Monday, October 17, 2011

Majlis Ijab dan Qabul Bro Kodel

Salam semua,


Alhamdullilah syukur kerana salah seorang ahli baru PMC (Bro Kodel) telah selamat berijab dan Qabul semalam,maka bermulalah alam rumahtangga beliau sbg seorang suami.Semoga amanat ynag telah diserahkan oleh pihak perempuan dapat ditunaikan sebaiknya sejajar sebagai umat Islam yang taat kepada agamanya.

Majlis persandingan beliau akan di adakan di Jalan Bayu Sri Alam pada 22hb Okt ni dan disebelah lelaki pula pada 23hb Okt di Taman Mawar.Kepada ahli2 yang berkelapangan sudi2lah bertandang ke rumah beliau semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi majlis beliau.

Wassalam
kelihatan 3 kuda exclusive dari Pearlmotoclub (Toyota Marx X,Toyota Camry & Honda Civic) yang menjadi kenderaan rasmi dan pengiring bakal pengantin

ketibaan bakal pengantin di Masjid Jamek Masai

sempat berposing menanti ketibaan Imam utk majlis akad nikah

kehadiran rakan dan juga ahli PMC memeriahkan majlis tersebut

menanti saat menjadi seorang isteri dgn debaran

kehadiran sanak saudara juga menceriakan majlis

serikandi PMC tidak juga ketinggalan memberikan sokongan

saat yang dinanti2kan tiba dgn mendengar nasihat dari Pak Imam Besar Masjid Masai

mas kahwin berupa wang tunai RM100 bersama seutas gelang emas

Ijab dan Qabul dari Bro Kodel menerima amanah sebagai seorang suami

penyerahan mas kahwin kepada isteri tercinta

upacara Lafaz taklik dari ibu kpd anaknya menandakan penyerahan tanggungjwb menjadikan suasana sayu seketika

bacaan selawat dan doa mengakhiri majlis

jamuan yg telah disediakan setibanya konvoi di rumah pengantin perempuan

barang2 hantaran yg dibawa oleh pihak lelaki

memberikan pose istimewa sebelum masing2 berangkat pulang

No comments:

Post a Comment