Kisah kali ni berkenaan pengalaman seekor kuda yang aku jumpa dairinya masa aku berkemas2 kat dalam stor semalam...coretannya sungguh tragis dan menyayat hati...
Jan 2003-Aku dilahirkan di sebuah kilang yang ternama dan telah dinamakan Toyota Unser 1.8.Badan aku warna biru,besar dan mantap tapi enjin aku agak kecik jer..tapi tak pelah asal boleh lari laju hehehe..
Jun 2003-Aku telah dihantar ke sebuah kedai dealer untuk diserahkan kepada tuan baru aku..tuan aku ni baik serta cermat orgnya...kadang2 dia pergi kerje naik motor jer sebab sayangkan aku hahaha...
Dec 2003-Tak der apa masaalah maklumlah aku ni kan baru lagi..so tak banyak meragam,aku tunaikan tanggungjwb kepada tuanku dengan penuh semangat dan berdedikasi.
Jun 2004-Tuan aku mula menjeling2 kearah aku serta berbincang dengan isterinya berkenaan keadaan ekonominya yang agak gawat..maklumlah harga aku pada masa tu agak mahal...badan besorrr lah katakan,minyak pong boleh tahan melantak...
Nov 2004-Alahai sedihnya aku arini,tuan ku mula membebel nak jual aku kepada kedai kereta terpakai disebabkan bayaran bulanannya yang agak tinggi...siapalah yang akan jadi tuan baru ku nanti..harap2 dia tak lah ganaz orgnya..
Dec 2004-Sah!! tuanku mengambil kata putus utk menjualkan aku kepada kawannya setelah berbincang tentang harga ku...Alamak tengok pada keadaan tuan baru ku tu..besor orangnya serta anak ramai...mampos aku...harap2 baiklah orangnya.
Jan 2005-Aku mulalah berbakti kepada tuan baru ku dengan tanpa banyak ragam serta songel..tapi tuan ku ni suka jalan jauh..jap gi K.L,pastu balik Kg Kota Bahru.kadang2 naik sampai A.Star..punyalah jauh aku berjalan,tapi tak per asal dapat makan angin.
Jun 2005-Tuan baru ku ni orgnya pun agak baik serta sayang kat aku,pantang kotor sikit,terus jer cuci,kilat siot aku,kalau kucing cuba nak kencing kat ladam aku,mampos dia perambat sampai tak cukup tanah..
Dec 2005-Tuan baru ku ni selalu antor aku service,yelah asyik jalan jauh jer,bawak barang lak selagi tak penuh selagi tu nak di isinya.
Jun 2006-Aku masih terus berbakti pada tuan ku yang gemok ni..menyampah!! tapi aku sayang kat dia ...hehehe
Dec 2006-Tuan ku mulalah gila nak modifide aku,katanya tak sporty...so aku pun ditukarkan tayar sport rim saiz 17 tu..perghhh..eksen siot aku..lari pun laju lak tu..maklumlah cengkaman makin mengancam...
Jun 2007-Tuan ku makin sayang kat aku..selalu antor aku service jer tapi yang tak tahan tu asyik nak gi mancing jer kerjenya..pastu mak oii..bawak barang mcm nak gi perang..dengan tong coleman,joran dan mcm2 lagi mau patah tulang aku.
Dec 2007-Tuan ku mulalah wat hal..sound kat bini dia nak jual aku tapi nasib baik bini dia tahan..sayang aku kat bini dia muahhh...cium cikit...
Jun 2008-Aku lak yang wat hal..tali belting aku putus..mengamuk tuan aku..oiii..kau ingat aku ni kerbau ker..asyik kerja nak berangkut barang kau jer...sesekali check lah enjin aku..aku bermasam muka dengan tuan ku..tapi sekejap jer hehehe
Dec 2008- Entah apa angin tuan ku ni tak aleh2 gila nak melaram..abis aku di soleknya,pasang DVD player lah,cermin kasi tinted gelap lah,aku di kasi lowerd la..tapi boleh tahan gak pengubahsuaian keatas aku,dah macam gangster negro ala2 hip hop lak...lagu kalau pasang selagi tak gegar cermin selagi tulah di bukak besor2..
Jun 2009-Alamakk...mimpi ngeri berulang kembali..tuan ku yang gemok sekor ni mula bising2 coz aku ni pencekik minyak..ye lah aku badan jer besor tapi c.c nya kecik mmg lah larap makan minyak,tuanku mula memikirkan apa yang terbaik utk dia lakukan..harap2 tak lah aku di jual pada sesiapa lagi..aku sekarang dah cun tuuu...
July 2009-Tuan ku bawak aku jalan2 gi kedai kereta,pas tu dia baik jer..tentu ada muslihat...sambil2 tu dia ada bisik kat aku..ucap terima kasih kat aku..gila ke apa dia sekorr ni...
Tapi mmg sah dia ada muslihat...dia nak tukarkan aku dengan seekor kuda muda yang garing warna putih..jenis Honda Civic 1.7..jelesnya aku...rasa nak tendang jer tuan ku dengan kuda yang dia rancang nak amik tu...harap2 tak lulus lah loan dia,padan muka dia...
Ogos 2009-Waaaaaaa.!!!!!...aku nangis sekor2 lak kerana tuan aku dah gila nak pakai kuda orang muda..nak mampos ker dia ni..ye lah aku sedor aku ni dah tua,tak mantop,dah nama Unser..watlah macamane pun tetap nama Unser gak..sampai hati kau ekk..setelah aku kau heret kehulu hilir,angkut macam2,lari laju2 sampai tak cukup tanah kau kerjakan..kau campakkan aku lak ekkk...waaaaaaa!!! aku nak balikkkk....
Sep 2009-Aku telah ditempatkan bersama2 dengan kuda2 lain yang nak dijual setelah dibersihkan dan di touch up..terpampang tulisan kat dada aku..OFFER OTR $42,000....Hmmm...sedihnya hati aku..beginilah nasib ek kalau dah tua dan tak hensem lagi...Tiba2 zuupp... aku nampak kelibat tuan ku yang gemok tu datang bersama kuda barunya..nak wat ape ek dia datang..ker nak amik aku semula..aku pun apalagi punyalah control hensem jer bila tuan ku datang merapati aku,harap2 hati dia berubah lah...Ohhhh...tidak...tuan ku si gemok tu berbisik rapat di sisi aku dengan ayat yang amat dalam pengertiannya "Unser...terima kasih kerana telah banyak berjasa pada aku,aku bukan tak sayang kat kau,tapi kalau boleh kau berjasalah pada semua manusia kat muka bumi ni.hari ni giliran aku dapat khidmat kau dan aku sangat berbangga,anak2 aku pun dah membesar,aku pun tak larat nak tanggung kos minyak kau,maafkan aku ek..sorry and luv u Unser"terus dia pergi dan tak toleh2 lagi sambil memeggang geran milik kuda Honda Civic 1.7 yang baru di belinya.Meleleh air mata aku bila aku dengar tuan ku tu cakap mcm tu,rasa macam nak peluk jer dia..terima kasih juga kerana telah jaga aku sebaiknya..aku janji akan terus tunaikan kewajipan ku kepada sesiapa saja yang memiliki aku..waaaaa...nak ikut balikkkk sambil memandang tuan ku si gemok tu berlalu pergi bersama lipatan kisah silam suka duka bersama....
Yang Kesedihan & keseorangan
Toyota Unser 1.8
JGN 7824
No comments:
Post a Comment