Monday, May 2, 2011

Konvoi Majlis Mengawan & konvoi menyelam minum air

Salam,

Memang best dan puas hati konvoi mengawan kali ini,pertama puas berjalan maklumlah teratak pengantin kita iaitu Bro Karim terletak di tengah2 semenanjung Malaysia iaitu di Jengka Pahang dan keduanya yang paling best sekali kitaorg dapat melepaskan hajat utk merasa keenakan gulai tempoyak ikan patin yang diwar2kan oleh Majalah 3 di Temerloh.

Konvoi kali ini disertai oleh 10 orang peserta bersama 3 ekor kuda Honda telah meredah kepekatan malam yang julung2 kalinya di adakan bermula pukul 10.00mlm menuju ke bandar Kuantan.Setelah melepaskan penat di salah sebuah hotel di sana perjalan kami diteruskan menuju ke Jengka Pahang untuk meraikan pasangan pengantin.

Sesudah selesai majlis mengawan perjalanan kami diteruskan menuju ke Temerloh iaitu pekan ikan patin utk merasai keenakan juadah gulai tempoyak ikan patin yang telah mendapat liputan luas di dada2 akhbar dan televisyen.Dengan harga yang sangat berpatutan dapatlah kami melantak sepuas2nya dan tak kurang juga men"tap-pau" untuk di bawa pulang.Perjalanan pulang diteruskan menuju ke J.Bahru walaupun badan terasa penat akan tetapi kami merasa puas dapat memenuhi undangan ahli kita serta "menyelam minum air" pekena gulai ikan patin Temerloh.

Wassalam.
Acara menanti peserta sambil membuat sedikit persiapan sebelum bertolak mengeteh di warong Jenggo Kota Tinggi

lepak betul anak buah aku ni jalan jauh

setelah check out..perjalan diteruskan lagi ke Jengka

konvoi menuju titik tengah semenanjung Malaysia

akhirnya tiba juga lokasi teratak Bro Karim

entah apa jer si Karim tu memuncungkan bibir bawa pulang org rumahnya

peserta menantikan masa nak balun tengahari..lapor jalan jauh

kat mana2 jer asal boleh membalun

bro awie bukan main rajin lagi dia wayang ehh...

pasangan mempelai begitu ceria dengan kehadiran kami yang satu2nya wakil dari Titan

sebelum bertolak ke pekan Temerloh apalagi..bergambar lahhhh

selama ni hanya dapat lihat dari kaca TV jer dan sekarang dok depan mata

lokasi gerai yang diwar2kan

haaa!!! tu dia..periuk gulai tempoyak ikan patin,berebut pelanggan nak merasa ikan patin

anda hanya perlu beratur bersama mangkok ditangan
inilah gerai yang mendapat liputan majalah 3 tapi sayangnya tutup pulak hari tu


punyalah penuh pelanggan,kena book tempat duduk tu

Bro John bukan main selera lagi meratah kepala ikan patin

bro awie..ckp dah kenyang tapi bukan main syok lagi balun

setelah kenyang,perjalanan diteruskan menuju J.Bahru

perghh!! bro awie dapat bawak FD tak nak toleh tu..eksyen
berhenti isi minyak di Pekan Pahang
last stop makan malam di Restauran Nusantara Rompin..macam2 ada....
wajah peserta yang kepenatan tapi puas
aku pun sama..sakit montot lama sgt duduk..

No comments:

Post a Comment