Sunday, August 1, 2010

Konvoi Mengawan Bro Aidil (Endau Pahang)

Salam, Alhamdullilah

Perancangan utk berkonvoi kelab pearlmotoclub bersama dgn bakal2 bdk2 baru (Insyallah)kelab kuda kita terlaksana dgn jayanya tanpa ada sebarang halangan.Kerjasama yang telah ditunjukkan oleh mrk2 sangat mengagumkan dengan memecahkan tembok pemisah antara TPP dan TPC.Walaupun ramai dikalangan mrk bukan ahli pearlmotoclub tapi semangat dan komitmen mereka memberikan impak yang sangat besar dalam membangunkan kelab berkereta yang satu2nya berada Titan.Syabas utk korang bro...

Konvoi bermula dari Pasir Gudang dengan 11 ekor kuda telah di ketuai oleh ahli baru pearlmotoclub iaitu Bro Joarnand dengan membawa seramai 9 ekor kuda dari TPP dan dikejar oleh Bro Azhari & Bro Nazri.Sampai sahaja di Mersing aku mengambil alih tugas mengepalai mrk sbg Marshall bersama dengan seorang bdk TPP.Sejumlah 12 ekor kuda telah selamat sampai ke destinasi pada pkl 1.30tgh walaupun tersesat2 mencari arah jalan masuk ke rumahnya.

Majlis yang meriah walaupun upacara berarak agak lewat tidak mematahkan harapan pengantin utk melihat ramai rakan2 dari Titan hadir dalam majlis persandingan beliau.Jutaan terima kasih kepada semua yang bersama2 berkonvoi pada hari tersebut dan tak lupa juga ucapan "Selamat Pengantin Baru "dari Pearlmotoclub semoga jodoh kalian berdua berkekalan hingga akhir hayat hendaknya..Insyallah...

Meetpoint Petronas Mersing sambil menantikan kuda2 lain yang ketinggalan di belakang

Sekalung penghargaan utk bdk2 TPP yang sporting dan menjayakan konvoi mengawan.

Bro Joarnand sebagai leader dari P,Gudang dan kelihatan Tn Hj Sadli juga tidak ketinggalan mengikuti berkonvoi bersama anak2 buahnya.

menantikan rakan yang tertinggal..maklumlah baru first time ikut konvoi

gambar yang sempat aku snap dari dalam kereta.

kelihatan mereka seronok berkonvoi apataknya jalan smooth jer ada Marshall.

upacara salam perkenalan..kalau tak der kelab kuda ni susah nak kenal antara satu sama lain

entah apa lah yang di bincang oleh bendahari kita tu....nak kemana lepas ni kot..

sekeping gambar ni saja sudah cukup membuktikan terjalinnya ukuah di kalangan pekerja2 Titan tanpa ada tembok pemisah
TPP group dengan pakaian seragamnya..tahniah brooo..next time boleh ikut konvoi lagi

Tuan Haji Sadli juga memuji kelab yang telah kita tubuhkan...

bro ni aku tak ingat namanya tapi selalu jumpa kalau ada game Titan

Bro Md Shah and family juga ada bersama2 pada majlis tersebut

Bro Joarnand ahli baru dari TPP yag memberikan komitmen membawa anak2 buahnya

" Amacam bro???Teluk Buih best tak?" soalan ni yang mula dia tanya kat aku..."memang best bro..boleh suggest utk Gathering Pearlmotoclub bln Nov atau Dis ni"

berpakaian segak bro Aidil mcm pengantin dulu2 tapi sayangnya ramai bdk2 TPP yang dah balik...sori bro..mrk masing2 ada urusan..ni jerlah yang tinggal

pengantin berarak agak lewat tapi aku tetap nak tunggu gak..kalau dia tak tengok muka aku mau masam muka pengantin

gembira dan bahagia sungguh kedua mempelai berpimpin tangan...

mempelai dok bersanding di padang utk menyaksikan persembahan pencak silat..sori bro aku tak dapat tunggu lama coz aku pun ada hal lain gak nak kena balik Mersing dgn segera.

persembahan pencak silat dari kalangan penduduk setempat

No comments:

Post a Comment