Monday, October 19, 2009

Dulu dan Sekarang

Aku tak tau nak cerita apa lagi kat posting kali ni..kita bantai merapu jer ekk.. Kita cerita berkisar tentang permainan orang lelaki yang tak lepas dari kuda hehehe..


Dahulu
Kalau dulu masa aku kecik2 dalam umur 1-5 tahun aku kurang terdedah dengan alat permainan yang canggih2 spt sekarang.Aku ingat lagi masa tu aku jumpa rim basikal tua lalu aku gelek dgn sebatang kayu sbg sterengnya.Tak cukup dari tu idea kreatif pun datang bila terpandang tin milo yang kosong kat dapur.Dengan muka wat dono je aku rembat walaupun terjerit2 mak aku memarahi walaupun melekat tapak tangan kat belakang aku hehehe....
Aku tebuk tengah2 tin kat dua belah muka tin pastu masukan dawai keras isi pasir dan seret keliling kampung..kalau kecik tin tu kira kereta sport,kalau besar tin tu kira lori stemroll la hahaha kelakor gila masa tu...
Bila dah ada duit sikit lebih2 lagi lepas collection raya aku gi pasor malam kat Kg Melayu barulah dapat beli kereta mainan plastik yang berwarna merah perghhh..gembira siot masa tu...mulalah kwn2 terkedeng2 nak pinjam..rasa nak penyepak jer kalau ada member nak sentuh mainan aku masa tu..
Bila dah agak besor sikit dan dah pandai bertukang mulalah mereka cipta kereta yang aku buat dari kayu & papan yang terbuang yang siap ngan sterengnya tuuu..tayor pakai tayar basikal kanak2 roda tiga..bukan main kreatif siot masa tu..bapak aku tengok siap geleng2 kepala leh ganti Harison Ford pereka cipta kereta jenama Ford..
Sampai lah aku bujang & berkahwin kereta juga tak lekang dari hidup aku.Ia dah jadi satu keperluan bila dah berkeluarga.Tak kiralah KE-20 ker,Datsun 120Y ke,aku tetap akan berharap akan memiliki sebuah kereta pada masa tu.
Sekarang
Tapi tu dululah time kita susah,kanak2 lelaki sekarang makin canggih.Bila kita ajak gi shopping complex bukan main gembira diorang.Apa taknya mesti kita kena pau punya gi kedai mainan,kalau tak dibelikan mau guling2 siap kuak lentang kat depan kedai mainan tuu
Eeee..rasa nak lempang jer tokey kedai mainan yang tersengih tengok kita pujuk anak kita..Dalam banyak2 permainan,kereta control gak yang dia pilih,terbang duit rm50 sedekah kat tokey kedai..
Bila dah agak besor anak kita haaaa... mulalah pelbagai permainan jenis kereta control dari pelbagai jenis yang mengunakan bateri atau minyak.Habis lantai kat rumah dikerjakan buat track,terjerit2 org rumah aku memarahi anak aku..hehehe tersenyum2 aku perhatikan anak aku kena marah bukan apa teringat masa dulu,tak kemana tumpahnya kuah kan.Sehinggalah pada zaman melenium sekarang ni permainan computer dan video game racing kereta berleluasa di pasaran..hai habic PC aku asyik nak kena format jerrr..


Sampailah mereka membesar dan memiliki sebuah keluarga,putaran hidup berputar dan keinginan ingin memiliki sebuah kenderaan tetap tertanam dalam lubuk hati mereka.Kalau tak dapat kereta waja kereta kancil pun jadilah.Kereta ohhh kereta...kenapa kau tak di panggil karipap..kalau tak kau pun aku bedal hehehehe...

No comments:

Post a Comment