Monday, April 25, 2011

Program "Masih Ada Yang Sayang Nur Ehsan"

Salam Kepada Semua Pengunjung Blog
Adalah dimaklumkan bahawa kami pearlmotoclub akan menganjurkan sebuah program kemasyarakatan iaitu Program "Masih Ada Yang Sayang Nur Ehsan " seperti ketetapan seperti di bawah :-

Tarikh :- 5hb Mei 2011 (Khamis)

Masa :- 9.00pagi - 12.00tgh

Tempat :- Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Jalan Denai Kempas

(lokasi meetpoint- Shell berdekatan Sport Prima Highway Pasir Gudang pukul 8.30pagi)

Aturcara :

8.00pg : Berkumpul di meetpoint

8.30pg : Berkonvoi ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan Kempas

9.00pg : Ucapan alu2an dari Pengerusi Pusat Jagaan Nur Ehsan

9.15pg : Ucapan Pengerusi Acara seterusnya pemberian wang sumbangan dari penderma

9.30pg : Acara Gotong Royong membersihkan kawasan pusat jagaan

10.30pg: Jamuan

10.45pg : Gotong royong bersambung

11.30pg : Berkemas

12.00tgh : Konvoi bergerak balik dan bersurai

Oleh itu semua ahli dijemput hadir demi memeriahkan event kita ini dan kerjasama semua amat2lah dialu2kan.Segala kutipan hendaklah diserahkan sebelum 4hb Mei 2011 kepada wakil2 anda yang telah dilantik atau kepada saya sendiri -Bro Mahfiz : 012-7058846

Semoga apa yang kita akan jalankan ini akan di berkati dan di terima oleh Allah SWT. Insyallah,Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam

1 comment:

  1. assalam...bagus2..walaupun sye bkn ahli pearl..sy menyokong penuh usaha murni ini...
    Bkn sume owg boleh melakukan....

    ReplyDelete