Thursday, September 30, 2010

Sticker Voting Last Reminder.......

Salam ukhwah dan selamat menjamu selera kat rumah2 terbuka yg ada skrg ni. Pada ahli2 PMC yg wat "open house" tu, jemput2 la kami semua k........

Seperti yg semua maklum, sesi pengundian sticker dan logo baru telah bermula hampir sebulan lebih yg lalu. Dgn rase rendah diri kami AJK2 tertinggi PMC memohon jasa baik tuan2 yg belum membuat undian agar dapat berbuat demikian dalam masa seminggu dr tarikh post ini....

Pemilihan sticker dan logo baru PMC ini akan diadili berdasarkan majoriti pengundian yg tuan2 buat. So, setelah seminggu dr tarikh post ini, sesi pengundian akan ditutup dan pengiraan undian tuan2 akan dibuat. Keputusannya akan diumumkan oleh pengerusi kita nanti.

Berdasarkan dr maklumat yg diterima setakat ini hanya 50% shj dr jumlah ahli PMC yg telah membuat undian masing2. Rayuan dibuat kepada ahli2 yg belum membuat undian anda agar dapat undian anda agar tiada rase tidak puas hati setelah keputusan dibuat nanti.........

Kerjasama dr semua PMC's amat2 lah kami hargai. Semoga kelab yg kita banggakan ini akan terus maju dan disegani oleh kelab2 kereta yg ada skrg.

HIDUP PMC!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, September 24, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN

Salam hormat...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" kepada semua pengunjung blog kesayangan ni dan tak lupa juga kepada semua ahli Pearlmotoclub yang mendukung segala aktiviti yang dirancangkan sehingga jayanya.

Di sini juga saya mengambil kesempatan utk menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya sepanjang saya menerajui kelab berkuda ni ada kesilapan dari segi pertuturan dan perbuatan yang tidak saya sedari atau sengajakan..

Saya akur sebagai manusia yang serba kekurangan ni kita tak terlepas dari membuat kesilapan.Disepanjang bulan yang mulia ni marilah kita bermaaf-maafan agar ukuah Islamiah kita akan terus terjalin dan utuh sampai akhir hayat Insyallah...

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 yang sudi menziarahi saya di Hospital Penawar kerana suspek batu karang tempohari..Doa kalian sentiasa akan saya kenang sampai bila-bila.Tak lupa juga terima kasih kepada bos saya Hj Yunus,En Zulkarnain yang hadir bersama rakan handai dari TPP dan juga En Uda yang berada di Malaysia kerana bercuti.Terima kasih semua...hanya Allah sahaja yang akan membalas budi anda semua..

Iringan doa juga buat sahabat2 kita yang akan bertolak ke Arab Saudi kerana tuntutan tugas setelah menghabiskan sisa2 cuti di Malaysia..Insyallah ada jodoh kita akan bertemu lagi..
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan sahabat2 kita yang berada di perantauan dan juga khas untuk ahli2 Pearlmotoclub khususnya dan perkerja2 Titan amnya di sepanjang menyambut bulan Syawal yang mulia ini.

Sekian Wassalam
18hb Sep 2010-Jamuan rumah terbuka oleh En Zaini Ismail Ex Titan (baju biru).dari kiri (Founder,Bro Jaiman,Bro Mazlan (Ex Titan),Hj Yunus,Bro Bahrin (Ex Titan),Bro Hj CD,Hj Majid (Ex Titan) & Bro Taki) Kelihatan Bro Yadzid (Ex BTX Titan dan Bro Maskam (Ex M/Trade) bersama2 pada mlm tu..Bro Samadi (Ex Titan) dan juga Bro Zainal (Ex Titan) tidak ketinggalan memeriahkan majlis tersebut
23hb Sep 2010-Ni gambor aku kat Penawar..baru2 ni hehehe...thanks to all you guys...akan ku kenang sampai bila2 bro....
26hb Sep 2010- Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan anaknda En Jaafar Ujud (Ex Titan) di Stadium Tertutup Pasir Gudang..Jemputan yang hadir pada majlis tersebutBro Azmi Nayan pun ada .26hb Sep 2010- Majlis Rumah Terbuka di rumah salah seorang ahli PMC-Bro Rashdan.Balun brooo..jgn tak balun.Bergambar kenangan bersama bapak pengantin hahaha.....26hb Sep 2010-Menerima kunjungan ahli2 PMC dan juga rakan sekerja

tak der open house bro....insyallah ada rezeki Founder buat...

Tuesday, September 14, 2010

Salam Lebaran Dr PP......

Salam hari raya dr kami di PP plant tuk semua PMC's diluar sana. Andai ada silap dan salah kami harap dimaafkan la.....

Mengambil peluang disini seperti yg telah diwar2kan seblm ini tentang pemilihan logo baru kelab yg kita semua sayangi, setakat ini dr maklumat kwn2 semua, pengundian utk logo baru ini terlalu perlahan. So, sekali lg sy sbg setiausaha ingin menyeru pd PMC's semua agar dapat membuat pemilihan masing2 agar segala perancangan kita dpt berjalan dgn lancar.

Kita beraya puas2 dulu n hopefully sambil2 tu luangkan la sikit masa beraya tu dgn melihat calon2 logo yg founder kita telah list kan seblm ni. Buat la pilihan anda tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak. kerjasama semua PMC's amat2 lah dihargai......

Last but no least "Mari lah mengundi.....tunaikan lah kewajipan pd negara.......opssss kelab"

Sambil2 tu layan la gmbr Waja sesumpah yg bakal dilancarkan tidak lama lagi....


Thursday, September 2, 2010

PEMILIHAN STICKER DAN LOGO BARU PEARLMOTOCLUB

Salam hormat,

Sejajar dengan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pearlmotoclub yang lepas berhubung dengan rombakan sticker serta pemilihan sticker & logo baru demi memperbaiki dan memperkemaskan lagi kelab yang kita sayangi ini.Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah diterima contoh2 yang terbaik daripada ahli2 yang bertungkus lumus menyediakannya maka inilah barisan contoh2 stiker untuk dipilih oleh semua ahli.

Kami barisan AJK amat berterimakasih kepada ahli yang telah bersusah payah menyiapkan contoh sticker demi menjadikan kelab kita ini lebih maju dan berdaya saing.Diingatkan juga segala keputusan yang terpilih adalah berdasarkan MAJORITI dari itu kerjasama dari semua ahli amat2lah kami harapkan.

Segala syarat-syarat adalah seperti tertera di bawah :

1) Segala undian hendaklah di SMS kan kepada 3 org panel demi menjaga kelancaran proses undian agar tiada memihak kepada sesuatu pihak serta gangguan dari mana2 pihak.

Bro Mahfiz-(012-7058846)
Bro Nizam-(013-7601255)
Bro Hafiz TPP- (017-7704969)

2) Setiap ahli hanya dibolehkan memilih dan menghantar SMS (SEKALI SAHAJA) kepada 3 org panel yang terpilih

Pemilihan adalah seperti berikut berdasarkan sticker depan/belakang dan logo rasmi kelab:

A) S1-A & S1-C
B) S1-B & S1-C
C) S2-A & S2-C
D) S2-B & S2-C
E) S3-A & S3-C
F) S3-B & S3-C


SMS (Nama ahli dan undian anda) kepada 3 panel di atas contoh:

Mahfiz Undi A

3) Tarikh tutup pemilihan adalah selewat2nya penghujung bulan September agar kami dapat membuat tempahan serta mengemaskinikan borang dan kad keahlian

Kami berharap kepada semua E.C atau wakil2 department dapat mewar2kan kepada ahli2 agar kelancaran proses pemilihan dapat dijalankan dengan baiknya.

Sekian

Wasalam


CONTOH STICKER DAN LOGO PEARLMOTOCLUB UNT
UK PEMILIHAN

A) S1-A & S1-C
(S-1A) - Sticker kereta depan/belakang
(S-1C) - Untuk logo bena dan logo kelab

B) S1-B & S1-C

(S-1B) - Sticker kereta depan/belakang
(S-1C) - Untuk logo bena dan logo kelab

C) S2-A & S2-C
(S-2A) - Sticker kereta depan/belakang
(S-2C) - Untuk logo bena & kelab dan sticker cermin road tax

D) S2-B & S2-C
(S-2B) - Sticker kereta depan/belakang
(S-2C) - Untuk logo bena & kelab dan sticker cermin road tax

E) S3-A & S3-C

(S-3A) - Sticker kereta depan/belakang
(S-3C) - Untuk logo bena & kelab dan sticker utk cermin road tax

F) S3-B & S3-C
(S-3B) - Sticker kereta depan/belakang
(S-3C) - Untuk logo bena & kelab dan sticker utk cermin road tax