Saturday, October 22, 2011

Majlis Mengawan Bro Khaidil (Kodel)

Salam sejahtera,
Hari yang dinanti2kan telah pun tiba oleh Bro Kodel dan pasangannya diraikan dengan penuh meriah di rumah pengantin perempuan beralamat di jln Bayu Bandar Baru Sri Alam.
Konvoi 4 ekor kuda putih diikuti oleh kuda2 lain seramai 10 ekor telah mengiringi pengantin untuk ditabalkan sbg raja sehari.

Gurauan dan gelak tawa sahabat handai serta usikan sanak saudara menceriakan majlis yang bersejarah beliau.Kami seluruh warga pearlmotoclub mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Ke Akhir Hayat utk pasangan mempelai semoga rumahtangga yg dibina akan kekal abadi.

Wassalam

persiapan menghias camry yg bakal dinaiki oleh pengantin
amboi..dia tak siap2 lagi..org semua dah berpeluh2 ni...hahahah

bergambar bersama bapa pengantin lelaki

founder sempat lagi menanpal sticker di kenderaan ahlinya

ketua konvoi yg bakal mengharuk..hahahah

sebelum berangkat ke majlis pengantin perempuan

konvoi menantikan ketibaan kenderaan pengantin

sementara tu sempat gak posing

cewaaaahhhh...tuuuu..dia..konvoi exclusive oleh kuda2 putih

semua mata memandang tuuuu

konvoi dikuti oleh kuda2 lain

amboi siap ngan bonsuer tuuu pengantin diiringi

adoi!!!...tak pasal2 kena berpantun lak...

persembahan zapin memeriahkan majlis

balun..jgn tak balun...tapi kesihatan kena jaga gak

laporrrr...perutt...

berselera betul ehh..

bro samad sdg membantai rusuk kambing

pasangan yg menanti "que" utk diijab kabulkan

acara menepung tawar oleh ahli2 pearlmotoclub dimulakan oleh bro samad

diikuti oleh bro awie

di susuli oleh abg uda kita cewahhhh

shift Supt juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan

last sekali aku..dgn pengapit2 sekali kena hahahaha

sebelum berangkat pulang...apalagi....

kaum ibu dan serikandi pearlmotoclub juga tidak ketinggalan merakamkan sekeping gambar

Monday, October 17, 2011

Majlis Ijab dan Qabul Bro Kodel

Salam semua,


Alhamdullilah syukur kerana salah seorang ahli baru PMC (Bro Kodel) telah selamat berijab dan Qabul semalam,maka bermulalah alam rumahtangga beliau sbg seorang suami.Semoga amanat ynag telah diserahkan oleh pihak perempuan dapat ditunaikan sebaiknya sejajar sebagai umat Islam yang taat kepada agamanya.

Majlis persandingan beliau akan di adakan di Jalan Bayu Sri Alam pada 22hb Okt ni dan disebelah lelaki pula pada 23hb Okt di Taman Mawar.Kepada ahli2 yang berkelapangan sudi2lah bertandang ke rumah beliau semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi majlis beliau.

Wassalam
kelihatan 3 kuda exclusive dari Pearlmotoclub (Toyota Marx X,Toyota Camry & Honda Civic) yang menjadi kenderaan rasmi dan pengiring bakal pengantin

ketibaan bakal pengantin di Masjid Jamek Masai

sempat berposing menanti ketibaan Imam utk majlis akad nikah

kehadiran rakan dan juga ahli PMC memeriahkan majlis tersebut

menanti saat menjadi seorang isteri dgn debaran

kehadiran sanak saudara juga menceriakan majlis

serikandi PMC tidak juga ketinggalan memberikan sokongan

saat yang dinanti2kan tiba dgn mendengar nasihat dari Pak Imam Besar Masjid Masai

mas kahwin berupa wang tunai RM100 bersama seutas gelang emas

Ijab dan Qabul dari Bro Kodel menerima amanah sebagai seorang suami

penyerahan mas kahwin kepada isteri tercinta

upacara Lafaz taklik dari ibu kpd anaknya menandakan penyerahan tanggungjwb menjadikan suasana sayu seketika

bacaan selawat dan doa mengakhiri majlis

jamuan yg telah disediakan setibanya konvoi di rumah pengantin perempuan

barang2 hantaran yg dibawa oleh pihak lelaki

memberikan pose istimewa sebelum masing2 berangkat pulang

Friday, October 14, 2011

Baju edisi 2nd Annual Gathering Pulau Tioman

Salam..

Bersempena dengan Pearlmotoclub 2nd Annual Gathering di Pulau Tioman ini dgn suka citanya kami telah sebulat suara utk mencetak sehelai T'shirt edisi gathering kali ini.


Jadi besarlah harapan kami kepada semua ahli utk mendapatkan sehelai edisi terhad ini utk dijadikan koleksi peribadi mereka dengan menempah kpd Founder selewat2nya 18hb ini sebelum pencetakkan dimulakan.Harga tak mahal sehelai ..RM 16 sahaja..Jom..mari!!!..mari!!! panas...panas..


Wassalam

Monday, October 10, 2011

TT (Table Talk) PMC Event 2nd Anual Gathering Pulau Tioman 2011

Salam,

Tinggal 18hari lagi event kita yang dirancang beberapa bulan lepas akan dilaksanakan pada 28,29 & 30 hb Oktober ni..Jadi sebagai persiapan minggu2 terakhir ni satu meeting di antara ahli2 yang terlibat dalam event ni telah diadakan di teratak Founder dengan juadah yang tak seberapa iaitu menu ikan bakar segar berkebetulan dengan hasil trip memancing di Pulau Tioman baru2 ni.

Alhamdullilah,segala keputusan telah diambil dengan kesepakatan berkenaan aturcara event,menu BBQ dinner,faktor2 keselamatan dan ketepatan jadual perjalanan serta perbincangan tentang budget perbelanjaan utk juadah,penginapan & pengangkutan.

Terima kasih kepada yang hadir dan memberikan kerjasama serta juga komitmen untuk memastikan event kali ini berjalan dengan lancarnya.Insyallah

Wassalam
amboi2 bini founder pun posing gak ehhh!!!
kembong segar di selangi ikan cermin dan ebek...mmmm nyummi

bersungguh2 nampaknya si founder ni mengipas

bro taki tiba dan mengambil alih tugas

ketibaan ahli2 yang terlibat...walaupun dalam cuaca hujan renyai2

kita bakoooorrrr...kita bakoooorrrr.....

masing2 dah tak sabor ni...lapor bila tengok ikan bakorrrr

jom kita serbu...!!!!

lepas makan kita tidorrrrr...hahaha...meeting lah dol!!!

juadah yg simpel tapi best...

amboi cik kak ni...sedap sampai org snap gambor pun tak sedar

kami sokong!!!..nyumm..nyummm...kami setuju...nyumm..nyummm..