Friday, May 6, 2011

Program "Masih Ada Yang Sayang" Nur Ehsan Yang Menyentuh Perasaan

Salam Ukuah,

Selesai sudah hari yang dinanti2kan oleh peserta2 Program "Masih Ada Yang Sayang"Nur Ehsan bersama sebuah lipatan kenangan & pengalaman yang manis yang tidak dapat mereka lupakan sepanjang hayat.Seramai 30 orang peserta dari ahli kelab pearlmotoclub termasuk beberapa sahabat yang bukan ahli berganding bahu demi menunaikan hasrat murni mereka yang terpendam sekian lama.Syabas !!! dan sekalung penghargaan tidak terhingga kepada mereka yang bersama2 dalam program kali ini.Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa & budi kalian semua Insyallah.

Sebanyak RM2200 wang tunai + RM250(sumbangan makanan utk program) + 80kg Beras +4 bungkus biskut tawar telah selamat kami serahkan kepada pihak pengurusan Warga Emas Nur Ehsan.Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga jua yang dapat mereka sampaikan kepada semua penderma dari kalangan pekerja2 Titan dan bukan Titan yang sudi menghulurkan bantuan ketika mereka amat2 memerlukannya.Budi dan jasa baik penderma2 tidak termampu mereka balas hanyalah dengan bacaan doa kesejahteraan yang mereka panjatkan utk penderma2 yang budiman.

Program dimulakan dengan acara berkonvoi seramai 23 ekor kuda ke rumah warga emas Nur Ehsan di Jln Denai 1 Kempas yang teratur dan tersusun diketuai oleh bro2 marshall yang sopan.
Setibanya kami di sana kami disambut oleh warga emas Nur Ehsan dengan gembira dan ceria bersama ciuman ke pipi para peserta.Bacaan doa oleh Bro Nizam seterusnya ucapan alu2an dari Pengacara majlis merangkap AJK Nur Ehsan iaitu En Syukur bermulanya acara pagi tersebut dikuti oleh ucapan dari Pengerusi dan Pengasas Rumah Kebajikan Nur Ehsan iaitu Tn Hj Sharipin & Pn Hajah Norijah Bidin yang menceritakan serba sedikit latarbelakang rumah kebajikan tersebut yang telah ditubuhkan pada 5tahun yang lepas.

Acara diserikan lagi dengan diklimasi sajak dan patun oleh penghuni rumah Nur Ehsan iaitu ayahnda Zaini Ahmad yang sungguh menyentuh dan membuai perasaan.
Setelah selesai ucapan dan bacaan sajak majlis diteruskan lagi dengan sesi suaikenal makan bersama warga2 emas yang kurang upaya.Di sinilah terlihat akan kepayahan dan kesukaran setiap peserta melayan mereka.Kami juga dapat merasakan betapa sukarnya pekerja2 Nur Ehsan yang setiap hari mengelolakan seramai 43 orang penghuni yang pelbagai ragam dan kerenah.Namun begitu masing2 tersentuh jiwa bila dapat menyuapkan makanan ke mulut warga emas tanda kasih dan sayang para peserta tak ubah seperti keluarga mereka sendiri.

Setelah selesai berjamu selera program diteruskan lagi dengan acara housekepping membersihkan kediaman warga emas tersebut seterusnya sesi bergambar kenang2an sebelum kami beredar pada pukul 12.30 tgh bersama sebuah lagi babak drama di penghujung acara bila mana salah seorang penghuni Nur Ehsan meraung & menangis mahu ikut kami pulang,mungkin mereka terkenang akan keluarga & anak masing2 .Selamat Tinggal Nur Ehsan Insyallah kami akan kesana lagi.

Sekian Wassalam

lokasi meetpoint yang sesak dengan kehadiran kuda2 yang anggun

bersarapan sementara menanti ahli2 yang belum tiba
jom gerak!!! kehadiran ahli dari TPP memeriahkan lagi konvoi tersebut
kuda ku lari gagah berani!!!
seramai 22 ekor kuda telah menggamatkan suasana
bro marshall yang sopan memberikan laluan kepada ahli
memang meriah kehadiran kami pagi itu,abis bertempiaran ayam
penyusunan kuda juga penting kerana kawasan parking yang agak terhad
papan tanda yang baru siap di tempah
keceriaan kami mendapat pujian dari pihak pengurusan Nur Ehsan
ahli baru bro Samadi menguruskan juadah pada program kali ini
Alhamdullilah, Hj Azhar dan Isteri juga sudi melapangkan masa dalam program tersebut
walaupun keadaan sesak namun itu tidak mematahkan semangat kami
masing2 begitu terharu mendengarkan ucapan alu2an dari pengacara majlis
ucapan alu2an menyambut kedatangan kami
bacaan doa dar bro Nizam memulakan majlis
penerangan dari pengasas rumah kebajikan Nur Ehsan Pn Hjh Norijah Bidin
ucapan ringkas dari Founder mengucapkan tahniah kepada para peserta
motivasi ringkas dari Pengerusi Rumah Nur Ehsan
acara penyerahan wang sumbangan dari penderma
penyerahan sijil penghargaan kepada kelab pearlmotoclub atas penglibatan dalam jualan Amal di Karnival IKIM di Nusa Mutiara
bro Awie juga menerima sijil atas kehadiran beliau dalam Karnival tempohari
bro Joaranad juga bangga menerima sijil penghargaan
bro Taki juga tidak ketinggalan mendapat sijil penghargaan
Inilah sajak yang dicipta oleh Ayahnda Zaini dan ditujukan khas utk warga Pearlmotoclub semoga menjadi iktibar dan pedoman kelak.

Anak Bangsaku !
Bangkitlah engkau dari rebah,Sedarkanlah dirimu dari padah,
Usahlah lagi berkhayal anak bangsaku,binalah masa depanmu,
Usahlah berpeluk tubuh atau kau akan tertinggal jauh.

Anak Bangsaku !
Kemudilah bahtera hidupmu,jangan terpesong dari haluan perahu,
Atau kau akan karam saja begitu,usahlah terlalu dipeluk dunia ini,

Wahai anak bangsaku!
Hadapkanlah tanpa lalai dirimu pada Al-Haliq tuhanmu,
Sentuhkanlah keningmu ke lantai selalu,sujud pohon keampunan dan restu.

Kau adalah harapan negaramu,kebanggaan ayah ibu,
Kami bangga denganmu anak bangsaku,dalam dakapan indah dunia remajamu.

Ingatlah ini anak bangsaku firman Allah S.W.T marhumnya.

Tuhanmu yakni ALLAH memerintahkan supaya janganlah menyembah lain kecuali "Dia"dan berbuat baiklah kepada kedua IBU BAPAmu,Jika seorang atau keduanya telah tua,Jangan di herdik mereka,ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik2 dengan lemah lembut. Janganlah berkata "Cis!" atau "Ah!"dan rendahkan diri kepada keduanya kerana kasih sayangmu.

Dan berdoalah..

"Ya Allah,peliharakanlah dan sayangilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan memeliharaku sewaktu kami masih kecil"
Surah Israaq"ayat 23,24

Ayahnda sudahi dengan lafaz mulia "wassalamualaikum W.M H"
jamuan bersama warga emas,sungguh berselera pakcik ni makan
kelihatan Bro Harun menyuapkan makanan kepada salah seorang penghuni
Bro Johar bertanya khabar kepada penghuni yang terbaring
Bro Hafizi menyuapkan makanan kepada penghuni yag tak berdaya
begitu juga aku,teringat kepada ayahku yang pernah sakit angin ahmar dahulu,melayan dan menyuapkan makanan kepadanya sehinggalah beliau pulih
pak cik ini selalu menangis setelah disuap makanan,mungkin teringat akan anaknya yang tak kunjung tiba..kasihan sungguh
bro kecik juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan bermesra
setelah kita tua,segala tindakan kita seperti kanak2 yang baru lahir
gambar yang menjadi farvorite aku..kelihatan bro mokhtar memberi minuman dengan wajah keikhlasan terpancar
acara housekeeping sebelum kami beredar,amboi bro amin & bro rashdan bersemangat sungguh
bro hafiz juga hadir.thanks bro..
abis bersih kami kerjakan
ini sahaja yang termampu kami lakukan...
sesi bergambar bersama warga emas sebelum kami berangkat pulang
kenangan sepanjang hayat...Tahniah PMC!!!!!...........
kain bena yang diminta oleh penghuni warga emas utk diabadikan menjadi kenang2an di sana.

No comments:

Post a Comment