Sunday, November 1, 2009

Konvoi Riadah & Amal Air Papan Mersing (part 2)

31hb Oktober

Jam 2.00 ptg - 6.00 ptg - Acara bebas oleh ahli2 PMC samada nak kuak lentang ker atau terjun tiruk..acara sukaneka yang dijadualkan berlangsung ptg itu terpaksa di tunda atas sebab2 teknikal dan cuaca... Amboi 3X bkn main romantik lagi Bro Johar berpimpinan tgn bersama (kakak) hehehe menuju pantai utk mengambil angin petang
damai sungguh bila dapat melupakan sejenak masa kat tempat kerje...

Bro2 PMC bergaya macho sambil menantikan awek2ss..duyung untuk dijadikan BBQ mlm nii...

Acara yang dinanti2 kan oleh kanak2 ialah berendam sampai kembang atau sampai kena jerit dgn bapak"alonggg!!!dahhhhh...naik"

Jam 7.30mlm - Upacara perasmian membakar BBQ dan melantak oleh ahli2 club PMC telah berlangsung meriah dengan masing2 menunjukkan skill mengipas satay serta skill menunjuk ajar sambil memuncung bibir yang lama tak dipratikkan..

"api ni nak kena ada 3 faktor untuk menyala..bahan bakar,oksigen & spark" begitulah ungkapan sifu founder kepada anak2 muridnya hahahahaha

"yang peha tu utk aku ,kaki utk kau ,ikan siakap utk aku ,ikan bilis utk kau" masing2 mula menanda bahagian mana yang hendak di belasah dulu..perghhh...besar!!!! punyaaaa....

Jam 8.30 mlm - Acara salam perkenalan ahli2 club PMC dengan ucapan alu2an oleh Founder PMC dan penyerahan sumbangan kepada penduduk susah yang terpilih oleh Leader PMC bro Awie...3 orang keluarga yang terpilih utk menerima sumbangan adalah:-

1) Pn Zaleha Binti Mohd Raji

Biodata : Ibu tunggal kepada 6 org anak ini berumur 53 thn tidak mempunyai perkerjaan tetap..pelbagai perkerjaan yang dilakukan untuk menyara anak2nya termasuklah mengambil upah mengemas challet,menanam anak pisang serta berkebun dgn anggaran gaji sebanyak RM15 sehari

2) Pn Hadijah Binti Ahmad

Biodata :Seorang balu berumur 80thn yang lumpuh serta tinggal menumpang bersama anak perempuannya seorang janda..anaknya juga itu tidak mempunyai perkerjaan tetap hanya mengharapkan ikhsan jiran2 serta berkeadan daif.

3) Pn Linda Binti Abd Ram

Biodata : Seorang balu yang kematian suami akibat kemalangan jalanraya,kehidupannya yang sempit dengan menanggung 3 orang anak yang masik kecil serta tidak mempunyai perkerjaan tetap seperti mengambil upah berkebun dan membantu berkemas di kawasan challet di air papan dgn anggaran RM15-20 sehari

ucapan alu-aluan oleh Bro Mahfiz dalam pelancaran club PMC dan majlis penyerahan sumbangan..
barang2 keperluan yang telah di sediakan oleh ahli club PMC untuk diaggih2kan..alhamdullilah

Pn Zaleha mengucapkan terima kasih serta rasa terharu dengan sumbangan ahli club PMC yang disampaikan oleh Leader Bro Awie..semoga Allah sahaja yang membalasnya

En Ayob selaku wakil kepada 2 keluarga penerima sumbangan rasa berbangga dgn usaha club PMC utk membantu penduduk2 yang susah..syabas

Jam 9.00mlm- Upacara diteruskan dengan acara melantak sampai kenyang oleh ahli2 PMC yang berbakat untuk menengahkan bakat mrk...
"Semua sedap tuuu..mana nak makan dulu ek" bisik org rmh Bro Rasdan tapi dapat didengar oleh founder hehehehe...
makan jangan tak makan eahhhh...mcm bunyi kuda mabuk lak...

"pong pang,pong pang pah ceroh" ibu2 ni ek sambil bertanyakan resepi BBQ ..jawab isteri aku"entah main campak2 jer kot"sambil menjeling2 kearah aku ....huhuhu

(bersambung lagi)






No comments:

Post a Comment