Friday, September 24, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN

Salam hormat...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" kepada semua pengunjung blog kesayangan ni dan tak lupa juga kepada semua ahli Pearlmotoclub yang mendukung segala aktiviti yang dirancangkan sehingga jayanya.

Di sini juga saya mengambil kesempatan utk menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya sepanjang saya menerajui kelab berkuda ni ada kesilapan dari segi pertuturan dan perbuatan yang tidak saya sedari atau sengajakan..

Saya akur sebagai manusia yang serba kekurangan ni kita tak terlepas dari membuat kesilapan.Disepanjang bulan yang mulia ni marilah kita bermaaf-maafan agar ukuah Islamiah kita akan terus terjalin dan utuh sampai akhir hayat Insyallah...

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 yang sudi menziarahi saya di Hospital Penawar kerana suspek batu karang tempohari..Doa kalian sentiasa akan saya kenang sampai bila-bila.Tak lupa juga terima kasih kepada bos saya Hj Yunus,En Zulkarnain yang hadir bersama rakan handai dari TPP dan juga En Uda yang berada di Malaysia kerana bercuti.Terima kasih semua...hanya Allah sahaja yang akan membalas budi anda semua..

Iringan doa juga buat sahabat2 kita yang akan bertolak ke Arab Saudi kerana tuntutan tugas setelah menghabiskan sisa2 cuti di Malaysia..Insyallah ada jodoh kita akan bertemu lagi..
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan sahabat2 kita yang berada di perantauan dan juga khas untuk ahli2 Pearlmotoclub khususnya dan perkerja2 Titan amnya di sepanjang menyambut bulan Syawal yang mulia ini.

Sekian Wassalam
18hb Sep 2010-Jamuan rumah terbuka oleh En Zaini Ismail Ex Titan (baju biru).dari kiri (Founder,Bro Jaiman,Bro Mazlan (Ex Titan),Hj Yunus,Bro Bahrin (Ex Titan),Bro Hj CD,Hj Majid (Ex Titan) & Bro Taki) Kelihatan Bro Yadzid (Ex BTX Titan dan Bro Maskam (Ex M/Trade) bersama2 pada mlm tu..Bro Samadi (Ex Titan) dan juga Bro Zainal (Ex Titan) tidak ketinggalan memeriahkan majlis tersebut
23hb Sep 2010-Ni gambor aku kat Penawar..baru2 ni hehehe...thanks to all you guys...akan ku kenang sampai bila2 bro....
26hb Sep 2010- Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan anaknda En Jaafar Ujud (Ex Titan) di Stadium Tertutup Pasir Gudang..Jemputan yang hadir pada majlis tersebutBro Azmi Nayan pun ada .26hb Sep 2010- Majlis Rumah Terbuka di rumah salah seorang ahli PMC-Bro Rashdan.Balun brooo..jgn tak balun.Bergambar kenangan bersama bapak pengantin hahaha.....26hb Sep 2010-Menerima kunjungan ahli2 PMC dan juga rakan sekerja

tak der open house bro....insyallah ada rezeki Founder buat...

No comments:

Post a Comment