Friday, October 16, 2009

Service Kuda


Hmm..tentu ada yg tertanya2 tajuk ni mcm nak main takraw jer...dah nama service kuda mestilah takraw kan..hehehe..
Taklah bro..posting ni hanya nak korek maklumat mana2 bengkel yang di rekomenkan leh service enjin ker,repair enjin,ketuk body ker utk kuda2 kita yang bermasaalah supaya kita tak tertipu.Tentu kita kadang2 terkena dgn pelbagai bengkel yang pandai berkata2 seolah2 kita terpukau mcm tengok mak janda ayu bila bercakap contoh..
Kita rancang nak tukor minyak itam dan mintak tolong check mana2 yang patut,bukan main manis jer dia jwb sambil menanam tebu di tepi bibir"Ala kawan,ini sikit punya hal la,petang sikit mari angkat,gerenti settle"
Kita pun punyalah berbunga2 hati sambil jalan disulami lenting dua kaki bertepuk petang tu nak amik kereta,si sepet tu jawab lain pulak,"Alamak kwn lu punya enjin ada problem la,timing belt bunyi ada kuat la,mau kena tukar ini barang takut putus bila lu jalan jauh"Perghhhh...berdegup jantung kita jatuh ke lantai dengor mcm tu,hilang segala mood,walhalnye kereta tu tak sampai setahun kita amik baru lak tu...so bagi yang tak berapa faham main ikut jer dan hulur leher kena sembelih,entah dia buat ke tak tak pasal2 dari nak tukar minyak itam dah jadi kena tukar timing belt dan segala belt..kopak duit 4-6 ratus budget nak buat balik kampung.
Jadi dengan adanya bengkel2 yang kita leh percaya serta boleh harap,kita akan mendapatkan maklumat yang betul serta tepat berkenaan enjin kita bukan main teka2 atau agak2
So boleh la letak nama bengkel yang anda rasa bagus serta mahir dgn satu2 jenis kenderaan serta berpatutan dgn harganya dalam comment ni demi kebaikan kita bersama..kalau boleh siap no tel nya sekali....letak jangan tak letak ewahhhh kompang2 gebeng2..

No comments:

Post a Comment