Sunday, November 1, 2009

Konvoi Riadah & Amal Air Papan Mersing (part 1)

Salam sejahtera....
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba...pelbagai rintangan dan halangan yang datang terpaksa ditempuhi terutama setelah booking & bayaran dibuat.Apa tak nya plant pulak buat hal ...hampir separuh daripada pemilik kuda terpaksa menarik diri dan ditarikkan dirinya disaat-saat akhir utk memberikan ruang kepada plant untuk kembali pulih...hehehe...tak per brooo, lain kali insyallah masih ada peluang lagi..
Terima kasih tak terhingga kepada peserta2 konvoi yang sanggup meluangkan masa dan wang ringgit demi menunaikan hasrat dan menabur budi kepada yang memerlukannya.Kami juga sebagai penganjur program ini memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kecacatan semasa program ini berlangsung dan berharap kerjasama akan berterusan di masa2 akan datang..
Hidup PMC mu sekorrrr....hahahaha
Pemilik2 kuda yang terlibat.
Bro Mahpiz sekeluarga
Bro Awie sekeluarga
Bro Takiudin sekeluarga
Bro Johar sekeluarga
Bro Rasdan utility sekeluarga
Bro Azli
Bro Norazmi
Bro Zaiyad
Bro Hasan dan ehem2
belum ahli hehehe yg terlibat
En Zulkarim
En Norashdan

31hb Okt

Jam 8.00 pg - Pemilik2 kuda bersemangat berkumpul di Wakaf An-Nur dalam keadaan cuaca hujan renyai2 untuk sama2 menjayakan program yang julung2 kalinya diadakan oleh club kuda PMC..

Haaa...biasalah sesi enterprame sementara menunggu ahli2 yang belum sampai

Jam 9.00 pg - Konvoi melalui laluan highway baru P.Gudang-Kota Tinggi utk sesi beramah mesra dgn awek2 kaunter tol hehehe....

Bukan main segak lagi pemilik2 kuda bersama kuda2 mereka...leh terpikat kuda betina tengok tuuu

Tuuu dia..kuda2 PMC lari gagah berani... membelah laluan menuju ke destinasi...Syabas brooo...

Jam 10.30 pg - Berhenti rehat di R&R dusun Panti agar penunggang2 kuda segar dan mengembalikan mana2 yang loyorrrr...


Acara streching pinggang & urat di kepalai oleh pakar saraf & tulang iaitu Bro Azli huhuhu....


Kuda2 juga dibenarkan berehat agar jantung mereka kembali mantop.

Jam 12.30 tgh - Selamat sampai di Sri Mersing Air Papan dan disambut dengan hidangan makan tengahari ala2 kampong yang menyelerakan,perghhh...berpeluh2 tuuu..



Dewan makan yang selesa dan bersih diikuti dengan perut yang keroncong sehinggakan org rmh aku pun tak perasan kena snap...hehehee..




Kuda2 PMC juga ditambat di kawasan challet yang luas & selamat..diorang ni pong tak perasan aku snap diorang..punyalah keletihan diaorg berlariii...



(bersambung)

Thursday, October 29, 2009

Ingatan Tulus Ikhlas & Terima kasih

Baju kemeja F1 yang mengancam dengan harga rm 45
Baju t'shirt yang mencemburui mata sesiapa yang memandang berharga rm25
Salam semua,
Wah,wah,wah....bukan main happy lagi budak2 PMC ni dapat baju raya...ni nak raya apa ek..raya Haji kot..walau bagaimana pun kami ahli majlis tertinggi club PMC mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan ahli club kuda ni untuk terus lagi berjaya merealisasikan impian mereka untuk menjadikan club ini sebuah club yang disegani..Syabas untuk anda semua..tanpa anda tiadalah club PMC ni...Kepada ahli yang masih belum mendapatkan t'shirt club kuda ni anda bolehlah menghubungi Bro Mahfiz di talian 012-7058846.

Di sini juga kami ingin mengumumkan bahawa kutipan untuk sumbangan kepada penduduk susah di sekitar Air Papan adalah sebanyak RM 320..wang ini akan kami belanjakan dengan membeli keperluan asas untuk mereka2 yang memerlukan dan akan kami serahkan pada Majlis Pelancaran & Sumbangan PMC pada esok malam 31hb Okt di challet Sri Mersing...Terima Kasih tidak terhingga kepada penderma2 yang sudi menghulurkan sumbangan,hanya Allah sahaja yang akan membalasnya dan bagi mereka yang masih ingin lagi menghulurkan sumbangan pihak kami amat mengalu2kannya.Sumbangan anda bolehlah disalurkan terus kepada kami pada:

Hari: Sabtu (31hb Okt)
Masa: Jam 8.oopagi
Tempat: Wakaf An Nur P.Gudang.

Saya mewakili ahli majlis tertinggi pearlmotoclub.blogspot.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli club ini dan mengalu2kan lagi penyertaan dari kalangan pekerja Titan untuk bersama2 kita berganding bahu menjalankan aktiviti riadah & amal...akhir kata

"Marilah bersama kita membantu meringankan sedikit beban mereka agar mereka boleh tersenyum walaupun hanya untuk seketika"

Wasalam
Founder

Wednesday, October 28, 2009

Dairi Duka Seekor Kuda


Kisah kali ni berkenaan pengalaman seekor kuda yang aku jumpa dairinya masa aku berkemas2 kat dalam stor semalam...coretannya sungguh tragis dan menyayat hati...

Jan 2003-Aku dilahirkan di sebuah kilang yang ternama dan telah dinamakan Toyota Unser 1.8.Badan aku warna biru,besar dan mantap tapi enjin aku agak kecik jer..tapi tak pelah asal boleh lari laju hehehe..

Jun 2003-Aku telah dihantar ke sebuah kedai dealer untuk diserahkan kepada tuan baru aku..tuan aku ni baik serta cermat orgnya...kadang2 dia pergi kerje naik motor jer sebab sayangkan aku hahaha...

Dec 2003-Tak der apa masaalah maklumlah aku ni kan baru lagi..so tak banyak meragam,aku tunaikan tanggungjwb kepada tuanku dengan penuh semangat dan berdedikasi.

Jun 2004-Tuan aku mula menjeling2 kearah aku serta berbincang dengan isterinya berkenaan keadaan ekonominya yang agak gawat..maklumlah harga aku pada masa tu agak mahal...badan besorrr lah katakan,minyak pong boleh tahan melantak...

Nov 2004-Alahai sedihnya aku arini,tuan ku mula membebel nak jual aku kepada kedai kereta terpakai disebabkan bayaran bulanannya yang agak tinggi...siapalah yang akan jadi tuan baru ku nanti..harap2 dia tak lah ganaz orgnya..

Dec 2004-Sah!! tuanku mengambil kata putus utk menjualkan aku kepada kawannya setelah berbincang tentang harga ku...Alamak tengok pada keadaan tuan baru ku tu..besor orangnya serta anak ramai...mampos aku...harap2 baiklah orangnya.

Jan 2005-Aku mulalah berbakti kepada tuan baru ku dengan tanpa banyak ragam serta songel..tapi tuan ku ni suka jalan jauh..jap gi K.L,pastu balik Kg Kota Bahru.kadang2 naik sampai A.Star..punyalah jauh aku berjalan,tapi tak per asal dapat makan angin.

Jun 2005-Tuan baru ku ni orgnya pun agak baik serta sayang kat aku,pantang kotor sikit,terus jer cuci,kilat siot aku,kalau kucing cuba nak kencing kat ladam aku,mampos dia perambat sampai tak cukup tanah..

Dec 2005-Tuan baru ku ni selalu antor aku service,yelah asyik jalan jauh jer,bawak barang lak selagi tak penuh selagi tu nak di isinya.

Jun 2006-Aku masih terus berbakti pada tuan ku yang gemok ni..menyampah!! tapi aku sayang kat dia ...hehehe

Dec 2006-Tuan ku mulalah gila nak modifide aku,katanya tak sporty...so aku pun ditukarkan tayar sport rim saiz 17 tu..perghhh..eksen siot aku..lari pun laju lak tu..maklumlah cengkaman makin mengancam...

Jun 2007-Tuan ku makin sayang kat aku..selalu antor aku service jer tapi yang tak tahan tu asyik nak gi mancing jer kerjenya..pastu mak oii..bawak barang mcm nak gi perang..dengan tong coleman,joran dan mcm2 lagi mau patah tulang aku.

Dec 2007-Tuan ku mulalah wat hal..sound kat bini dia nak jual aku tapi nasib baik bini dia tahan..sayang aku kat bini dia muahhh...cium cikit...

Jun 2008-Aku lak yang wat hal..tali belting aku putus..mengamuk tuan aku..oiii..kau ingat aku ni kerbau ker..asyik kerja nak berangkut barang kau jer...sesekali check lah enjin aku..aku bermasam muka dengan tuan ku..tapi sekejap jer hehehe

Dec 2008- Entah apa angin tuan ku ni tak aleh2 gila nak melaram..abis aku di soleknya,pasang DVD player lah,cermin kasi tinted gelap lah,aku di kasi lowerd la..tapi boleh tahan gak pengubahsuaian keatas aku,dah macam gangster negro ala2 hip hop lak...lagu kalau pasang selagi tak gegar cermin selagi tulah di bukak besor2..

Jun 2009-Alamakk...mimpi ngeri berulang kembali..tuan ku yang gemok sekor ni mula bising2 coz aku ni pencekik minyak..ye lah aku badan jer besor tapi c.c nya kecik mmg lah larap makan minyak,tuanku mula memikirkan apa yang terbaik utk dia lakukan..harap2 tak lah aku di jual pada sesiapa lagi..aku sekarang dah cun tuuu...

July 2009-Tuan ku bawak aku jalan2 gi kedai kereta,pas tu dia baik jer..tentu ada muslihat...sambil2 tu dia ada bisik kat aku..ucap terima kasih kat aku..gila ke apa dia sekorr ni...
Tapi mmg sah dia ada muslihat...dia nak tukarkan aku dengan seekor kuda muda yang garing warna putih..jenis Honda Civic 1.7..jelesnya aku...rasa nak tendang jer tuan ku dengan kuda yang dia rancang nak amik tu...harap2 tak lulus lah loan dia,padan muka dia...

Ogos 2009-Waaaaaaa.!!!!!...aku nangis sekor2 lak kerana tuan aku dah gila nak pakai kuda orang muda..nak mampos ker dia ni..ye lah aku sedor aku ni dah tua,tak mantop,dah nama Unser..watlah macamane pun tetap nama Unser gak..sampai hati kau ekk..setelah aku kau heret kehulu hilir,angkut macam2,lari laju2 sampai tak cukup tanah kau kerjakan..kau campakkan aku lak ekkk...waaaaaaa!!! aku nak balikkkk....

Sep 2009-Aku telah ditempatkan bersama2 dengan kuda2 lain yang nak dijual setelah dibersihkan dan di touch up..terpampang tulisan kat dada aku..OFFER OTR $42,000....Hmmm...sedihnya hati aku..beginilah nasib ek kalau dah tua dan tak hensem lagi...Tiba2 zuupp... aku nampak kelibat tuan ku yang gemok tu datang bersama kuda barunya..nak wat ape ek dia datang..ker nak amik aku semula..aku pun apalagi punyalah control hensem jer bila tuan ku datang merapati aku,harap2 hati dia berubah lah...Ohhhh...tidak...tuan ku si gemok tu berbisik rapat di sisi aku dengan ayat yang amat dalam pengertiannya "Unser...terima kasih kerana telah banyak berjasa pada aku,aku bukan tak sayang kat kau,tapi kalau boleh kau berjasalah pada semua manusia kat muka bumi ni.hari ni giliran aku dapat khidmat kau dan aku sangat berbangga,anak2 aku pun dah membesar,aku pun tak larat nak tanggung kos minyak kau,maafkan aku ek..sorry and luv u Unser"terus dia pergi dan tak toleh2 lagi sambil memeggang geran milik kuda Honda Civic 1.7 yang baru di belinya.Meleleh air mata aku bila aku dengar tuan ku tu cakap mcm tu,rasa macam nak peluk jer dia..terima kasih juga kerana telah jaga aku sebaiknya..aku janji akan terus tunaikan kewajipan ku kepada sesiapa saja yang memiliki aku..waaaaa...nak ikut balikkkk sambil memandang tuan ku si gemok tu berlalu pergi bersama lipatan kisah silam suka duka bersama....

Yang Kesedihan & keseorangan

Toyota Unser 1.8
JGN 7824




Tuesday, October 27, 2009

Apalah salah aku....

Posting kali ni aku nak luahkan sikit perasaan aku bkn nak simpati tapi utk kita fikirkan dan berkongsi apa yang telah aku rasa dan alami sejak penubuhan club ni..

GEMBIRA- Mula2 ditubuhkan aku ni agak excited maklumlah baru tukar kuda sukan so cari geng utk tubuhkan club ni bukan utk bermegah2 tapi hanya utk menjalankan aktiviti riadah bersama sambil bertukar2 maklumat tentang penjagaan kuda ni..

SALAHKAH AKU GEMBIRA??- Yelah dulu aku ni tak mampu nak pakai kuda mewah gaji pun cukup2 makan mana nak bayar semua kos rumah,bil dan lain2 lagi.Anak2 pun berderet2 mcm anak berudu..so kereta unser jerlah yang leh aku pakai utk angkut anak2 aku..bila diorang dah besar dan leh bawak kenderaan sendiri serta pendapatan pun agak meningkat tak leh ke aku nak bergaya sedikit,kenapalah ada manusia yang sakit ati sangat bila aku pakai kuda elok sikit..tuuu yang tokey2 besor,manager,engenier tak nak lak di umpat ker,sindir ker..kenapalah aku ni korang dengki sangat..aku ni beli kereta tu pun bukan mintak duit korang..pinjam duit korang so tak der apa yang leh jadi kudis kat diri korang..sehinggakan ada yang sindir "kau tu dah tua la,mana layak nak tampal2 sticker besor2 kat depan kereta dan perasan macam org muda"..Maaf bro..tua atau muda tu tak jadi soal..aku pun sedor dirilah bro aku dah tua,manusia bukan dinilai dari segi penampilan bro..apa kau ingat aku ni tampal sticker yang leh mengguris ati korang ker..contoh sticker ACDC ker,Death Metal atau sticker carut marut...ni sticker club dan tak der satu perkataan mencarut pun yang tertulis..pasal apa korang tak nak marah diorg yang wat air brush gambar setan ker,api neraka ker kat body kereta diorang..yang sticker kita orang gak yang korang sakit ati..pelik lah dengan pe'el korang..korang tak nak join pun kita tak paksa apa kes lah lu ni broooo.segala apa yang aku buat korang sakit ati..agak2nya dah penuh kot titik hitam dalam hati korang nauuzubillah...

SEDIH-Sejak penubuhan club ni aku agak sedih kerana selalu di sindir dan ditertawakan atas sebab aku nak satu padukan kawan2 tempat kerja dengan aktiviti2 riadah serta amal.Selalu di beri tanggapan negative dengan penubuhan club ni.

SALAH KE AKU SEDIH??-Yer memang aku sedih dengan sikap negative manusia yang tak nak kita maju dan bersatu,agaknya dunia nak kiamat kot..suka kita bergaduh dan wat hal sendiri..Kenapalah masih ada makhluk yang suka sangat berfikiran negative dengan penubuhan club ni,sampaikan sound aku kenapa tak nak buat club bawak anak2 muda gi masjid ker surau ker utk dengar ceramah ni buat club yang tak berfaedah.Haloo broo...kenapalah negativenya pemikiran korang,apa ingat club ni kerjanya nak wat maksiat ker?,lumba haram ,simpan bohsia ,pergi konvoi minum arak ker? Cuba lah berfikiran positif,mmg ada segelintir org atau club yang mcm tu tapi bukan club ni,itu sebab club ni excutive club so kita pelawa hanya perkerja Titan jer supaya senang kita pantau..kita buat club ni utk jalankan kerja2 amal dan aktiviti riadah bersama keluarga bukan nak buat benda yang bukan2..so salah ker aku nak dedah kan sedikit pada yang lain tentang program amal2 yang nak dilaksanakan..kenapalah korang ni busuk ati sangat tengok kita org bersatu dan harmoni..agaknya korang ni jenis Yahudi kot..suka tengok manusia bercakaran sesama kita.Dosa atau pahala bukan kerja kita bro..itu kerja Allah..so kita jangan terus menilai sesorang dari luarannya.Insyaalah kalau pun kita berkonvoi atau bermalam kat mana2 ,kita akan terapkan nilai2 keagamaan dalam club ni..contoh solat berjemaah atau tazkirah..Aku sedar diri aku ni cetek dalam bidang agama tapi aku tak cetek lagi dari nilai budi brooo....
Kepada sesiapa yang terasa kalau aku luahkan kat sini aku mintak maaf banyak2.bkn niat aku nak mintak simpati dari sesiapa pun tapi fikirkanlah "Apalah salah aku"

Saturday, October 24, 2009

Konvoi kuda ke Titan Dinner

Ahli2 PMC zon P.Gudang sabar menanti ahli yg lain sambil melepak2kan diri dan kuda2 mrk
Bertemu dgn ahli PMC zon J.B di Petronas Permas Jaya dan berbincang tentang kuda masing2...


Salam kekawan,
Walaupun penat baru balik dari The Zone aku cuba gak wat posting ni utk membuktikan betapa semangatnya kuda2 dan pemiliknya berkonvoi utk gi melantak kat Regency Hotel di zon bebas cukai tadi.Ahli2 PMC zon P.Gudang telah menunggu seawal pukul 5.30 ptg di Wakaf An Nur dan bergerak ke Permas Jaya serta bertemu dengan ahli dari zon Jay Bee.
Peserta2 yang mengikuti konvoi kali terdiri dari :-

1-Founder
2-Leader Awie
3-U.Hasan
4-Fairuz
5-Rasdn
6-Johar
7-Zamri lab
8-Din lab
9-Norazmi BD

Terima kasih pada ahli2 yang memberikan komitmen kali ini...lain kali ikut lagi mu sekorrr hahaha...SAFETY FIRST

Thursday, October 22, 2009

Baju club kuda


Dengan ini sukacita dimaklumkan setelah diperkenankan oleh pemeggang mohor serta dipersetujui oleh ahli club PMC dengan segala hormatnya memperkenalkan inilah baju rasmi club PMC..Silalah membuat tempahan dengan kadar seberapa segera agar kita sama2 dapat melaram pada Hari Raya Krismas nanti dan kepada yang bukan ahli PMC silalah tengok jer sambil menelan air liur tau tapi kalau nak oder gak boleh tapi boleh belah mu sekorrrrr hahaha...masuk ahli dulu & pelekat sticker baru leh oder broooo...sorry haaa

Tempahan boleh di buat kepada: Founder..club haaa
Harga : 25hinggit
Kemeja F1 : 45hinggit

Wednesday, October 21, 2009

TT (teh tarik) ke Pak Ali

"oiii...cepat sikitlah pukul gambor tu nak melepas niiii" kata otai awie sambil menjeling manja
"Adoii....kalau selalu TT ramai2 macam ni mau kena gadai boxer aku" rengutan Founder PMC dan di dengar oleh ahli2 yang lain sambil tunjuk ibu jari tanda "gooood" hahahaha...


Buat julung2 kalinya ahli kelab PMC telah TT ke Restoran Pak Ali setelah pulang dari tugasan masing2.
Pertemuan ini membuatkan akak2 yang amik oder tak menang tangan serta tersimpul lidah melayan karenah ahli kelab dengan pelbagai oder serta pertanyaan sambil sempat mintak no tel tuuu...
Perkataan seperti"Kak !!teh tarik satu,tarik tak nak putus tau" atau "Kak!!roti tampal mandi tak nak basah" dan pelbagai lagi perkataan yang buat aku sendiri nak debik sorang sebijik kat tengkok mereka atau pun sepak laju2 jer muka diorang ni..hehehe
Biasalah setelah balik kerje ni masing2 nak relese tension dan penat setelah bertungkus lumus kat plant tadi,gamat suasana...
Lebih kurang 22org ahli kelab PMC telah bersidang dan berbincang berkenaan aktiviti & riadah sepanjang tahun ini termasuklah konvoi ke The Zone 24hb serta trip ke Sri Mersing pada 31hb Oktober ni...
Itu tak termasuk nak berkonvoi ke K.Tinggi mengiringi salah seorang ahli kelab yang akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Dec ni..tut,tuttt...nama dirahsiakan.....
Tak lupa juga aktiviti sampingan seperti kelas memasak,menjahit,menyulam & membersihkan rumah aku.....hahaha acah mak enonnnn..
Semoga pertemuan ini akan membuatkan ahli kelab semakin erat serta tahan telinga dengan kutukan dan gurauan2 kawan yang lain hahahaha..layanzzzzzz..