Thursday, October 29, 2009

Ingatan Tulus Ikhlas & Terima kasih

Baju kemeja F1 yang mengancam dengan harga rm 45
Baju t'shirt yang mencemburui mata sesiapa yang memandang berharga rm25
Salam semua,
Wah,wah,wah....bukan main happy lagi budak2 PMC ni dapat baju raya...ni nak raya apa ek..raya Haji kot..walau bagaimana pun kami ahli majlis tertinggi club PMC mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ahli club kuda ni untuk terus lagi berjaya merealisasikan impian mereka untuk menjadikan club ini sebuah club yang disegani..Syabas untuk anda semua..tanpa anda tiadalah club PMC ni...Kepada ahli yang masih belum mendapatkan t'shirt club kuda ni anda bolehlah menghubungi Bro Mahfiz di talian 012-7058846.

Di sini juga kami ingin mengumumkan bahawa kutipan untuk sumbangan kepada penduduk susah di sekitar Air Papan adalah sebanyak RM 320..wang ini akan kami belanjakan dengan membeli keperluan asas untuk mereka2 yang memerlukan dan akan kami serahkan pada Majlis Pelancaran & Sumbangan PMC pada esok malam 31hb Okt di challet Sri Mersing...Terima Kasih tidak terhingga kepada penderma2 yang sudi menghulurkan sumbangan,hanya Allah sahaja yang akan membalasnya dan bagi mereka yang masih ingin lagi menghulurkan sumbangan pihak kami amat mengalu2kannya.Sumbangan anda bolehlah disalurkan terus kepada kami pada:

Hari: Sabtu (31hb Okt)
Masa: Jam 8.oopagi
Tempat: Wakaf An Nur P.Gudang.

Saya mewakili ahli majlis tertinggi pearlmotoclub.blogspot.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli club ini dan mengalu2kan lagi penyertaan dari kalangan pekerja Titan untuk bersama2 kita berganding bahu menjalankan aktiviti riadah & amal...akhir kata

"Marilah bersama kita membantu meringankan sedikit beban mereka agar mereka boleh tersenyum walaupun hanya untuk seketika"

Wasalam
Founder

Wednesday, October 28, 2009

Dairi Duka Seekor Kuda


Kisah kali ni berkenaan pengalaman seekor kuda yang aku jumpa dairinya masa aku berkemas2 kat dalam stor semalam...coretannya sungguh tragis dan menyayat hati...

Jan 2003-Aku dilahirkan di sebuah kilang yang ternama dan telah dinamakan Toyota Unser 1.8.Badan aku warna biru,besar dan mantap tapi enjin aku agak kecik jer..tapi tak pelah asal boleh lari laju hehehe..

Jun 2003-Aku telah dihantar ke sebuah kedai dealer untuk diserahkan kepada tuan baru aku..tuan aku ni baik serta cermat orgnya...kadang2 dia pergi kerje naik motor jer sebab sayangkan aku hahaha...

Dec 2003-Tak der apa masaalah maklumlah aku ni kan baru lagi..so tak banyak meragam,aku tunaikan tanggungjwb kepada tuanku dengan penuh semangat dan berdedikasi.

Jun 2004-Tuan aku mula menjeling2 kearah aku serta berbincang dengan isterinya berkenaan keadaan ekonominya yang agak gawat..maklumlah harga aku pada masa tu agak mahal...badan besorrr lah katakan,minyak pong boleh tahan melantak...

Nov 2004-Alahai sedihnya aku arini,tuan ku mula membebel nak jual aku kepada kedai kereta terpakai disebabkan bayaran bulanannya yang agak tinggi...siapalah yang akan jadi tuan baru ku nanti..harap2 dia tak lah ganaz orgnya..

Dec 2004-Sah!! tuanku mengambil kata putus utk menjualkan aku kepada kawannya setelah berbincang tentang harga ku...Alamak tengok pada keadaan tuan baru ku tu..besor orangnya serta anak ramai...mampos aku...harap2 baiklah orangnya.

Jan 2005-Aku mulalah berbakti kepada tuan baru ku dengan tanpa banyak ragam serta songel..tapi tuan ku ni suka jalan jauh..jap gi K.L,pastu balik Kg Kota Bahru.kadang2 naik sampai A.Star..punyalah jauh aku berjalan,tapi tak per asal dapat makan angin.

Jun 2005-Tuan baru ku ni orgnya pun agak baik serta sayang kat aku,pantang kotor sikit,terus jer cuci,kilat siot aku,kalau kucing cuba nak kencing kat ladam aku,mampos dia perambat sampai tak cukup tanah..

Dec 2005-Tuan baru ku ni selalu antor aku service,yelah asyik jalan jauh jer,bawak barang lak selagi tak penuh selagi tu nak di isinya.

Jun 2006-Aku masih terus berbakti pada tuan ku yang gemok ni..menyampah!! tapi aku sayang kat dia ...hehehe

Dec 2006-Tuan ku mulalah gila nak modifide aku,katanya tak sporty...so aku pun ditukarkan tayar sport rim saiz 17 tu..perghhh..eksen siot aku..lari pun laju lak tu..maklumlah cengkaman makin mengancam...

Jun 2007-Tuan ku makin sayang kat aku..selalu antor aku service jer tapi yang tak tahan tu asyik nak gi mancing jer kerjenya..pastu mak oii..bawak barang mcm nak gi perang..dengan tong coleman,joran dan mcm2 lagi mau patah tulang aku.

Dec 2007-Tuan ku mulalah wat hal..sound kat bini dia nak jual aku tapi nasib baik bini dia tahan..sayang aku kat bini dia muahhh...cium cikit...

Jun 2008-Aku lak yang wat hal..tali belting aku putus..mengamuk tuan aku..oiii..kau ingat aku ni kerbau ker..asyik kerja nak berangkut barang kau jer...sesekali check lah enjin aku..aku bermasam muka dengan tuan ku..tapi sekejap jer hehehe

Dec 2008- Entah apa angin tuan ku ni tak aleh2 gila nak melaram..abis aku di soleknya,pasang DVD player lah,cermin kasi tinted gelap lah,aku di kasi lowerd la..tapi boleh tahan gak pengubahsuaian keatas aku,dah macam gangster negro ala2 hip hop lak...lagu kalau pasang selagi tak gegar cermin selagi tulah di bukak besor2..

Jun 2009-Alamakk...mimpi ngeri berulang kembali..tuan ku yang gemok sekor ni mula bising2 coz aku ni pencekik minyak..ye lah aku badan jer besor tapi c.c nya kecik mmg lah larap makan minyak,tuanku mula memikirkan apa yang terbaik utk dia lakukan..harap2 tak lah aku di jual pada sesiapa lagi..aku sekarang dah cun tuuu...

July 2009-Tuan ku bawak aku jalan2 gi kedai kereta,pas tu dia baik jer..tentu ada muslihat...sambil2 tu dia ada bisik kat aku..ucap terima kasih kat aku..gila ke apa dia sekorr ni...
Tapi mmg sah dia ada muslihat...dia nak tukarkan aku dengan seekor kuda muda yang garing warna putih..jenis Honda Civic 1.7..jelesnya aku...rasa nak tendang jer tuan ku dengan kuda yang dia rancang nak amik tu...harap2 tak lulus lah loan dia,padan muka dia...

Ogos 2009-Waaaaaaa.!!!!!...aku nangis sekor2 lak kerana tuan aku dah gila nak pakai kuda orang muda..nak mampos ker dia ni..ye lah aku sedor aku ni dah tua,tak mantop,dah nama Unser..watlah macamane pun tetap nama Unser gak..sampai hati kau ekk..setelah aku kau heret kehulu hilir,angkut macam2,lari laju2 sampai tak cukup tanah kau kerjakan..kau campakkan aku lak ekkk...waaaaaaa!!! aku nak balikkkk....

Sep 2009-Aku telah ditempatkan bersama2 dengan kuda2 lain yang nak dijual setelah dibersihkan dan di touch up..terpampang tulisan kat dada aku..OFFER OTR $42,000....Hmmm...sedihnya hati aku..beginilah nasib ek kalau dah tua dan tak hensem lagi...Tiba2 zuupp... aku nampak kelibat tuan ku yang gemok tu datang bersama kuda barunya..nak wat ape ek dia datang..ker nak amik aku semula..aku pun apalagi punyalah control hensem jer bila tuan ku datang merapati aku,harap2 hati dia berubah lah...Ohhhh...tidak...tuan ku si gemok tu berbisik rapat di sisi aku dengan ayat yang amat dalam pengertiannya "Unser...terima kasih kerana telah banyak berjasa pada aku,aku bukan tak sayang kat kau,tapi kalau boleh kau berjasalah pada semua manusia kat muka bumi ni.hari ni giliran aku dapat khidmat kau dan aku sangat berbangga,anak2 aku pun dah membesar,aku pun tak larat nak tanggung kos minyak kau,maafkan aku ek..sorry and luv u Unser"terus dia pergi dan tak toleh2 lagi sambil memeggang geran milik kuda Honda Civic 1.7 yang baru di belinya.Meleleh air mata aku bila aku dengar tuan ku tu cakap mcm tu,rasa macam nak peluk jer dia..terima kasih juga kerana telah jaga aku sebaiknya..aku janji akan terus tunaikan kewajipan ku kepada sesiapa saja yang memiliki aku..waaaaa...nak ikut balikkkk sambil memandang tuan ku si gemok tu berlalu pergi bersama lipatan kisah silam suka duka bersama....

Yang Kesedihan & keseorangan

Toyota Unser 1.8
JGN 7824




Tuesday, October 27, 2009

Apalah salah aku....

Posting kali ni aku nak luahkan sikit perasaan aku bkn nak simpati tapi utk kita fikirkan dan berkongsi apa yang telah aku rasa dan alami sejak penubuhan club ni..

GEMBIRA- Mula2 ditubuhkan aku ni agak excited maklumlah baru tukar kuda sukan so cari geng utk tubuhkan club ni bukan utk bermegah2 tapi hanya utk menjalankan aktiviti riadah bersama sambil bertukar2 maklumat tentang penjagaan kuda ni..

SALAHKAH AKU GEMBIRA??- Yelah dulu aku ni tak mampu nak pakai kuda mewah gaji pun cukup2 makan mana nak bayar semua kos rumah,bil dan lain2 lagi.Anak2 pun berderet2 mcm anak berudu..so kereta unser jerlah yang leh aku pakai utk angkut anak2 aku..bila diorang dah besar dan leh bawak kenderaan sendiri serta pendapatan pun agak meningkat tak leh ke aku nak bergaya sedikit,kenapalah ada manusia yang sakit ati sangat bila aku pakai kuda elok sikit..tuuu yang tokey2 besor,manager,engenier tak nak lak di umpat ker,sindir ker..kenapalah aku ni korang dengki sangat..aku ni beli kereta tu pun bukan mintak duit korang..pinjam duit korang so tak der apa yang leh jadi kudis kat diri korang..sehinggakan ada yang sindir "kau tu dah tua la,mana layak nak tampal2 sticker besor2 kat depan kereta dan perasan macam org muda"..Maaf bro..tua atau muda tu tak jadi soal..aku pun sedor dirilah bro aku dah tua,manusia bukan dinilai dari segi penampilan bro..apa kau ingat aku ni tampal sticker yang leh mengguris ati korang ker..contoh sticker ACDC ker,Death Metal atau sticker carut marut...ni sticker club dan tak der satu perkataan mencarut pun yang tertulis..pasal apa korang tak nak marah diorg yang wat air brush gambar setan ker,api neraka ker kat body kereta diorang..yang sticker kita orang gak yang korang sakit ati..pelik lah dengan pe'el korang..korang tak nak join pun kita tak paksa apa kes lah lu ni broooo.segala apa yang aku buat korang sakit ati..agak2nya dah penuh kot titik hitam dalam hati korang nauuzubillah...

SEDIH-Sejak penubuhan club ni aku agak sedih kerana selalu di sindir dan ditertawakan atas sebab aku nak satu padukan kawan2 tempat kerja dengan aktiviti2 riadah serta amal.Selalu di beri tanggapan negative dengan penubuhan club ni.

SALAH KE AKU SEDIH??-Yer memang aku sedih dengan sikap negative manusia yang tak nak kita maju dan bersatu,agaknya dunia nak kiamat kot..suka kita bergaduh dan wat hal sendiri..Kenapalah masih ada makhluk yang suka sangat berfikiran negative dengan penubuhan club ni,sampaikan sound aku kenapa tak nak buat club bawak anak2 muda gi masjid ker surau ker utk dengar ceramah ni buat club yang tak berfaedah.Haloo broo...kenapalah negativenya pemikiran korang,apa ingat club ni kerjanya nak wat maksiat ker?,lumba haram ,simpan bohsia ,pergi konvoi minum arak ker? Cuba lah berfikiran positif,mmg ada segelintir org atau club yang mcm tu tapi bukan club ni,itu sebab club ni excutive club so kita pelawa hanya perkerja Titan jer supaya senang kita pantau..kita buat club ni utk jalankan kerja2 amal dan aktiviti riadah bersama keluarga bukan nak buat benda yang bukan2..so salah ker aku nak dedah kan sedikit pada yang lain tentang program amal2 yang nak dilaksanakan..kenapalah korang ni busuk ati sangat tengok kita org bersatu dan harmoni..agaknya korang ni jenis Yahudi kot..suka tengok manusia bercakaran sesama kita.Dosa atau pahala bukan kerja kita bro..itu kerja Allah..so kita jangan terus menilai sesorang dari luarannya.Insyaalah kalau pun kita berkonvoi atau bermalam kat mana2 ,kita akan terapkan nilai2 keagamaan dalam club ni..contoh solat berjemaah atau tazkirah..Aku sedar diri aku ni cetek dalam bidang agama tapi aku tak cetek lagi dari nilai budi brooo....
Kepada sesiapa yang terasa kalau aku luahkan kat sini aku mintak maaf banyak2.bkn niat aku nak mintak simpati dari sesiapa pun tapi fikirkanlah "Apalah salah aku"

Saturday, October 24, 2009

Konvoi kuda ke Titan Dinner

Ahli2 PMC zon P.Gudang sabar menanti ahli yg lain sambil melepak2kan diri dan kuda2 mrk
Bertemu dgn ahli PMC zon J.B di Petronas Permas Jaya dan berbincang tentang kuda masing2...


Salam kekawan,
Walaupun penat baru balik dari The Zone aku cuba gak wat posting ni utk membuktikan betapa semangatnya kuda2 dan pemiliknya berkonvoi utk gi melantak kat Regency Hotel di zon bebas cukai tadi.Ahli2 PMC zon P.Gudang telah menunggu seawal pukul 5.30 ptg di Wakaf An Nur dan bergerak ke Permas Jaya serta bertemu dengan ahli dari zon Jay Bee.
Peserta2 yang mengikuti konvoi kali terdiri dari :-

1-Founder
2-Leader Awie
3-U.Hasan
4-Fairuz
5-Rasdn
6-Johar
7-Zamri lab
8-Din lab
9-Norazmi BD

Terima kasih pada ahli2 yang memberikan komitmen kali ini...lain kali ikut lagi mu sekorrr hahaha...SAFETY FIRST

Thursday, October 22, 2009

Baju club kuda


Dengan ini sukacita dimaklumkan setelah diperkenankan oleh pemeggang mohor serta dipersetujui oleh ahli club PMC dengan segala hormatnya memperkenalkan inilah baju rasmi club PMC..Silalah membuat tempahan dengan kadar seberapa segera agar kita sama2 dapat melaram pada Hari Raya Krismas nanti dan kepada yang bukan ahli PMC silalah tengok jer sambil menelan air liur tau tapi kalau nak oder gak boleh tapi boleh belah mu sekorrrrr hahaha...masuk ahli dulu & pelekat sticker baru leh oder broooo...sorry haaa

Tempahan boleh di buat kepada: Founder..club haaa
Harga : 25hinggit
Kemeja F1 : 45hinggit

Wednesday, October 21, 2009

TT (teh tarik) ke Pak Ali

"oiii...cepat sikitlah pukul gambor tu nak melepas niiii" kata otai awie sambil menjeling manja
"Adoii....kalau selalu TT ramai2 macam ni mau kena gadai boxer aku" rengutan Founder PMC dan di dengar oleh ahli2 yang lain sambil tunjuk ibu jari tanda "gooood" hahahaha...


Buat julung2 kalinya ahli kelab PMC telah TT ke Restoran Pak Ali setelah pulang dari tugasan masing2.
Pertemuan ini membuatkan akak2 yang amik oder tak menang tangan serta tersimpul lidah melayan karenah ahli kelab dengan pelbagai oder serta pertanyaan sambil sempat mintak no tel tuuu...
Perkataan seperti"Kak !!teh tarik satu,tarik tak nak putus tau" atau "Kak!!roti tampal mandi tak nak basah" dan pelbagai lagi perkataan yang buat aku sendiri nak debik sorang sebijik kat tengkok mereka atau pun sepak laju2 jer muka diorang ni..hehehe
Biasalah setelah balik kerje ni masing2 nak relese tension dan penat setelah bertungkus lumus kat plant tadi,gamat suasana...
Lebih kurang 22org ahli kelab PMC telah bersidang dan berbincang berkenaan aktiviti & riadah sepanjang tahun ini termasuklah konvoi ke The Zone 24hb serta trip ke Sri Mersing pada 31hb Oktober ni...
Itu tak termasuk nak berkonvoi ke K.Tinggi mengiringi salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Dec ni..tut,tuttt...nama dirahsiakan.....
Tak lupa juga aktiviti sampingan seperti kelas memasak,menjahit,menyulam & membersihkan rumah aku.....hahaha acah mak enonnnn..
Semoga pertemuan ini akan membuatkan ahli kelab semakin erat serta tahan telinga dengan kutukan dan gurauan2 kawan yang lain hahahaha..layanzzzzzz..


Tuesday, October 20, 2009

Gempak siot kuda Hj...

Perghhhh...sebelum ni khabar2 angin bertuip kencang sekencang taufan yang melanda Padang Indonesia.Tapi setelah dilihat dengan mata kepala sendiri memang sahhh...tak lain tak bukan Hj CD yang punyaaa..hahahaha
"Cayalah orang tua ni,Neo baru tuuu...kalah kuda aku kalau perambat...tak pe biar tua tapi hati kena muda sokmo bro.."
Atas kehadiran baby baru maka kami sebulat suara telah menghadiahkan sekeping stecker PMC blogspot.com 016 pada Hj CD sebagai tanda penghormatan kepada kehadiran kuda baru beliau...
Kepada semua ahli kelab ni kalau terpandang kuda beliau kat mana2 harap bagi tabik hormat & spring itik siap jalan itik lagi tuuuu..cayalah Hj..bangga siot

Alaa..kesiannye

Beberapa org Otai telah memberikan sedikit ceramah utk persiapan ke bilik pembedahan.


Geng2 kuda nakal telah menggamatkan suasana sampai nak kena halau keluar tuuu

Alaaa..cianye..hehehe..begitulah ungkapan yang terkeluar dari mulut bila menziarah salah seorang pemilik kuda yang juga ahli kelab kuda ni pagi tadi..
Riuh siott..sampai patient lain tersedor dari tido tuu..gila tul diorang ni,nak ziarah ker nak kenduri,apa taknya segerombolan ahli kelab pearlmotoclub telah sudi bertandang ke teratak yang tak sepertinya ini ..hahaha
Pemilik kuda tersebut yang ala2 macho tapi sipu2 siput iaitu Bro Hafizi telah dimasukan ke Hospital Penawar kerana penyakit tonsel bukan tongkeng tau yang akan menjalani pembedahan pada hari ni..Diharap dengan pembedahan tersebut akan memulihkan beliau dari penyakit beliau supaya dapat menjerit lantang macam kuda dia gak..Time kacih daun keladi,kalau sudi datanglah lagi mu sekorrr hahaha..

Monday, October 19, 2009

Dulu dan Sekarang

Aku tak tau nak cerita apa lagi kat posting kali ni..kita bantai merapu jer ekk.. Kita cerita berkisar tentang permainan orang lelaki yang tak lepas dari kuda hehehe..


Dahulu
Kalau dulu masa aku kecik2 dalam umur 1-5 tahun aku kurang terdedah dengan alat permainan yang canggih2 spt sekarang.Aku ingat lagi masa tu aku jumpa rim basikal tua lalu aku gelek dgn sebatang kayu sbg sterengnya.Tak cukup dari tu idea kreatif pun datang bila terpandang tin milo yang kosong kat dapur.Dengan muka wat dono je aku rembat walaupun terjerit2 mak aku memarahi walaupun melekat tapak tangan kat belakang aku hehehe....
Aku tebuk tengah2 tin kat dua belah muka tin pastu masukan dawai keras isi pasir dan seret keliling kampung..kalau kecik tin tu kira kereta sport,kalau besar tin tu kira lori stemroll la hahaha kelakor gila masa tu...
Bila dah ada duit sikit lebih2 lagi lepas collection raya aku gi pasor malam kat Kg Melayu barulah dapat beli kereta mainan plastik yang berwarna merah perghhh..gembira siot masa tu...mulalah kwn2 terkedeng2 nak pinjam..rasa nak penyepak jer kalau ada member nak sentuh mainan aku masa tu..
Bila dah agak besor sikit dan dah pandai bertukang mulalah mereka cipta kereta yang aku buat dari kayu & papan yang terbuang yang siap ngan sterengnya tuuu..tayor pakai tayar basikal kanak2 roda tiga..bukan main kreatif siot masa tu..bapak aku tengok siap geleng2 kepala leh ganti Harison Ford pereka cipta kereta jenama Ford..
Sampai lah aku bujang & berkahwin kereta juga tak lekang dari hidup aku.Ia dah jadi satu keperluan bila dah berkeluarga.Tak kiralah KE-20 ker,Datsun 120Y ke,aku tetap akan berharap akan memiliki sebuah kereta pada masa tu.
Sekarang
Tapi tu dululah time kita susah,kanak2 lelaki sekarang makin canggih.Bila kita ajak gi shopping complex bukan main gembira diorang.Apa taknya mesti kita kena pau punya gi kedai mainan,kalau tak dibelikan mau guling2 siap kuak lentang kat depan kedai mainan tuu
Eeee..rasa nak lempang jer tokey kedai mainan yang tersengih tengok kita pujuk anak kita..Dalam banyak2 permainan,kereta control gak yang dia pilih,terbang duit rm50 sedekah kat tokey kedai..
Bila dah agak besor anak kita haaaa... mulalah pelbagai permainan jenis kereta control dari pelbagai jenis yang mengunakan bateri atau minyak.Habis lantai kat rumah dikerjakan buat track,terjerit2 org rumah aku memarahi anak aku..hehehe tersenyum2 aku perhatikan anak aku kena marah bukan apa teringat masa dulu,tak kemana tumpahnya kuah kan.Sehinggalah pada zaman melenium sekarang ni permainan computer dan video game racing kereta berleluasa di pasaran..hai habic PC aku asyik nak kena format jerrr..


Sampailah mereka membesar dan memiliki sebuah keluarga,putaran hidup berputar dan keinginan ingin memiliki sebuah kenderaan tetap tertanam dalam lubuk hati mereka.Kalau tak dapat kereta waja kereta kancil pun jadilah.Kereta ohhh kereta...kenapa kau tak di panggil karipap..kalau tak kau pun aku bedal hehehehe...

Sunday, October 18, 2009

Pengalaman membawa kuda ku melancong




Ye.... adik2 hari ni abg nak cerita sedikit tentang pengalaman abg bawak kuda masuk Singapore...mau bingung jap sehhh...bagi sesiapa yang tak pernah bawak masuk kuda ke sana ini ada bebrapa tips yang aku rasa perlu di preparekan sebelum kesana..

1)Mesti ada pasport Antarabangsa bagi pemilik2 kuda.
-Sekarang ni pasport tgh murah,rm100 dah leh buat utk 2thn

2)Road tax & perlindungan insurance mestilah belum tamat tempoh
-Kalau boleh bawak surat perjanjian jual beli sekali manalah tau suspect kuda curi,surat pajak gadai tak yah bawak,kalau nak bwk gak sukatilah mu sekooorrr...hahaha

3)Kena ada kad touch & go untuk membayar tol di Imigirsen M'sia bila kuar dari Singapore nanti
-Jangan jadi macam aku,dah dekat 5 thn tak masuk Singapore..kelam kabut cari kad dan nyaris2 nak kena sondol ngan kuda diorang yg kerek tu...

4)Kuda mestilah memiliki surat beranak yang sah utk membuat kad Autopass masa masuk nnti
- Ni buat bayar kat Lee Kuan Yu,harga 10 Dollar tuuu...kad 6 dollar,kredit 4 dollar kira mcm tol lah gak,top up kat 7eleven kat sana utk s/by bila nak masuk lagi.

5)Kuda mestilah dalam keadaan tip top condition..
-Ini penting,buatnya dia buat hal terberak-berak kat cosway ker atau kat expresway maut kena masuk workshop kat sana...semua sing dollar tuuuuu...

6)Belajor buat memek muka baik jerrr..
Jangan buat muka stail perompak...sekali sangkut ke lokap kita ngan kuda kita sekali tuuu,jgn bwk benda2 yg bahaya atau terlarang contoh senjata api,meriam,kapal selam,Air wolf ker hehehe

Bila semua berkenaan diatas dalam paras mantop maka bawalah kuda anda dengan muka yang confident walaupun dalam hati tu agak cuak jer,lagi satu lupa nak bagi tau,traffic light kat sana pelik sikit,tak ada arrow masuk simpang,kalau jalan lampu hijau bulat jer,pandai2lah mu sekor kalau nak masuk simpang,leh gituuu...buduh sungguh diorg ni...Selamat melancong....

Friday, October 16, 2009

Service Kuda


Hmm..tentu ada yg tertanya2 tajuk ni mcm nak main takraw jer...dah nama service kuda mestilah takraw kan..hehehe..
Taklah bro..posting ni hanya nak korek maklumat mana2 bengkel yang di rekomenkan leh service enjin ker,repair enjin,ketuk body ker utk kuda2 kita yang bermasaalah supaya kita tak tertipu.Tentu kita kadang2 terkena dgn pelbagai bengkel yang pandai berkata2 seolah2 kita terpukau mcm tengok mak janda ayu bila bercakap contoh..
Kita rancang nak tukor minyak itam dan mintak tolong check mana2 yang patut,bukan main manis jer dia jwb sambil menanam tebu di tepi bibir"Ala kawan,ini sikit punya hal la,petang sikit mari angkat,gerenti settle"
Kita pun punyalah berbunga2 hati sambil jalan disulami lenting dua kaki bertepuk petang tu nak amik kereta,si sepet tu jawab lain pulak,"Alamak kwn lu punya enjin ada problem la,timing belt bunyi ada kuat la,mau kena tukar ini barang takut putus bila lu jalan jauh"Perghhhh...berdegup jantung kita jatuh ke lantai dengor mcm tu,hilang segala mood,walhalnye kereta tu tak sampai setahun kita amik baru lak tu...so bagi yang tak berapa faham main ikut jer dan hulur leher kena sembelih,entah dia buat ke tak tak pasal2 dari nak tukar minyak itam dah jadi kena tukar timing belt dan segala belt..kopak duit 4-6 ratus budget nak buat balik kampung.
Jadi dengan adanya bengkel2 yang kita leh percaya serta boleh harap,kita akan mendapatkan maklumat yang betul serta tepat berkenaan enjin kita bukan main teka2 atau agak2
So boleh la letak nama bengkel yang anda rasa bagus serta mahir dgn satu2 jenis kenderaan serta berpatutan dgn harganya dalam comment ni demi kebaikan kita bersama..kalau boleh siap no tel nya sekali....letak jangan tak letak ewahhhh kompang2 gebeng2..

Wednesday, October 14, 2009

Peraturan2 bila berkonvoi

Salam,
Kita sambung topik kali ni dgn peraturan nak berkuda beramai2 dgn kuantiti yang banyak..
Ingat main bohh jer ke...kena tau gak bila berkonvoi ni faktor keselamatan paling diutamakan.
Perlu diingatkan kadang-kala kita rasa diri kita hebat dan mulalah nak test power kuda masing2,maklumlah kuda baru di service,bagi makan pun rumput kelas A,makjun,tongkat ali,kacip fatimah semua bagi telan semata2 nak tengok kuda kita berdesutttt....kalau selagi tak bukak V-tec tu tak sah.
Pemanduan pun dgn cara berbahaya,cilok-menyilok sampai kiok,selit-menyelit sampai sembelit,potong-memotong sampai org sebelah asyik tekan brek angin jerrr..cucuk menyucuk juga perlu dielakkan semasa kita berada di belakang kuda kawan kita..buatnya kuda depan melatah bila ada tikus lalu "opocotttt"Buummmm....."haa berderet kuda masuk kandang.sapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka gak yang susah,so jarak mesti di kekalkan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku.
Dahlah malas aku nak cakap banyak2 korang ni pun dah besar panjang,tengok muka masing2 macam cerdik hahahah...kalau anak aku leh gak aku pelempang laju2 ker,ni nasihat tak mau dengar,sebat belakang dengan batang pancing bior lekat semua cincin kat badan tu baru nak dengor cakap hahahaha...sorri haaaa...

Kat sini ada aku sertakan syarat2 dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Polis Trafik Bukit Aman sekiranya kita nak berkonvoi. Dah kita layannnnn....... zassssssss..........
a)Memastikan semua pemandu/penunggang kenderaan terlibat mempunyai lesen memandu/cukai jalan yang sah dan berkuat kuasa
Ulasan-tak der lesen jgn nak ngada2
b)Mentaklimat/memastikan semua pemandu/penunggang kenderaan mematuhi peraturan undang2 jalan raya yang berkuatkuasa
Ulasan-mau putus urat leher aku bagi taklimat kat korang,dengor tak jugak...
c)Memastikan keederan bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak menghalang kenderaan lain di jalan raya dan digalakkan berlepas pada siang hari.
Ulasan-Haaa dengor tu..jangan konvoi panjang2 mcm ulor...berlepas tak leh malam,melepas(qadq' hajat) ok.. hehehe
d)Memastikan kenderaan yang terlibat tidak diubah suai dari segi fizikal yang boleh menyalahi sebarang peraturan dan undang2 yang berkuatkuasa.
Ulasan-No komen lalala..lalalalla.pandai2lah korang ek,sendiri tanggung
e)Memastikan pihak tuan berurusan dengan pihak konsesi lebuhraya berkaitan untuk tujuan pembayaran tol semasa kenderaan melalui mana-mana plaza berkenaan.
Ulasan-Lebuh raya PLUS kena tapi jalan Mersing bayor tol kat aku jerr,leh wat isi minyak hahaha...acah mak enon...

Tuesday, October 13, 2009

Konvoi berkuda ke Sri Mersing Air Papan


Apa aku nak wat topik dalam posting kali ni ekkk..
so aku buat jerlah persiapan & planing trip berkuda ke air papan..
setelah berbincang & menghubungi tuan tanah kedaung challet Sri Mersing lalu kata setuju telah termentrai dgn lafaz aku terima 15 bilik challet dgn harga delux rm168 & biasa rm 147 tunaiiiii...
Kat sini aku listkan berapa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemilik2 kuda sekiranya mrk teringin sangat nak berkonvoi...


Keluarga- (challet-rm 168,makan-rm45 (perhead) kanak-13-9 thn- rm 30 BBQ -rm5
Bujang - (challet-rm 147(4org) makan- rm 45 (perhead)BBQ- rm5

Aktiviti dalam perancangan

31hb Oktober
8.00 pg : Berkumpul di Masjid Jamek P.Gudang (dihadapan wakaf An Nur)
8:30 pg : Konvoi dari P.Gudang bergerak ke stesen minyak Petronas Ulu Tiram
9:00 pg : Berkumpul di stesen minyak Petronas Ulu Tiram bersama ahli dari JB
9:15 pg : Konvoi bergerak menghala ke Mersing
10:00pg : Berhenti rehat di R & R Panti
10:30pg : Konvoi bergerak menghala ke Mersing
12:00tgh : Konvoi sampai di Sri Mersing Air Papan Resort
12:15 tgh : Berkumpul utk taklimat
12:30 tgh : Jamuan Tengahari
1:00 tgh : Check -in
Aktiviti bebas & berehat
3:30 ptg : Berkumpul di dewan
4:00 ptg : Acara Sukaneka & Riadah
5:00 ptg : Berehat & minum petang
5:30 ptg : Acara Sukaneka & Riadah di sambung semula
6:00 ptg : Aktiviti bebas & berehat
8:00 mlm: Majlis Pelancaran & Penyampaian Sumbangan kpd 3 keluarga miskin sekitar AirPapan
8:30 mlm : Jamuan Makan Malam & BBQ
9:30 mlm : Karaoke suka-suka
12:00 mlm : Bersurai
1hb Nov
7:30 pg : Berkumpul utk Sarapan pagi
8:00 pg : Aktiviti bebas
11:00 pg : Berkemas & house keeping
12:00 tgh : Jamuan Tengahari
1:00 tgh : Check out
1:15 tgh : Berkumpul di stesen minyak Petronas Mersing
1:30 ptg : Konvoi bergerak ke tempat membuat keropok uth buah tangan
2:00 ptg : Konvoi bergerak ke Johor Bahru
4:00 ptg : Berhenti rehat di R&R Panti
5:30 ptg : Konvoi bergerak ke P.Gudang & J.B

Buat masa sekarang seramai 44 org peserta termasuk isteri& anak2 yang telah mendaftarkan diri dalam konvoi kali ini dan mereka adalah :
Keluarga
Mahpiz Mohamad
Nik Zawawi Nik Mat
Roslani Abd Ghani
Mohd Johar Othman
Khairul Nizam
Ahmad Rashdan Suhailli
Mohd Nizam Azhar
Bujang
Mohd Fairuz Hamid
Ungku Hassan
Mohd Hafizi
Norashdan Tendot
Norazmi Mokhtar
Mohd Norhafizan
Zulkarim
Mohd Syafiq Mahpiz
Mohd Azli Sulong

Sebanyak 12 ekor kuda telah pun mendaftarkan diri utk mengikuti konvoi kali ini..
Pemilik Kuda & Surat beranak kuda
Mahpiz Mohamad (Honda Civic JHD303)
Mohd Johar Othman (Proton Iswara AB JFN4192)
Roslani Abd Ghani (Nissan Grand Livina JLD9443)
Nik Zawawi Nik Mat (Honda CRV WGF2266 )
Ahmad Rashdan Suhailli (Proton Waja JHH8032)
Mohd Fairuz hamid (Proton Waja JJC6776)
Ungku Hassan (Proton Gen 2 JKT7974)
Mohd Hafizi (Toyota Vios JLL204)
Mohd Norhafizan (Proton Saga BLM JLH951)
Norazmi Mokhtar (Perodua MyVi JLM7124)
Khairul Nizam (Proton Wira JEH699)
Mohd Nizam Azhar (Proton Iswara JDC 2117)

Penyertaan masih terkangkang luas kepada sesiapa yang berminat tapi malu2 kucing dan segan2 bodoh....hehehe hingga tarikh 20hb Okt ini..
Kepada yang irihati dan gembira dgn kegagalan matlamat club kuda ini agar sama-sama berdoa agar perjalanan ahli kita selamat pergi dan kembali....TQ

Sunday, October 11, 2009

Pelbagai Jenis Kuda & Perangainya

Kuda Tua- Ni kuda lahir lahir sblm merdeka lagi..mungkin segelintir yang masih membela tapi kalu di touch-up perghh tua-tua keladi tuuuu..






Kuda kelasik - Kuda yang agak tua tapi setelah di maintain ngan tongkat ali serta selalu buat treatment terus jadi ngetop dan exclusive..org tertentu jer boleh bela dia sekoorrr




Kuda Standard-Kuda paling laris krn pemiliknya sederhana serta boleh digunakan wat pelbagai kerja,gi jalan2 boleh,mancing boleh,ngurat awek pun boleh....



Kereta kuda- Haa..ni utk family besar...leh balik kampung angkut sekali buah kelapa,pisang,durian dan mcm2 lagi..kuda pelbagai kegunaan ni pun agak laris gak kat M'sia...




Kuda Bajak- Kuda ni jgn wat pasal bawak racing kat trek mau terbalik time conering..kalau nak ajak race gak bawak masuk kat hutan jer kena tinggal mu sekoorr...





Kuda Lumba- Kalau mu nak lumba sangat cubalah ajak kuda ni...amacam ada berani kaaa...madang cium bau asap jer..mu baru nak abis 1-round kuda ni dah 5-6 round.Sape berani angkat tangan???




Kuda Padi- Ni kuda kecik2 cili padi..walau pun kecik cuba try acu test cucuk kat bontot dia mencecet gak kalau dia lari.Ditambah lak dgn accessori lak perghhh ngancam gak..jadi pilihan utk pemilik2 yg tak pandai nak parking




Kuda Miang-Jenis kuda ni kerjenya asyik melaram jer...pastu terkeseng2 ngan awek nak bergambo..kuda jenis ni mmg gatal tau,performance lum tau lagi asyik nak menggatal jer...hehehe




Kuda Gila- Org yang membela kuda ni pun sama gila ngan kudanya..tengoklah ladam nyam...mau kecut perut kalau lalu sebelah kita kat highway..ada berhajat nak langgar dia ke mu sekorrr




Kuda janda berhias- Hehehe....kuda ni kalau part berhias mmg no satu,pas oren tukar warna pink,pastu agak bosan tukar warna rainbow,agak2 ceti cari jer leh tukar warna daun leh nyorok hehehe...




Kuda sukan(sport)-Kuda ni mmg selalu gi gim utk maintain kecergasan dan body yg mantop..menjadi igauan mak2 janda kalau terpandangnye..hehehe harga pun leh tahan gak leh buat rumah 2,3 biji tuuuu





Kuda Pekak-Pemiliknya pun tentu pekak kot..krn jenis kuda ni mmg susah nak dengar itu sebab tuannya letak speaker yg leh cairkan torek dan gegendang telinga




Kuda Pelik bin Ajaib- Bagi pemilik kuda yang ingin dipandang pelik sentiasa dan advance semestinya mencuba kuda ni coz yang naik pong mu sekor2 gak...kalau nak tumpang dok kat bumbung bolehhh....

Friday, October 9, 2009

Tips Membeli kuda 2nd hand


Kita teruskan topik merapu kita kali ni dgn berkongsi tips2 membeli kuda 2nd hand bagi yg tak berapa mampu utk membeli kuda baru yg tip top condition..
Bagi yg mampu tu tak yah baca lah wat biol mata jer dan leh ting tong otak kamu yg dah nak mereng tu..pandai2 lah mu sekorrrr hahahaha.
1) Budget-
Pastikan budget yang anda sediakan mencukupi,duit muka,duit solek atau touch up..jgn pinjam tai-long,kalau kau pinjam gak pandai2lah mu sekorrr...
Paling penting monthly payment sejajar dgn gaji kamu,wat per kalau amik kereta mahal2 spt BMW 7 series atupun Ferari tapi tak mampu nak bayar bulanan dan kena ikat perut.Pastu letak tertonggok jer kat rmh,gi kerje tumpang kwn atau compy transport..jalan time gaji jer..tak ker nyusahkan nama nyer..so beli biarlah berpatutan dgn periok kita..kalau kuda mahal tapi tak mampu nak bagi jerami kelas A dan sogok dgn lalang jer pun tak guna gak...

2) Condition-
Bagi kuda 2nd hand ni agak complicated sikit bab conditionnya..time kita baru nak beli perghhh bkn main kilat siottt..siap ngan enjinnya,dalam toksah cakaplah wangi sokmo mcm jalan kat tanah perkuburan..so cara yang terbaik bwk member2 yang agak mahir bab kuda ni,leh gak terbelek2 tengok enjin,terttonggeng2 tengok body manalah tau kot2 bekas accident ker.enjin bunyi mcm nak runtuh ker leh gak wat penilaian..jgn bwk member yg tau gi karaoke jer hehehe...kalau mu nak suruh pilih lagu tu pandai lah dia org hahaha sorryyy brooo...
Cari kereta yg tak terlalu lama agar spare part boleh di cari sekiranya apa2 kemungkinan berlaku tp kalau nak degil gak cari kereta tahun 1945 mana nak dapat spare part bang oiiiii

3) Aggrement
Bab ni kena hati2 sikit...kena faham betul2 perjanjian yang anda buat dgn si jurujual sbelum anda menandatangani apa2 perjanjian...perghhh pandai mamat ni sekorrr..kereta belum beli mcm gula2 di tabur bagi kita makan,lepas gula kasar,gula icing,gula merah,gula melaka dok stand by kat poket dia...once kita dah bayar deposit atau book jer haaa mula lah nak main bangsat...loan tak leh masuk tinggilah,kena bayar deposit lebih la,intrest bank tak leh bg rendah la dan bermcm2 lagi alasan rasa mcm nak sagat jer muka diaorg ngan kulit durian,padan muka aku.Ini contoh yang selalu diaorg perdayakan kita

Contoh

Harga kereta- RM60.000 (OTR)
Deposit -RM 5,000
Loan -Sepatutnya RM55.000 tapi pandai2 jer dia nak mark up loan tinggi2 hingga leh cecah harga kereta sebenarnya RM 60,000...so wat per RM 5,000 tu??? wat sumbat tekak diorang lah tu...

Lagi satu pastikan kereta yg kita beli tu di beli di tempat yg boleh dipercayaai bkn apa ditakuti kereta panas spt kereta curi ke,kereta potong ker so berhati2 di jalan raya hahaha...bersabarlah bila memilih kereta yg betul2 memenuhi kehendak dan budget kita...ambil masa sikit untuk meronda2 di banyak tempat agar pemilihan dapat di buat brooo...lebih2 lagi di musim perayaan ni lagi banyak duit kita kalau boleh diaorg nak cekik coz kita terdesak nak pakai utk melaram di pagi raya.so timing biarlah betul...sekian dulu perot dah laporrr gila ni chaw cin chaw

"Kalaulah aku penjual kereta"


Walaupun aku ni bukanlah penjual kereta tapi inilah kenyataan yang akan aku tempuhi sekiranya aku jurujual kereta dan berhadapan dengan 3 bangsa yang berlainan.....
So inilah jawapan yang aku sediakan bagi menepis soalan2 serta hujah2 yang tak masuk akal
Contoh kereta yang nak aku jual -Waja 1.5 sedan

1) Melayu
Soalan-"Bang,kereta ni ok tak? agak2 berapa banyak minyak boleh save ek"
Jawapan aku-"Oooo.. adik nak cari kereta yang boleh save ehh,apa kata abang rekemen kereta kancil ker tak pun adik adik beli motor jer...kan lagi bagus,lagi save dik..isi rm5 adik leh ronda2 satu Johor apa...tak pun adik park jer kat umah,selubung ngan selimut pastu letak ubat nyamuk kat bawah kereta lagi save...best kan cadangan abg yang ikhlas ni"

2) Cina
Soalan-"Alooo kawan,ini kereta meter dia berapa abis boley tarik,berapa laju boley lari haa??
Jawapan aku-"Alooo tokey,lu mau itu kereta laju kaa,manyak senang loo,lu angkat jer kereta F1 itu Hamillton mau jual 2hand la,kalau lu budget tarak besar lu tukar je ini waja punya enjin sama itu jet ka,tak pun lu bikin itu meter kasi jejak 220km je,kasi gam gajah itu jarum...lu stop pun itu jarum sure jejak jugakk maaa..."

3) India
Soalan-"Deyy tambi,ini kereta kalu,berapa ramai boleh isi??bonet sama dalam ada luas ka machaaa??
Jawapan aku-"Ayaaa...ini kereta kalu,lu mau apa angkat?? lembuka? ayaa angkat itu lori lagi bagusla ayaa,kalu mau angkat org lagi baik beli bas la,lepas tu ayaa kasi spray biru belakang taruk itu tulisan bas kilang,kuning kalu kasi tulis bas sekolah...tak cukup besar ayaa beli tu kapal 2hand MMHE mau jual timbang kati,ayaa boley angkat satu Pasir Gudang punya org pergi makan angin,ada ok ka ayaaa.."

Haa,itulah jawapan yang akan aku bagi sekiranya berdepan dgn masaalah2 tersebut dan akan terima habuan debik dari si pembeli2 yang datang atau pun aku akan di berikan bonus karate siap dengan tapak kasut sekali dari tokey aku...hahahaha nak mamposss mu sekorrr..

Wednesday, October 7, 2009

Tips Penjagaan kuda (kereta)




Haaa...kita teruskan cerita kita kali ini dgn beberapa tips penjagaan kereta yg aku panggil kuda..
Aku ni pong taklah beberapa pandai sgt bab kereta ni tapi berdasarkan borak2 ngan kwn2 serta pengalaman berkereta ni bolehlah kita berkongsi sikit2 ekk yang basic2 jer...kalau salah aku mintak maap tau kalau tak,pandai2lah mu sekorr...hahahaha
Kuda ngan kereta ni sebenarnya taklah jauh bezanya,kalau kita pandai jaga, selalu service,selalu belek dia akan memberikan perkhidmatan yang berterusan pada kita...
So kat sini kita cerita sikit 3 perkara asas yang perlu kita amik tahu bila dah memiliki kereta

1) Enjin - perut kuda
Haa...bab ni agak complicated sikit...ibarat kita bela seekor kuda,kalau kita bagi makan benda yang bukan2 spt lalang atau rumput yg bukan2 mau terberak-berak dia,kembong perot,boncit tapi badan keding jer,bila suruh lari sampai berbilai2 bontot kena sebat lari tak laju2 gak....so samalah ngan enjin kereta...kita kena selalu jaga,telek,check air,minyak itam.Selalu2lah tukar minyak itam,spark plug,oil fillter ,tak kira lah berapa ribu km kita dah nak kena tukar bergantung pada kekerapan kita bergerak serta kocek kita,agak2 kering kocek tukarlah paling kurang 4-6 bln sekali.Kalau kocek lebat sebulan sekali pun dah leh tukar.
Ni tak kalau tak selagi tak berasap sampai hangit enjin tu ataupun piston dah nak jem baru nak tukar...tak pong sampai kering minyak enjin bertahun2 pun tak sedar..asal start enjin kereta terus tekan minyak jalan hahaha..samalah gak ngan kuda kita..kena bagi jerami kelas A,dedak utk kuda,Vitamin haaa baru dia ok...tak yah sebat punggung dia kita hanya cakap " Jonny!!!! run" terus berdesut dia lari sampai kita lak senak telur hehehe..
Kekadang bab enjin ni agak sukar diramal..kita jaga sikit punya bagus,kalau dah nak datang meragam dia kena lak rosak kat highway kelam kabut kita bukak bonet depan konon2 mcm tau2 jer apa yang rosak walhalnya satu menda pun kita tak tau hahah...
Sebab tu kalau ada apa yang rosak sikit2 tu especially kereta 2hand spt gasket leak ker,ring dah mula nak makan minyak itam ker cepat2 kena buat sebelum terus melarat dari kita kena kuar 2-3 ratus terpaksa lak kena perabis ribuan hinggit nak kena turun enjin...
2) Body - Badan kuda

Bab body lak kena2 lah selalu cuci agar bersih,polish agar kilat bersinar barulah semangat sikit tengok kereta kita..ni tak..adalah pernah sekali aku amik tender cuci kereta utk charity,daki kotoran sampai dah nak sebati ngan body.Punyalah ringan jer mulut aku tanya "aloo tokey ni kereta berapa lama tara cuci??" Cewahh selamba jer dia jawab.."tara ingat la kwn..wa ingat adalah 2-3bulan"..perghhh aku rasa mcm nak sepak jer laju2..dahlah dalam kereta macam2 benda sampah ada,berjam gak nak vacuum baru clear,ini spesis kalau boleh tong gas,tong sampah,mesin tebu pun nak di angkut gak dalam kereta.Tara untunglah ini macam brooo...
Samalah gak dengan jaga kuda..kena selalu bagi mandi,syampo dan sikat bulu dia barulah wangi sikit badan dia hehehe ngalah bau badan bini lak..ni tak kalau badan kuda asyik melangau jerr,warna taik ngan badan pun lebih kurang sama jer..tu belum masuk lagi gigi ngan lidah asyik berlendir air liur ditambah lak idungnya yang kembang kuncup mau tak selera kita nak dekat.
Bab kereta yang agak kekelasikkan tu atau yg dah agak2 lebih dari 15-20thn tu kena selalu2 lah check lantai,body yang dah mula mengelembong tanda2 pengkaratan berlaku kenalah tembak anti rust kalau tak mau macam cerita Flinstone kaki kita kat jalanraya hahahaha..Hujan dan embun pun salah satu sebab pengkaratan senang berlaku..so selalu2 lah park kat bawah porch..mcm kuda kita gak kalau ari2 tambat kat bawah pokok pelam mau demam dia sekorrrr..
3) Tayar- Ladam kuda

Haaa...skarang ni dunia serba canggih dan tanpa sempadan,maka pihak2 pengeluar sport rim & tayar berlumba2 mereka cipta rim & tayar2 yang pelbagai jenis dan fesyen sekecik2 saiz 12inci hinggalah sebagak2 saiz 21inci kerana memenuhi selera pemilik2 kereta..ada tu sampai mencecah puluhan ribu hinggit kalau tukar complete 4 tayar & rim...
Yg rim berkilat nya lain,yang mcm berlampu sampai naik biol mata tengok pun ada...
Itu semua tak berapa penting asal kita mampu apasalahnya berbelanja lebih sikit kan janji kita puas.Tapi yang paling penting aku nak tekankan kat sini adalah bunga tayar kereta tu bang oiii..kalau selagi tak botak tayar sampai nampak benang pun tak nak tukar,bahaya tu bang kalau tengah laju sekali dia meletup boleh terbalik berpusing dan mengancam nyawa kita dan famili kita..sapa yang susah?? Mereka ngan keluarga mereka gak yang susah...
Samalah ngan kuda,kaki kuda ni bukan setakat kaki dia saja bang..dia ada kuku yang unik serta kena letak ladam dibawahnya agar tak de tanah yang leh melekat kat celah2 kuku serta menyukarkan pergerakannya..selalu kena tukar dan bersihkan tapak kaki dia,barulah lari leh power..begitu gak ngan kereta kita,tayar selalu kena check angin,wat balancing dan alligment barulah tak bergegar kereta serta makan sebelah tayar kita broo..kalau ada rezeki lebih pakailah tayar baru yang berkualiti sikit,kurangkanlah penggunaan tayar 2hand kekadang tayar tu telah ditoreh dulu agar nampak dalam sikit longkangnya walhal tayar tu sikit lagi cecah benangnya.
Sama gak dgn sport rim,pilih yang sesuai saiznya dengan kereta kita,takanlah kereta kancil nak letak rim 21inci,gila kau...carilah yang bersesuaian dgn body kereta dan kocek kita,tak guna pakai rim mahal2 kalau jalan asyik cecah mud guard jer..bisa tu telinga kita tuuu...

Oklah..tangan aku pun dah nak kebas menaip ni...kita sambung ek lain kali,bukan apa mata aku ni asyik meleret-leret jer kat bantal ajak tido.Aku harap tips yang aku bagi ni akan menjadi menafaat pada kita semua...Chaw dulu broooo..


Wasalam

Monday, October 5, 2009

Konvoi Berkuda


Salam kengkawan,

Sempena pelancaran club berkuda pearlmotoclub.com maka perbincangan telah di buat utk mengadakan konvoi berkuda wat pertama kalinya ke Telok Godek Air Papan Mersing bertujuan membawa kuda2 kita berjalan2 mengenal dunia luar sambil menge test keupayaan kuda kita berlari meredah laluan serta mentackel kuda2 betina yg kegersangan hahaha...

Kepada sesiapa yg berminat utk konvoi berkuda serta bermalam sambil berbbq silalah wat tempahan dgn kadar segera kepada Bro Mahfiz kerana kandang2 kuda amat terhad utk memparking kuda2 anda...grand siotttt...

Tarikh nak berkonvoi-
Dlm perancangan maybe 30,31hb Okt

Budget kerugian-
Mungkin anggaran dlm rm 80-130 seorang utk kuda bujang
Bagi kuda yg dah beranak penak ada lain sikit t harganya krn tempahan kandang mrk adalah special utk anak beranak mrk berkuda hehehe

Kemudahan-
Siap challet,ada swiming pool,berbbq dan agak2 bosan leh mandi laut,dan kalau bosan gila khinzir gak bermakna anda dah terkena sawan kuda hahaha

Menu-
Sampai2 jer makan tghari,pastu minum petang,makan malam pastu esok sblm balik makan lagi-prepare by tuan tanah kedaung (sampai je rmh pun makan lagi maklumlah ada open house banyak hehehe,madang makan jer)
Serta berbbq (akan kita sama2 prepare tau)

Walhasilnya semua bergantung pada pemilik2 kuda utk berkerjasama agar perjalanan event akan lebih lancar dgn membooking diri mrk...maklumlah baru le
pas gaji tuuu...

*(harga akan di beritahu kelak bila dah settle dgn tuan empunya tempat)

Cerita di sebalik nama

Pada mulanya - titanpearl motoclub.com
Convert kepada - pearl motoclub.com

Kisah bermula bila aku beli sekor kuda putih cewahhh...pastu carilah geng konon nak joint kalau konvoi..dari sarapan sampailah ngeteh kat kedai mamak tgh malam cerita pasal kuda jerrr...Tetiba jer adalah mamat sekor ni...bagi idea nak buat team kononye best sikit kalau wat team konvoi...

Pearl (Mutiara)

Mulalah sesi nak letak nama,dari nama lembut spt Auwnyah Racingteam,Muah Kerek Team dan nama baik2 spt Sekema Club,Sikat Tepi Team hahaha..sampailah nama ganas spt Halilintar Team,Langgar Lari Boys dll...Punyalah payah nak cari nama yg sesuai...dari discuss slow2 hinggalah hangar binggar sambil gigit telinga memberlah,hentak siku kat pinggang memberlah punyalah kecohhh...
Last2 aku pun bagi lah idea letak nama Pearl coz kuda aku warna putih pearl....hehehe....kecoh lagi..(Apsal nama nak letak warna keta kau,tak keta aku warna hijau ker,kuning ker,kelabu asap ker,coklat taik kucing ker) dan mcm2 lagi..hingga kalau leh 7 warna pelangi pong kena letak...Apalagi aku pun gunalah ayat pemati seribu langkah dengan selamba berkata...sebab "Aku kan Kepten" ....hahahaha mcm pernah ku dengar ayat tu tapi dimana ek
Tapi sebenarnya makna pearl lebih kepada makna Mutiara yang bersinar tapi bukan terletak pada warnanya tapi lebih kepada nilainya yang exculsive,so bersetujulah nama Pearl di gunakan...

Titan ( pada mulanya)

Yang nama titan tu mana datang?? Hmmm...jap ehh...pada mulanya nama Titan tu digunakan krn nama tempat kerja kita,kita cari makan pun kat sini...walau baik buruk pun keaadannya tempat kerja kita,kita kena bersyukur...dari duit tu gak lah kita dari naik kapcai sampai leh beli kuda,takde rumah dah ada rumah,dari bujang sampai leh 10 org anak,tak de awek leh tackle awek modal nama tu gak,dari tak leh wat kredit kad,loan bank pun guna nama tu gak..daripada zero to hero taktau pasal plant dan kat situ gaklah kita terre sampai leh kerje kat oversea..so kita kena bersyukur dgn nama tu..walau kita benci dgn pengurusanya tapi kita tetap kena sabar dan bersyukur.nama tu tak gigit telinga awak pun,kalau benci sgt nama tu knapa kita leh tahan bertahun2...Dan lagi satu senang sikit nak kawal & beri info kalau ahli sekitar sini jer...
Setelah perbincangan demi perbincangan hingga hampir putus urat merih maka nama titan tidak di gunakan kerana menitikberatkan pelbagai faktor keselamatan para perkerja dan company akan tetapi keahliannya akan di pantau dari kalangan perkerja2 titan sahaja...Fuhhhh....macam Pak Kiai siot aku bagi motivate hahaha...


motoclub

Yang nama moto to kenapa lak..coz adalah mamat kapcai nak joint club ni tapi aku kena bagi alasan konkrit....macamane ni???Aku pun cakaplah ni kalau nama club (motor) ok lah gak lu leh join tapi nama dia (moto) jer so x der ruang utk lu bro...hahaha...sorrry la ek lain bulan ker lain tahun ker boleh la join ek...tapi kita kena faham...motifnya kita tak nak mat2 kapcai jadikan alasan nama kita utk merempit sampai rabak telinga..so nama kena jaga gak...dan bagi motivate utk diorg kerje lebih keras lagi sampai leh beli kuda..kuang 3X..leh kerr alasan tu...oklah tu mu sekorrr.....


Oklah sampai kat sini jerlah aku menceceh,penubuhan club ini bukan terletak pada namanya tapi lebih kepada motifnya yg menitikberatkan aktiviti sihat,riadah dan amal,wat per nama grand gila spt Kelab Berkereta 100k atau 20inc Rim Team hahah atau pun yang ganas gila spt Sedot Darah Team hehehe tapi tak de motif dan hala tujuan.
Aku berharap dengan penubuhan kelab berkuda ni akan lebih mengeratkan hubungan silaturahmi diantara kita serta dapat beriadah dengan aktiviti yang sihat,tak de sikap who want to be a leader atau folower,segala benda kena buat bersama agar lebih mantop.Harap apa yg aku coretkan ni tak akan mengecilkan hati sesiapa...kalau ada gak yg berkecil hati...pandai2 lah mu sekorrr...hahahaa...jumpa lagi dalam post yg lebih mengancam pasal kuda2 kita lak ekk..

Club kuda




Eeyyhaaaaa.....

Akhirnya berjaya gak aku wat blog atas permintaan ramai peminat2 kuda lumba,kuda kayu,kuda belang,kuda padi,kuda gila,kereta kuda dll.....tak termasuk sepisis haiwan lain..rusa,kancil,kelisa & angsa.....So kat sini bolehlah kita bersembang kuda tentang tips penjagaan agar kelihatan lebih ayu jelita,gebu,mantap dan boleh lari laju dgn iringan lagu...oooooo.....kuda ku lari gagah berani.......Buat masa ni penyertaan terbuka kepada peminat2 kuda di sekitar titan saje dengan bayaran RM20 utk sticker agar kuda2 anda dapat di cam bila tengah melentok di jalanan kalau terserempak...kalau tak pandai2lah mu sekorrrr.......