Sunday, August 8, 2010

Konvoi Mengawan Bro Rizal @ Bujal (Sedili Besar)

Salam,

Sebelumnya tirai Ramadhan berlabuh tidak lama lagi masih ada ahli2 yang mengambil kesempatan dengan memenuhi undangan serta menunaikan hajat rakan taulan dengan pelbagai majlis samada majlis perkahwinan dan kenduri doa selamat ataupun berpindah ke rumah baru.

Begitu jugalah dengan ahli kita iaitu Bro Bujal yang telah melangsungkan majlis mengawan beliau di teratak orang tuanya di Sedili Besar.Alhamdullilah majlis beliau selamat akhirnya walaupun hujan agak lebat turun semasa menyambut kedatangan ahli2 PMC bertandang..hujan rahmat agaknya kot.

Aku rasa tak sampai 2 minggu aku bertandang di rumah Bro Aidil di Endau ni dah ke Sedili Besar pulok.Kalaulah jalan tar Kota Tinggi-Mersing boleh bercakap mau diaorang menjerit2 asyik2 ahli2 Pearlmotoclub jer dok havoc berkonvoi kat atas badan mereka...hehehe..

Tak per bro...InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala undangan dari ahli2 PMC tak kiralah di mana majlis mereka asalkan kena pada harinya dan kelapangan ahli2 yg lain.Kami disini juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ahli2 yang menjayakan program konvoi mengawan ke Sedili Besar..kalau tanpa support korang segala program takkan berjaya..Tak lupa juga ucapan"SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada Bro Bujal dan pasangannya semoga mahligai yang dibina akan terus kekal utk selamanya..

* Selamat Berpuasa Kepada Ahli2 Pearlmotoclub dan Semua Umat Islam di Seluruh Dunia yang sudi mejengah blog ni

Wasalam..
Apalagi upacara bergambor lagi...tu baju merah org rumah Bro Dollah dok tunggu laki dia pergi bilik air..
inilah wajah2 ahli2 kita yang baru keluar dari pertapaan...Bro Dollah dan Bro Azli

shoot dari Bro Azli..thanks bro

dan ini lagi.....tu kat bawah sedang borak2 sambil tunggu ahli lain

kuda ku lari gagah berani !!!!.....13 ekor kuda havoc konvoi...

berhenti utk mengumpulkan semula kuda2 yang teputus

ketibaan kami disambut dengan bunyi guruh di langit..maklumlah berdekatan dgn laut

masing2 tak sabar nak membalun..terutama si baju hitam tuuu..hahahaha

bro Asri dan bro Daud dari Safety Dep pun ada...

hujan yang turun sama lebat dengan lebatnya kami membalun...

apa agaknya si bro Rashdan tu bersebuk eh...oooo..tempias kot abis basah baju dia hehehe

nasib baik hujan sekejap jer....tengok tu sempat gak berposing bini aku

inilah (killer lauk) yang membuatkan kami berselera..masak lemak sayur labu ngan pucuk paku bersama sambal belacan..perghhhhh!!!!!
dilawan pulok ngan masakan asam pedas ikan mayong segar bersama ikan kerisi goreng perghhhhh!!!!best siot!!!!
masing2 tak nak berganjak kerana lauk yang menyelerakan walaupun founder memberi arahan utk bergambor...
"halo!!!!kawan dah mari pukul gambor..pengantin dah tunggu lama tu..."jerit aku sambil tak dihiraukan oleh ahli lain yang tengah sedap membalun...hahaha
wajah kaum ibu dan anak2 yang bersama2 meraikan majlis tersebut..terpaksa amik 2X krn tak muat nak amik semua sekali..
cewaaaaahhh!!!!kaum ibu pun tak kurang meriah gak eh..wat gimik..merdeka!!!!!

kau bapak2 pulak melagakan perut masing sambil nyanyi lagu Wali Band.."ibu,ibu..bapak,bapak punya anak bilang aku yang masih belum kawin lagi satu hahaha!!!!"
kaum bapak2 juga tak ketinggalan membuat gimik dgn menjerit..Boco..Loro!!!!(bini dua) hahaha!!! jgn marah yer ibu2....gurau je...

No comments:

Post a Comment