Posting kali ni aku nak luahkan sikit perasaan aku bkn nak simpati tapi utk kita fikirkan dan berkongsi apa yang telah aku rasa dan alami sejak penubuhan club ni..
GEMBIRA- Mula2 ditubuhkan aku ni agak excited maklumlah baru tukar kuda sukan so cari geng utk tubuhkan club ni bukan utk bermegah2 tapi hanya utk menjalankan aktiviti riadah bersama sambil bertukar2 maklumat tentang penjagaan kuda ni..
SALAHKAH AKU GEMBIRA??- Yelah dulu aku ni tak mampu nak pakai kuda mewah gaji pun cukup2 makan mana nak bayar semua kos rumah,bil dan lain2 lagi.Anak2 pun berderet2 mcm anak berudu..so kereta unser jerlah yang leh aku pakai utk angkut anak2 aku..bila diorang dah besar dan leh bawak kenderaan sendiri serta pendapatan pun agak meningkat tak leh ke aku nak bergaya sedikit,kenapalah ada manusia yang sakit ati sangat bila aku pakai kuda elok sikit..tuuu yang tokey2 besor,manager,engenier tak nak lak di umpat ker,sindir ker..kenapalah aku ni korang dengki sangat..aku ni beli kereta tu pun bukan mintak duit korang..pinjam duit korang so tak der apa yang leh jadi kudis kat diri korang..sehinggakan ada yang sindir "kau tu dah tua la,mana layak nak tampal2 sticker besor2 kat depan kereta dan perasan macam org muda"..Maaf bro..tua atau muda tu tak jadi soal..aku pun sedor dirilah bro aku dah tua,manusia bukan dinilai dari segi penampilan bro..apa kau ingat aku ni tampal sticker yang leh mengguris ati korang ker..contoh sticker ACDC ker,Death Metal atau sticker carut marut...ni sticker club dan tak der satu perkataan mencarut pun yang tertulis..pasal apa korang tak nak marah diorg yang wat air brush gambar setan ker,api neraka ker kat body kereta diorang..yang sticker kita orang gak yang korang sakit ati..pelik lah dengan pe'el korang..korang tak nak join pun kita tak paksa apa kes lah lu ni broooo.segala apa yang aku buat korang sakit ati..agak2nya dah penuh kot titik hitam dalam hati korang nauuzubillah...
SEDIH-Sejak penubuhan club ni aku agak sedih kerana selalu di sindir dan ditertawakan atas sebab aku nak satu padukan kawan2 tempat kerja dengan aktiviti2 riadah serta amal.Selalu di beri tanggapan negative dengan penubuhan club ni.
SALAH KE AKU SEDIH??-Yer memang aku sedih dengan sikap negative manusia yang tak nak kita maju dan bersatu,agaknya dunia nak kiamat kot..suka kita bergaduh dan wat hal sendiri..Kenapalah masih ada makhluk yang suka sangat berfikiran negative dengan penubuhan club ni,sampaikan sound aku kenapa tak nak buat club bawak anak2 muda gi masjid ker surau ker utk dengar ceramah ni buat club yang tak berfaedah.Haloo broo...kenapalah negativenya pemikiran korang,apa ingat club ni kerjanya nak wat maksiat ker?,lumba haram ,simpan bohsia ,pergi konvoi minum arak ker? Cuba lah berfikiran positif,mmg ada segelintir org atau club yang mcm tu tapi bukan club ni,itu sebab club ni excutive club so kita pelawa hanya perkerja Titan jer supaya senang kita pantau..kita buat club ni utk jalankan kerja2 amal dan aktiviti riadah bersama keluarga bukan nak buat benda yang bukan2..so salah ker aku nak dedah kan sedikit pada yang lain tentang program amal2 yang nak dilaksanakan..kenapalah korang ni busuk ati sangat tengok kita org bersatu dan harmoni..agaknya korang ni jenis Yahudi kot..suka tengok manusia bercakaran sesama kita.Dosa atau pahala bukan kerja kita bro..itu kerja Allah..so kita jangan terus menilai sesorang dari luarannya.Insyaalah kalau pun kita berkonvoi atau bermalam kat mana2 ,kita akan terapkan nilai2 keagamaan dalam club ni..contoh solat berjemaah atau tazkirah..Aku sedar diri aku ni cetek dalam bidang agama tapi aku tak cetek lagi dari nilai budi brooo....
Kepada sesiapa yang terasa kalau aku luahkan kat sini aku mintak maaf banyak2.bkn niat aku nak mintak simpati dari sesiapa pun tapi fikirkanlah "Apalah salah aku"
No comments:
Post a Comment