Friday, November 13, 2009

Definasi berpersatuan

TT( teh tarik) MHCC yang meriah sambil borak2
Haaaa...meriah kan..kalau lah PMC guy pong leh mcm ni kan best....
Tak der pun unsur2 maksiat..bawak family ke,tunang ke,awek ke dan leh kenal2 sesama kita
Berbincang tentang konvoi kerja kahwin ke Gemas dan Mega Gath bulan Dec ni
Barisan kuda berjenama Honda berbaris cun( tu yang putih Founder yang punya hahaha)

Assalamualiakum
Kali ni aku nak sentuh sikit tentang definasi berpersatuan bagi yang kurang arif apa matlamat kita nak berpersatuan...
Apa tu persatuan...persatuan tu tak kiralah persatuan penduduk ker,persatuan politik ker,club kereta ker,persatuan pelayang ker,persatuan nelayan ker atau apa jua persatuan dalam Malaysia matlamat dan definasinya tetap sama...
Matlamatnya ialah untuk kita berkumpul,belajar,bertukar2 fikiran,bersatu,menjalinkan muhibah dan menjadikan kita lebih tabah.Ia juga membentuk diri kita supaya bertanggung jawab,komitmen serta sama2 memberi buah fikiran membina bukan meng"kondem"sesama kita...Aku ni tak lah pandai sangat tapi kalau bab berpersatuan dah kira masak gak ngan perangai & kerenah makhluk yang di panggil manusia..
Ada sesetengah org ni dia tak faham..kita di lantik sebagai AJK bagi persatuan yang tak dibayar gaji contohnya persatuan penduduk..tapi punyalah permintaan diorang mengalahkan seolah kita ni kerja dgn diorang pulak..so kita kena sama2 faham bahawa bila kita berpersatuan segala tanggungjwb dan komitmen kita tetap sama..kita kena bersatu padu serta sama2 menjadikan persatuan kita lebih kuat dan bukan segala beban dan tanggung jawab diletakkan diatas bahu AJK jer...
Dalam hal ni aku nak ambil club kereta yang aku join sebagai contoh..buat makluman semua selain sbg founder PMC motoclub ni aku pong join MHCC(Malaysian Honda Civic Club) untuk aku belajar dalam aspek penjagaan kuda serta bertukar2 fikiran tentang program2 yang pernah mereka jalankan supaya dapat aku terapkan dalam PMC nanti..
Aspek yang paling penting yang nak aku tekankan kat sini adalah komitmen ahli2 club MHCC itu sendiri...walaupun ada yang dok kat Kota Tinggi,Kulai,Pontian ataupun Pasir Gudang bila dapat jer massage supaya berkumpul ataupun TT (bagi yang tidak ada program atau kerja) mereka tidak pernah mengeluh ataupun mengelak.Ini adalah kerana komitmen terhadap club yang mereka sertai...itu yang penting kita kena fikirkan..
Kekadang kita kena faham..waktu kita berkumpul itulah segala maklumat dan aktiviti yang akan dijalankan akan dapat disampaikan terus kepada kita..tapi kalau dah kita tak pernah datang nak salahkan siapa???walhal kita yang tak leh nak beri komitmen,bukannya club yang tak berikan maklumat pada kita.
So bagi ahli PMC..aku ni bukanlah nak "smash" korang tapi hanya menjadikan ini sebagai contoh supaya ini akan menjadikan kita lebih matang dan bersatu agar club ini lebih kuat dan kebaikan kita bersama bak kata perpatah "Berat sama di pikul dan ringan samalah di jinjing"

Majulah PMC Untuk Semua

Founder

No comments:

Post a Comment