Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba...pelbagai rintangan dan halangan yang datang terpaksa ditempuhi terutama setelah booking & bayaran dibuat.Apa tak nya plant pulak buat hal ...hampir separuh daripada pemilik kuda terpaksa menarik diri dan ditarikkan dirinya disaat-saat akhir utk memberikan ruang kepada plant untuk kembali pulih...hehehe...tak per brooo, lain kali insyallah masih ada peluang lagi..
Terima kasih tak terhingga kepada peserta2 konvoi yang sanggup meluangkan masa dan wang ringgit demi menunaikan hasrat dan menabur budi kepada yang memerlukannya.Kami juga sebagai penganjur program ini memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kecacatan semasa program ini berlangsung dan berharap kerjasama akan berterusan di masa2 akan datang..
Hidup PMC mu sekorrrr....hahahaha
Pemilik2 kuda yang terlibat.
Bro Mahpiz sekeluarga
Bro Awie sekeluarga
Bro Takiudin sekeluarga
Bro Johar sekeluarga
Bro Rasdan utility sekeluarga
Bro Azli
Bro Norazmi
Bro Zaiyad
Bro Hasan dan ehem2
belum ahli hehehe yg terlibat
En Zulkarim
En Norashdan
31hb Okt
Jam 8.00 pg - Pemilik2 kuda bersemangat berkumpul di Wakaf An-Nur dalam keadaan cuaca hujan renyai2 untuk sama2 menjayakan program yang julung2 kalinya diadakan oleh club kuda PMC..
Haaa...biasalah sesi enterprame sementara menunggu ahli2 yang belum sampai
Jam 9.00 pg - Konvoi melalui laluan highway baru P.Gudang-Kota Tinggi utk sesi beramah mesra dgn awek2 kaunter tol hehehe....
Bukan main segak lagi pemilik2 kuda bersama kuda2 mereka...leh terpikat kuda betina tengok tuuu
Tuuu dia..kuda2 PMC lari gagah berani... membelah laluan menuju ke destinasi...Syabas brooo...
Jam 10.30 pg - Berhenti rehat di R&R dusun Panti agar penunggang2 kuda segar dan mengembalikan mana2 yang loyorrrr...
Acara streching pinggang & urat di kepalai oleh pakar saraf & tulang iaitu Bro Azli huhuhu....
Kuda2 juga dibenarkan berehat agar jantung mereka kembali mantop.
Jam 12.30 tgh - Selamat sampai di Sri Mersing Air Papan dan disambut dengan hidangan makan tengahari ala2 kampong yang menyelerakan,perghhh...berpeluh2 tuuu..
Dewan makan yang selesa dan bersih diikuti dengan perut yang keroncong sehinggakan org rmh aku pun tak perasan kena snap...hehehee..
Kuda2 PMC juga ditambat di kawasan challet yang luas & selamat..diorang ni pong tak perasan aku snap diorang..punyalah keletihan diaorg berlariii...
(bersambung)
No comments:
Post a Comment