Friday, December 2, 2011

Marshall Dan Tugasnya






Salam,


Bertemu kembali setelah lama dok rehat lepas dari event gathering kita bulan lepas..rata2 peserta puashati dan tersenyum teringgatkan kenangan masing2 di Pulau Tioman.Kali ini kita nak bercerita tentang apa itu MARSHALL dan tugas2nya yang aku petik dari artikel sebuah majalah permotoran.


KATEGORI MARSHALL


1- Leading Marshall ( kepala rombongan..dia paling terer tentang selok belok jalan yang bakal ahli konvoi lalui, bertanggungjawab dan cekap merancang laluan selamat utk para ahli...kalu dia langgar pokok, ahli2 lain pun akan ikut seta kalu tak kena gaya..hehehehe)


2- Sweeper Marshall ( tugas sweeper ni kasi arahan supaya ahli2 konvoi tak de yang langgar peraturan...kasi masuk barisan balik kalu ada yang dah lintang pukang...kasi arahan utk menjarakkan kedudukan ahli2 konvoi..membantu leading marshall dalam hal ehwal simpang siur jalan yang bakal di lalui..kasi sapu mana2 ahli yang tertinggal kat blakang..)


3- Runner / Lastman Marshall ( runner ni adalah yang paling aktif dalam konvoi..kejap dia kat blakang, kejap dia kat depan..jadi banyak runner yang pakai moto bercc tinggi...sebab takut tak terkejar...dia merupakan org paling belakang di dalam konvoi...bila ada ahli yang tertinggal di belakang dia akan bertindak sebagai ahli lari pecut utk memberitahu kepada leading marshall supaya slow kan skit pergerakkan...atau suh stop perjalanan jika ada kecemasan kat belakang..runner ni merupakan ekor kepada konvoi..tak de org lain selain dari dia kat blakang satu2 group konvoi...runner akan beri loporan kat lead marshall tentang keadaan kat blakang ..)


TUGAS-TUGAS MARSHALL


1) Marshall akan berfungsi sepenuhnya bila di iringi oleh pak polisi BERUNIFORM LENGKAP..Tugas marshall sebagai pembantu pak polisi sahaja utk melancarkan laluan trafic semasa berkonvoi...


2) Marshall tak leh suka2 hati block laluan jalan raya...walaupun korang ada lesen marshall..Hanya polis yang ada kuasa block laluan...


3) Marshall tak leh pandai2 p hijaukan traffic light..so bila triffic light merah, jangan pandai2 suruh ahli konvoi anda jalan..jangan buat sekatan utk beri laluan konvoi anda semasa di traffic light...kalu ada ahli yang tercicir, Runner @ Sweeper akan menjalankan tugasnya.....(saya selalu nampak marshall ni syok sendiri dok halang laluan jalan raya tanpa diiringi polis....jadi kalu anda rasa poket anda tebal utk bayar saman atau masuk court, sila ler jadi marshall yang mcm ni)


Wassalam