Monday, August 30, 2010

Majlis Berbuka Pearlmotoclub bersama Anak2 Yatim Rumah Berkat

Assalamualaikum,

Allhamdullilah bersyukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnia dan hidayatnya serta iringan doa dan sokongan rakan2 dari kalangan ahli kelab Pearlmotoclub dan tak lupa juga dari rakan sekerja yang bersama2 menderma mungkin majlis yang kita rancangkan tidak akan berjalan dengan meriah dan selamat.

Kutipan derma sebanyak RM2980 dari kalangan ahli dan pekerja2 Titan Petchem telah selamat kami serahkan dan manafaatkan untuk jamuan berbuka dan memberi sedikit duit raya kepada Anak2 Yatim Rumah Berkat pada Majlis Berbuka Puasa petang tadi.

Saya sebagai wakil kelab Pearlmotoclub dan barisan AJK dari hati yang sangat dalam dan terharu ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua para penderma2 dan juga kepada semua ahli2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang julung2 kalinya diadakan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat membalas jasa baik serta amalan tuan2 di bulan yang penuh kemuliaan ini .Insyallah..

Wassalam
Sungguh sejuk mata memandang pakaian anak2 yatim sedondon di majlis tersebut

Upacara bacaan tahlil ringkas yang kami tujukan khusus buat Allahyarham Jais Md Derus,Allahyarham Hamzani,Allahyarham Hj Syafie dan Allahyarham Norhisham JisuAnak2 perempuan dari rumah anak yatim juga berpakaian sedondon bersama dalam majlis tahlil tadi
Kaum ibu juga tak ketinggalan bersama2 memeriahkan majlis tersebut..Terima kasih

Sempat juga bergambar kenangan sebelum waktu berbuka..Thanks bro....

Jamuan diadakan di Dewan Safina tempat anak2 yatim beriadah

Majlis berbuka juga diserikan lagi dengan kehadiran Tim Pengerusi Rumah Anak Yatim Berkat iaitu Yg Berbahagia En Ahmad Abu Bakar
tuuuu!!! dia wajah2 kacak dari ahli Pearlmotoclub yang kita tak pernah saksikan siap berbaju melayu dan bersongkok...
Solat Maghrib berjemaah sebelum jamuan utama

Bro Awie dan Bro Taki macam pak haji hehehe!!!!

Suasana terharu bila berbuka bersama dengan anak2 yatim..

Abang angkat anak2 yatim Bro Akmal & Bro Kecik melayan kerenah mereka

Ahli2 PMC dari TPP juga hadir..thanks to all of u guys...

Bakal pengantin yang akan berlangsung pada bulan Okt ni..Bro Zalmazizi dan tunangnya

hmmm..apa lagi..lepas berbuka terus gi rumah tok kadi..baju pun dah cun gak ni hahaha!!!Syabas Bro Nami & Bro John
Entah apalah yang disembang oleh Founder kepada penyelia Rumah Anak Yatim Berkat

Amalan menjamu anak2 yatim adalah amalan yang Nabi Muhamad SAW sangat gemar lakukan pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Sambil bersembang anak2 dara ni makan ehhh....

Wajah2 ceria mereka menyambut kehadiran kami..

YB Team A selaku org kuat dalam Majlis tersebut..Thanks Bro Nizam atas sokongan anda dan anak2 buah anda..
Inilah acara yang membuatkan air mata aku hampir mengalir..wajah2 mereka begitu ceria menerima duit raya sambil mereka menyanyikan lagu "Duhai!! Bundaaa..Duhai!!! Ayahnda..."
Kaum ibu juga berpeluang memberikan duit raya kepada anak2 Yatim perempuan

Acara penutup dengan pemberian sumbangan kutipan kepada Rumah Anak Yatim telah disempurnakan oleh YB Team A Bro Nizam
Kenangan sebelum solat Isyak dan terawih

"Selamat Tinggal" Insyallah sekiranya dipanjangkan umur kita bertemu kembali

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa Pearlmotoclub

Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum & Salam hormat

Bersempena di bulan Ramadhan yang mulia ini kami menjemput semua ahli PMC dan pengunjung blog kami untuk bersama-sama memeriahkan program

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 YATIM RUMAH BERKAT
anjuran
PEARLMOTOCLUB
Tarikh : Isnin (30hb Ogos 2010)
Masa : 7.00pm
Bayaran : RM 30 seorang (Jamuan +Sumbangan)
(Meetpoint 1-Petronas sebelum Jambatan Permas Jaya pkl 5.45ptg)
(Meetpoint 2-Parking Awam depan komplek The Zone J.Bahru)
*segala pembayaran bolehlah disalurkan kepada Bro Mahfiz & Bro Awie (012-7058846)
Pakaian : Baju Melayu & Songkok (Lelaki) Baju Kurung & Bertudung (Wanita)
Semoga program yang bakal kami jalankan akan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT di bulan yang mulia ini.Insyaallah.

Wednesday, August 18, 2010

Kenangan Sepanjang Hayat

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun tertubuhnya Pearlmotoclub yang pada dahulunya hanyalah sebuah kelab kecil yang hanya berkisar kepada tak lebih 20org ahli sahaja.Alhamdullilah berkat kesabaran dalam meredah onak ranjau maka sekarang Pearlmotoclub boleh berbangga dengan keahliannya yang semakin meningkat serta aktiviti-aktivitinya yang mantap.

Dari itu bersempena dengan Ulangtahun Pearlmotoclub yang bakal tiba tak lama lagi di sini saya sebagai Founder/Leader mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli2 Pearlmotoclub kerana tanpa sokongan padu kamu semua kelab ini tidak akan berdiri kukuh & megah setanding dengan kelab2 yang ada di luar sana..
Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini saya dengan rasa rendah diri ingin menghulurkan beribu kemaafan sekiranya dalam penglibatan saya sebagai Leader dalam kelab ini ada mengundang resah di kalangan ahli atau bukan ahli.Insyaallah kita akan terus memperbaiki kelemahan dan berusaha akan terus maju.
Di bawah ni beberapa keping gambar yang telah kita kumpulkan menunjukkan bahawa kita tak tandus dengan aktiviti2 tak kiralah amal dan riadah semoga paparan ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat PEARLMOTOCLUB

Wassalam

AKTIVITI PEARLMOTOCLUB
RIADAH & AMAL
Tarikh :21hb Okt 2009 - 1st Meeting penubuhan PMC di Restaurant Pak Ali

Tarikh : 21hb Okt 2009 - Menziarahi Bro Hafizi di Hospital Penawar

Tarikh : 24hb Ok 2009 - 1st Pearlmotoclub Konvoi ke Titan Annual Dinner 09 ke The Zone

Tarikh : 31hb Okt 2009 - 1st Pearlmotoclub Family Day di Sri Mersing Air Papan

Tarikh : 20hb Nov 2009 - Main Bowling bersama ahli2 PMC di J.Jaya

Tarikh : 28hb Nov 2009 - Majlis rumah terbuka di rumah Bro Bahrin di K.Masai

Tarikh : 28hb Dec 2009 - Majlis potong jambul adik Bro Hassan di J.Jaya

Tarikh : 27hb Feb 2010 - Beriadah di Duta Village Cherating Pahang

Tarikh : 28hb Feb 2010 - Beriadah di Gambang Water Park Pahang


Tarikh : 7hb Mac 2010 - Jemputan Autoshow di IOI Mall Kulai dan Majalah Gila Kereta


Tarikh : 31hb Mac 2010 - TT di Bandar Baru Nusa Jaya Gelang Patah

Tarikh : April 2010 - Pearlmotoclub memancing di Pulau Besar Mersing

Tarikh : 1hb May 2010 - Konvoi Amal ke Rumah Anak Yatim Berkat Johor

Tarikh : 12hb Jun 2010 - Beriadah di Tiara Beach Resort P.Dickson

Tarikh : Jun 2010 - Riadah Pearlmotoclub TPP Team A di Teluk Buih

Tarikh : 16hb Jul 2010 - 1st Mesyuarat Agung Pearlmotoclub 2010

Tarikh : 17hb Jul 2010 - Majlis Aqiqah anak Bro Nizam di Nusa Damai

Tarikh : 29hb Jul 2010 - Friendly Futsal dengan MHCC di Sport Prima

KONVOI MAJLIS MENGAWAN
Tarikh : 6hb Dec 2009 - Majlis mengawan Bro Azwan di Tmn Scientex

Tarikh : Dec 2009 - Majlis mengawan Bro Khairi di Batu Pahat

Tarikh : 27hb Dec 2009 - Majlis mengawan Bro Anuar di Kota Tinggi

Tarikh : 10hb Jan 2010 - Majlis mengawan Bro Harun di Segamat

Tarikh : 27hb Feb 2010 - Majlis mengawan Bro Jamal di Pekan Pahang

Tarikh : 4hb Jun 2010 - Mengiringi Bro Azli ke Senai utk majlis mengawan di Sarawak

Tarikh : 13hb Jun 2010 - Majlis mengawan Bro Mokhtar di Bukit Rambai Melaka

Tarikh : 25hb Jul 2010 - Majlis mengawan Bro Solehan di Gemas

Tarikh : 31hb Jul 2010 - Majlis mengawan Bro Aidil di Endau Pahang

Tarikh : 8hb Ogos 2010 - Majlis mengawan Bro Bujal Sedili Johor


NEXT EVENT

Tarikh : 30hb Ogos 2010 - Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Berkat
(Meet Point :Parking Awan di hadapan Kompleks The Zone Stulang
Masa :6.00ptg
Pakaian :Baju Melayu/Bersongkok-Lelaki & Baju kurung/tudung- Wanita)

Tarikh : 10hb Okt 2010 - Majlis mengawan Bro Zalmazizi di Muar Johor
Bergantung kepada keadaan semasa

Tarikh : 4&5 Dec 201 - PEARLMOTOCLUB GATHERING DAY
TELUK BUIH AIR PAPAN MERSING


JADI JANGAN BERFIKIR2 LAGI BRO…UNTUK MENJADI AHLI PEARLMOTOCLUB.
BERSAMA-SAMA KITA MEMBANGUN DEMI KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN KITA BERSAMA