Haaa...kita teruskan cerita kita kali ini dgn beberapa tips penjagaan kereta yg aku panggil kuda..
Aku ni pong taklah beberapa pandai sgt bab kereta ni tapi berdasarkan borak2 ngan kwn2 serta pengalaman berkereta ni bolehlah kita berkongsi sikit2 ekk yang basic2 jer...kalau salah aku mintak maap tau kalau tak,pandai2lah mu sekorr...hahahaha
Aku ni pong taklah beberapa pandai sgt bab kereta ni tapi berdasarkan borak2 ngan kwn2 serta pengalaman berkereta ni bolehlah kita berkongsi sikit2 ekk yang basic2 jer...kalau salah aku mintak maap tau kalau tak,pandai2lah mu sekorr...hahahaha
Kuda ngan kereta ni sebenarnya taklah jauh bezanya,kalau kita pandai jaga, selalu service,selalu belek dia akan memberikan perkhidmatan yang berterusan pada kita...
So kat sini kita cerita sikit 3 perkara asas yang perlu kita amik tahu bila dah memiliki kereta
1) Enjin - perut kuda
Haa...bab ni agak complicated sikit...ibarat kita bela seekor kuda,kalau kita bagi makan benda yang bukan2 spt lalang atau rumput yg bukan2 mau terberak-berak dia,kembong perot,boncit tapi badan keding jer,bila suruh lari sampai berbilai2 bontot kena sebat lari tak laju2 gak....so samalah ngan enjin kereta...kita kena selalu jaga,telek,check air,minyak itam.Selalu2lah tukar minyak itam,spark plug,oil fillter ,tak kira lah berapa ribu km kita dah nak kena tukar bergantung pada kekerapan kita bergerak serta kocek kita,agak2 kering kocek tukarlah paling kurang 4-6 bln sekali.Kalau kocek lebat sebulan sekali pun dah leh tukar.
Ni tak kalau tak selagi tak berasap sampai hangit enjin tu ataupun piston dah nak jem baru nak tukar...tak pong sampai kering minyak enjin bertahun2 pun tak sedar..asal start enjin kereta terus tekan minyak jalan hahaha..samalah gak ngan kuda kita..kena bagi jerami kelas A,dedak utk kuda,Vitamin haaa baru dia ok...tak yah sebat punggung dia kita hanya cakap " Jonny!!!! run" terus berdesut dia lari sampai kita lak senak telur hehehe..
Kekadang bab enjin ni agak sukar diramal..kita jaga sikit punya bagus,kalau dah nak datang meragam dia kena lak rosak kat highway kelam kabut kita bukak bonet depan konon2 mcm tau2 jer apa yang rosak walhalnya satu menda pun kita tak tau hahah...
Sebab tu kalau ada apa yang rosak sikit2 tu especially kereta 2hand spt gasket leak ker,ring dah mula nak makan minyak itam ker cepat2 kena buat sebelum terus melarat dari kita kena kuar 2-3 ratus terpaksa lak kena perabis ribuan hinggit nak kena turun enjin...
2) Body - Badan kuda
Bab body lak kena2 lah selalu cuci agar bersih,polish agar kilat bersinar barulah semangat sikit tengok kereta kita..ni tak..adalah pernah sekali aku amik tender cuci kereta utk charity,daki kotoran sampai dah nak sebati ngan body.Punyalah ringan jer mulut aku tanya "aloo tokey ni kereta berapa lama tara cuci??" Cewahh selamba jer dia jawab.."tara ingat la kwn..wa ingat adalah 2-3bulan"..perghhh aku rasa mcm nak sepak jer laju2..dahlah dalam kereta macam2 benda sampah ada,berjam gak nak vacuum baru clear,ini spesis kalau boleh tong gas,tong sampah,mesin tebu pun nak di angkut gak dalam kereta.Tara untunglah ini macam brooo...
Samalah gak dengan jaga kuda..kena selalu bagi mandi,syampo dan sikat bulu dia barulah wangi sikit badan dia hehehe ngalah bau badan bini lak..ni tak kalau badan kuda asyik melangau jerr,warna taik ngan badan pun lebih kurang sama jer..tu belum masuk lagi gigi ngan lidah asyik berlendir air liur ditambah lak idungnya yang kembang kuncup mau tak selera kita nak dekat.
Bab kereta yang agak kekelasikkan tu atau yg dah agak2 lebih dari 15-20thn tu kena selalu2 lah check lantai,body yang dah mula mengelembong tanda2 pengkaratan berlaku kenalah tembak anti rust kalau tak mau macam cerita Flinstone kaki kita kat jalanraya hahahaha..Hujan dan embun pun salah satu sebab pengkaratan senang berlaku..so selalu2 lah park kat bawah porch..mcm kuda kita gak kalau ari2 tambat kat bawah pokok pelam mau demam dia sekorrrr..
3) Tayar- Ladam kuda
Haaa...skarang ni dunia serba canggih dan tanpa sempadan,maka pihak2 pengeluar sport rim & tayar berlumba2 mereka cipta rim & tayar2 yang pelbagai jenis dan fesyen sekecik2 saiz 12inci hinggalah sebagak2 saiz 21inci kerana memenuhi selera pemilik2 kereta..ada tu sampai mencecah puluhan ribu hinggit kalau tukar complete 4 tayar & rim...
Yg rim berkilat nya lain,yang mcm berlampu sampai naik biol mata tengok pun ada...
Itu semua tak berapa penting asal kita mampu apasalahnya berbelanja lebih sikit kan janji kita puas.Tapi yang paling penting aku nak tekankan kat sini adalah bunga tayar kereta tu bang oiii..kalau selagi tak botak tayar sampai nampak benang pun tak nak tukar,bahaya tu bang kalau tengah laju sekali dia meletup boleh terbalik berpusing dan mengancam nyawa kita dan famili kita..sapa yang susah?? Mereka ngan keluarga mereka gak yang susah...
Samalah ngan kuda,kaki kuda ni bukan setakat kaki dia saja bang..dia ada kuku yang unik serta kena letak ladam dibawahnya agar tak de tanah yang leh melekat kat celah2 kuku serta menyukarkan pergerakannya..selalu kena tukar dan bersihkan tapak kaki dia,barulah lari leh power..begitu gak ngan kereta kita,tayar selalu kena check angin,wat balancing dan alligment barulah tak bergegar kereta serta makan sebelah tayar kita broo..kalau ada rezeki lebih pakailah tayar baru yang berkualiti sikit,kurangkanlah penggunaan tayar 2hand kekadang tayar tu telah ditoreh dulu agar nampak dalam sikit longkangnya walhal tayar tu sikit lagi cecah benangnya.
Sama gak dgn sport rim,pilih yang sesuai saiznya dengan kereta kita,takanlah kereta kancil nak letak rim 21inci,gila kau...carilah yang bersesuaian dgn body kereta dan kocek kita,tak guna pakai rim mahal2 kalau jalan asyik cecah mud guard jer..bisa tu telinga kita tuuu...
Oklah..tangan aku pun dah nak kebas menaip ni...kita sambung ek lain kali,bukan apa mata aku ni asyik meleret-leret jer kat bantal ajak tido.Aku harap tips yang aku bagi ni akan menjadi menafaat pada kita semua...Chaw dulu broooo..
Wasalam
No comments:
Post a Comment