Monday, August 30, 2010

Majlis Berbuka Pearlmotoclub bersama Anak2 Yatim Rumah Berkat

Assalamualaikum,

Allhamdullilah bersyukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnia dan hidayatnya serta iringan doa dan sokongan rakan2 dari kalangan ahli kelab Pearlmotoclub dan tak lupa juga dari rakan sekerja yang bersama2 menderma mungkin majlis yang kita rancangkan tidak akan berjalan dengan meriah dan selamat.

Kutipan derma sebanyak RM2980 dari kalangan ahli dan pekerja2 Titan Petchem telah selamat kami serahkan dan manafaatkan untuk jamuan berbuka dan memberi sedikit duit raya kepada Anak2 Yatim Rumah Berkat pada Majlis Berbuka Puasa petang tadi.

Saya sebagai wakil kelab Pearlmotoclub dan barisan AJK dari hati yang sangat dalam dan terharu ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua para penderma2 dan juga kepada semua ahli2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang julung2 kalinya diadakan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat membalas jasa baik serta amalan tuan2 di bulan yang penuh kemuliaan ini .Insyallah..

Wassalam
Sungguh sejuk mata memandang pakaian anak2 yatim sedondon di majlis tersebut

Upacara bacaan tahlil ringkas yang kami tujukan khusus buat Allahyarham Jais Md Derus,Allahyarham Hamzani,Allahyarham Hj Syafie dan Allahyarham Norhisham JisuAnak2 perempuan dari rumah anak yatim juga berpakaian sedondon bersama dalam majlis tahlil tadi
Kaum ibu juga tak ketinggalan bersama2 memeriahkan majlis tersebut..Terima kasih

Sempat juga bergambar kenangan sebelum waktu berbuka..Thanks bro....

Jamuan diadakan di Dewan Safina tempat anak2 yatim beriadah

Majlis berbuka juga diserikan lagi dengan kehadiran Tim Pengerusi Rumah Anak Yatim Berkat iaitu Yg Berbahagia En Ahmad Abu Bakar
tuuuu!!! dia wajah2 kacak dari ahli Pearlmotoclub yang kita tak pernah saksikan siap berbaju melayu dan bersongkok...
Solat Maghrib berjemaah sebelum jamuan utama

Bro Awie dan Bro Taki macam pak haji hehehe!!!!

Suasana terharu bila berbuka bersama dengan anak2 yatim..

Abang angkat anak2 yatim Bro Akmal & Bro Kecik melayan kerenah mereka

Ahli2 PMC dari TPP juga hadir..thanks to all of u guys...

Bakal pengantin yang akan berlangsung pada bulan Okt ni..Bro Zalmazizi dan tunangnya

hmmm..apa lagi..lepas berbuka terus gi rumah tok kadi..baju pun dah cun gak ni hahaha!!!Syabas Bro Nami & Bro John
Entah apalah yang disembang oleh Founder kepada penyelia Rumah Anak Yatim Berkat

Amalan menjamu anak2 yatim adalah amalan yang Nabi Muhamad SAW sangat gemar lakukan pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Sambil bersembang anak2 dara ni makan ehhh....

Wajah2 ceria mereka menyambut kehadiran kami..

YB Team A selaku org kuat dalam Majlis tersebut..Thanks Bro Nizam atas sokongan anda dan anak2 buah anda..
Inilah acara yang membuatkan air mata aku hampir mengalir..wajah2 mereka begitu ceria menerima duit raya sambil mereka menyanyikan lagu "Duhai!! Bundaaa..Duhai!!! Ayahnda..."
Kaum ibu juga berpeluang memberikan duit raya kepada anak2 Yatim perempuan

Acara penutup dengan pemberian sumbangan kutipan kepada Rumah Anak Yatim telah disempurnakan oleh YB Team A Bro Nizam
Kenangan sebelum solat Isyak dan terawih

"Selamat Tinggal" Insyallah sekiranya dipanjangkan umur kita bertemu kembali

2 comments:

  1. Salam..
    Sy baru berkesempatan sggh di blog ini..dan agak terlewat utk melihat kejayaan tuan2 melakukan aktiviti murni dan berfaedah seperti ini. kagum dgn semangat tuan2 sume..Tahniah!..

    Semoga Allah memberi kebaikan dan ganjaran d atas keikhlasan tuan2 kelak.

    Saya rasa sangat terharu ..arwah JMD masih tidak dilupakan..terima kasih kerana kesudian tuan2 yang sempat melakukan tahlil ringkas bersama anak2 yatim rumah berkat untuk arwah suami saya juga.

    Bagi pihak saya,anak2 dan keluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kebaikan ini. Arwah JMD sgt beruntung mendapat sahabat seperti tuan2 semua.Allah saja yg dapat membalas setiap kebaikan yg tuan2 hulurkan..

    Terima Kasih..Wassalam.
    Ila

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam,
    Sama2 jua atas ucapan puan itu,tiada apa yang perlu kita banggakan,hanya ingatan dan tanggungjwb sesama insan.
    Saya sbg wakil kelab ini mengucapkan semuga Pn Ila tabah dan selalu dirahmati hendaknya.

    Wasalam

    Founder

    ReplyDelete