Saturday, November 13, 2010

Tahniah & Takziah

Salam,

Rasanya lama dah tak update blog ni memandangkan himpitan kerja Turnaround PC 2 yang baru-baru ni selesai,apa taknya lebih dekat sebulan 2minggu kita bertungkus lumus memastikan kerja2 dapat dijalankan dengan suksessnya ..Maaf jua di pinta kepada semua peminat yang terus memberikan sokongan kepada kelab yang disayangi ini..

Bercerita tentang tajuk yang di atas ni tentu ramai yang tertanya2 apa kebenda si Founder melalut ni...tentu pada masa ni ramai yang dok berjalan sambil mengira jari,tidor tak lena,makan tak lalu dek kerana menerima surat keramat dari Titan minggu lepas...mulalah nafsu merasuk jiwa almaklumlah masing2 berkira2 saguhati yang telah di berikan oleh pihak majikan kita terdahulu.
Tahniah dan syukur diucapkan sekurang2nya berbalas juga ketaatan para perkerja2 terhadap Mr James Chao..ada yang dapat 5,10,15,20 lot saham free dengan harga RM 2.33 seunit kerana jasa2 mereka bergantung kepada year service yang telah mereka curahkan..bagi yang dapat sikit tu...haraplah bersabar..nasib kita dah tertulis oleh takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.Tahun depan kena kerja lebih kuat lagi pada majikan baru kita iaitu Honam..

Dalam kegembiraan kita mendapat durian runtuh baru2 ni kita juga telah dikejutkan oleh pelbagai berita eksiden dari sahabat2 kita semasa kerja2 Turnaround yang lepas..2 orang sahabat kita telah mendapat kecederaaan teruk akibat terbakar samada (Hot Burn atau Cold Burn).Semoga ini menjadi pengalaman dan peringatan kepada kawan kita yang lain agar lebih perlu berhati2 semasa menjalankan tugas yang telah diamanatkan.

Janganlah memandang aspek keselamatan itu sebagai satu yang remeh dalam tugas2 kita seharian bak perpatah org putih ada mengatakan"Don't Take Chance For Granted" dengan isu2 keselamatan di tempat kerja..Akhir kata salam takziah atas musibah yang telah menimpa 2 orang sahabat kita iaitu Mek Razibah & Riduan Ngah semoga mereka tabah dan sabar menghadapinya ketentuan Allah moga ada rahmat yang terselindung disebalik kejadian yang menimpa mereka..

Wasalam
PC 2 yang baru jer siap dalam misi Turnaround 2010.30hb Sept 2010- (Hot Burn) Mek Razibah dengan muka kelat menahan kesakitan..ni time belum melecur lagitak sampai 1/2 hari kulit dia dah melecur dan terpaksa di dressingkan
12hb Nov 2010 - (Cold Burn) Ahli pearlmotoclub Bro Ridzuan yang letih dan panik menerima kunjungan rakan sekerja
muka Bro Ridzuan menahan kesakitan dengan tangan yang berbungkus macam pakai sarung tangan boxing