Friday, October 9, 2009

Tips Membeli kuda 2nd hand


Kita teruskan topik merapu kita kali ni dgn berkongsi tips2 membeli kuda 2nd hand bagi yg tak berapa mampu utk membeli kuda baru yg tip top condition..
Bagi yg mampu tu tak yah baca lah wat biol mata jer dan leh ting tong otak kamu yg dah nak mereng tu..pandai2 lah mu sekorrrr hahahaha.
1) Budget-
Pastikan budget yang anda sediakan mencukupi,duit muka,duit solek atau touch up..jgn pinjam tai-long,kalau kau pinjam gak pandai2lah mu sekorrr...
Paling penting monthly payment sejajar dgn gaji kamu,wat per kalau amik kereta mahal2 spt BMW 7 series atupun Ferari tapi tak mampu nak bayar bulanan dan kena ikat perut.Pastu letak tertonggok jer kat rmh,gi kerje tumpang kwn atau compy transport..jalan time gaji jer..tak ker nyusahkan nama nyer..so beli biarlah berpatutan dgn periok kita..kalau kuda mahal tapi tak mampu nak bagi jerami kelas A dan sogok dgn lalang jer pun tak guna gak...

2) Condition-
Bagi kuda 2nd hand ni agak complicated sikit bab conditionnya..time kita baru nak beli perghhh bkn main kilat siottt..siap ngan enjinnya,dalam toksah cakaplah wangi sokmo mcm jalan kat tanah perkuburan..so cara yang terbaik bwk member2 yang agak mahir bab kuda ni,leh gak terbelek2 tengok enjin,terttonggeng2 tengok body manalah tau kot2 bekas accident ker.enjin bunyi mcm nak runtuh ker leh gak wat penilaian..jgn bwk member yg tau gi karaoke jer hehehe...kalau mu nak suruh pilih lagu tu pandai lah dia org hahaha sorryyy brooo...
Cari kereta yg tak terlalu lama agar spare part boleh di cari sekiranya apa2 kemungkinan berlaku tp kalau nak degil gak cari kereta tahun 1945 mana nak dapat spare part bang oiiiii

3) Aggrement
Bab ni kena hati2 sikit...kena faham betul2 perjanjian yang anda buat dgn si jurujual sbelum anda menandatangani apa2 perjanjian...perghhh pandai mamat ni sekorrr..kereta belum beli mcm gula2 di tabur bagi kita makan,lepas gula kasar,gula icing,gula merah,gula melaka dok stand by kat poket dia...once kita dah bayar deposit atau book jer haaa mula lah nak main bangsat...loan tak leh masuk tinggilah,kena bayar deposit lebih la,intrest bank tak leh bg rendah la dan bermcm2 lagi alasan rasa mcm nak sagat jer muka diaorg ngan kulit durian,padan muka aku.Ini contoh yang selalu diaorg perdayakan kita

Contoh

Harga kereta- RM60.000 (OTR)
Deposit -RM 5,000
Loan -Sepatutnya RM55.000 tapi pandai2 jer dia nak mark up loan tinggi2 hingga leh cecah harga kereta sebenarnya RM 60,000...so wat per RM 5,000 tu??? wat sumbat tekak diorang lah tu...

Lagi satu pastikan kereta yg kita beli tu di beli di tempat yg boleh dipercayaai bkn apa ditakuti kereta panas spt kereta curi ke,kereta potong ker so berhati2 di jalan raya hahaha...bersabarlah bila memilih kereta yg betul2 memenuhi kehendak dan budget kita...ambil masa sikit untuk meronda2 di banyak tempat agar pemilihan dapat di buat brooo...lebih2 lagi di musim perayaan ni lagi banyak duit kita kalau boleh diaorg nak cekik coz kita terdesak nak pakai utk melaram di pagi raya.so timing biarlah betul...sekian dulu perot dah laporrr gila ni chaw cin chaw

No comments:

Post a Comment