oder serta pertanyaan sambil sempat mintak no tel tuuu...
Perkataan seperti"Kak !!teh tarik satu,tarik tak nak putus tau" atau "Kak!!roti tampal mandi tak nak basah" dan pelbagai lagi perkataan yang buat aku sendiri nak debik sorang sebijik kat tengkok mereka atau pun sepak laju2 jer muka diorang ni..hehehe
Biasalah setelah balik kerje ni masing2 nak relese tension dan penat setelah bertungkus lumus kat plant tadi,gamat suasana...
Lebih kurang 22org ahli kelab PMC telah bersidang dan berbincang berkenaan aktiviti & riadah sepanjang tahun ini termasuklah konvoi ke The Zone 24hb serta trip ke Sri Mersing pada 31hb Oktober ni...
Itu tak termasuk nak berkonvoi ke K.Tinggi mengiringi salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Dec ni..tut,tuttt...nama dirahsiakan.....
Tak lupa juga aktiviti sampingan seperti kelas memasak,menjahit,menyulam & membersihkan rumah aku.....hahaha acah mak enonnnn..
Semoga pertemuan ini akan membuatkan ahli kelab semakin erat serta tahan telinga dengan kutukan dan gurauan2 kawan yang lain hahahaha..layanzzzzzz..


No comments:

Post a Comment