Wednesday, October 14, 2009

Peraturan2 bila berkonvoi

Salam,
Kita sambung topik kali ni dgn peraturan nak berkuda beramai2 dgn kuantiti yang banyak..
Ingat main bohh jer ke...kena tau gak bila berkonvoi ni faktor keselamatan paling diutamakan.
Perlu diingatkan kadang-kala kita rasa diri kita hebat dan mulalah nak test power kuda masing2,maklumlah kuda baru di service,bagi makan pun rumput kelas A,makjun,tongkat ali,kacip fatimah semua bagi telan semata2 nak tengok kuda kita berdesutttt....kalau selagi tak bukak V-tec tu tak sah.
Pemanduan pun dgn cara berbahaya,cilok-menyilok sampai kiok,selit-menyelit sampai sembelit,potong-memotong sampai org sebelah asyik tekan brek angin jerrr..cucuk menyucuk juga perlu dielakkan semasa kita berada di belakang kuda kawan kita..buatnya kuda depan melatah bila ada tikus lalu "opocotttt"Buummmm....."haa berderet kuda masuk kandang.sapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka gak yang susah,so jarak mesti di kekalkan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku.
Dahlah malas aku nak cakap banyak2 korang ni pun dah besar panjang,tengok muka masing2 macam cerdik hahahah...kalau anak aku leh gak aku pelempang laju2 ker,ni nasihat tak mau dengar,sebat belakang dengan batang pancing bior lekat semua cincin kat badan tu baru nak dengor cakap hahahaha...sorri haaaa...

Kat sini ada aku sertakan syarat2 dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Polis Trafik Bukit Aman sekiranya kita nak berkonvoi. Dah kita layannnnn....... zassssssss..........
a)Memastikan semua pemandu/penunggang kenderaan terlibat mempunyai lesen memandu/cukai jalan yang sah dan berkuat kuasa
Ulasan-tak der lesen jgn nak ngada2
b)Mentaklimat/memastikan semua pemandu/penunggang kenderaan mematuhi peraturan undang2 jalan raya yang berkuatkuasa
Ulasan-mau putus urat leher aku bagi taklimat kat korang,dengor tak jugak...
c)Memastikan keederan bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak menghalang kenderaan lain di jalan raya dan digalakkan berlepas pada siang hari.
Ulasan-Haaa dengor tu..jangan konvoi panjang2 mcm ulor...berlepas tak leh malam,melepas(qadq' hajat) ok.. hehehe
d)Memastikan kenderaan yang terlibat tidak diubah suai dari segi fizikal yang boleh menyalahi sebarang peraturan dan undang2 yang berkuatkuasa.
Ulasan-No komen lalala..lalalalla.pandai2lah korang ek,sendiri tanggung
e)Memastikan pihak tuan berurusan dengan pihak konsesi lebuhraya berkaitan untuk tujuan pembayaran tol semasa kenderaan melalui mana-mana plaza berkenaan.
Ulasan-Lebuh raya PLUS kena tapi jalan Mersing bayor tol kat aku jerr,leh wat isi minyak hahaha...acah mak enon...

No comments:

Post a Comment