Sunday, April 24, 2011

Jualan Amal Rumah Nur Ehsan di Karnival Mahabbah IKIM Fm

Salam,

Syukur Alhamdullilah segalanya telah selamat berjalan dengan lancarnya.Kehadiran ahli2 pearlmotoclub yang bersilih ganti selama 3 hari sama2 telah membantu dalam jualan amal mengutip dana bantuan untuk Warga Emas Nur Ehsan Kempas di Karnival Mahabbah IKIM FM yang diadakan di Kompleks Sukan Nusa Mutiara Bandar Baru Dato Onn.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli2 yang hadir iaitu Bro Awie & isteri,Bro Taki & isteri,Bro Joaranand,Bro Azwan & isteri dan Bro Goku & adiknya kerana sanggup berpanas terik demi niat yang ikhlas membantu menjual barang2 dari Rumah Warga Emas tersebut.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan keikhlasan anda semua.Kepada yang tidak dapat hadir insyallah mungkin ada peluang di lain program.

Wassalam
pintu masuk ke tapak karnival
aku pun tak tahu siaran IKIM ni...mungkin ramai yang tahu
pertandingan mewarna dan bergambar bersama Upin & Ipin yang menarik perhatian ramai kanak2
konvoi bermotosikal berkuasa besar juga ada pada hari terakhir
barisan motosikal yang menjadi idaman setiap mata yang memandang
kehadiran pengunjung yang tidak putus memeriahkan lagi karnival tersebut
walaupun panas terik,itu tidak mematahkan usaha kami
inilah gerai yang menjadi lokasi jualan amal tersebut kelihatan isteri Bro Azwan melayan pelanggan yg hadir pada hari ke-2 Karnival Apa lah yang di katakan oleh Bro Azwan kepada pengunjung agaknya sempat bergurau si Goku niTerima kasih kepada Bro Azwan dan isterinya
kelihatan bro Taki membantu menjual mug yang tertera nama Pusat Jagaan Nur Ehsan pada hari ke-3 karnival
itu dia!!! Bro Awie mengalu2kan pengunjung ke gerai
Bro Joaranand juga tak ketinggalan membantu
segala kutipan jualan akan dimasukkan kedalam tabung yang telah disediakan.Thanks Bro..

No comments:

Post a Comment