Thursday, April 14, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Salam,

Bertemu kembali dalam blog kali ini dgn satu kisah menarik yang telah menyentuh perasaan apabila mata memandang tempat yang serba daif dan kekurangan ini. Kisah bermula dengan pertemuan yang tak disengajakan dengan seorang Hamba Allah ni semasa menunggu anak aku yang hendak pulang bercuti dari asramanya.

Punyalah sedap berborak sehinggalah terkeluar satu cerita tentang sebuah tempat yang didiami oleh golongan warga emas yang telah dilupakan oleh darah daging mereka sendiri di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Jalan Denai Kempas.Dek kerana keperhatinan tersebut dan setelah mendapat alamat dari hamba Allah tersebut maka aku hantarlah beberapa org ahli PMC merisik dan mengenal pasti lokasi rumah wargaemas yang dimaksudkan tersebut.

Jadi inilah hasilnya...sungguh daif dan hiba sekali hati aku dan rakan2 lain melihat gambar yang telah disnap oleh Bro Hassan & Bro Khairul Fahmi ni..Kawan terlihat rata2 baya2 ayah aku jer..bayangkanlah kalau ayah kita ditempatkan disitu...apalah punya anak yang sampai hati sehingga sanggup meletakkan orang yang melahirkan dan membesarkan mereka ditempat yang serba kekurangan dan kurang kasih sayang....Astagfirullah halazim...

Oleh yang demikian untuk mengurangkan sedikit beban mereka terutama keperluan kekurangan pampers pakai buang dan susu tepung marilah kita bersama2 mengadakan sebuah program kutipan "Tabung Kebajikan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan". Segala kutipan bolehlah diserahkan kepada wakil2 setiap department atau kepada saya sendiri.Semoga paparan ini akan menjadi iktibar dan pedoman kita Insyallah...

Wassalam

Segala Derma bolehlah disalurkan kepada:

Bro Mahfiz - 0127058846
Bro Awie - 0127341423
Bro Nizam - 0137601255
Bro Hafiz TPP- 0177704969
Bro Azhari - 0197592608

Semoga paparan gambar dibawah ini akan menginsafkan kita. Kain bena yang lusuh selusuh penghuninya pintu masuk pusat yang serba ringkas menyambut kedatangan tetamu. kelihatan warga emas berjemur diwaktu pagi
senarai nama penghuni yang mendiami rumah tersebut
salah seorang pemghuni yang terlantar sakit
masa lapang diisi dengan berbual2 kosong sambil mengenang kenangan silam bersama anak2 tercinta.
Katil yang tidak seragam dan lusuh. Salah seorang pembantu yang mentadbir rumah jagaan tersebut. Kalaulah kita ditempatkan disini sok2 dah tua...Subhanallah... keadaan dapur yang sederhana dengan hidangan yang tak seberapa.

No comments:

Post a Comment