Salam,
Setelah jenuh bersama setiausaha baru kelab kita iaitu Bro Hafiz TPP (Lancer Biru)mencari tempat yang paling ngam untuk membuat tempahan sticker baru bersesuaian dengan harga yang agak berpatutan maka inilah hasilnya.Segala tempahan dari ahli kelab kini dibuka untuk sama2 kita bergaya menyambut hari Depavali yang bakal tiba tak lama lagi mu sekorrrrr....hahahaha!!!!.
Di bawah ni saya sertakan 2 contoh gambar sticker yang telah siap ditampal di kuda Bro Hafiz TPP & kuda Bro Mahfiz.Walaupun kedua2nya nampak serupa tapi sebenarnya nyata berbeza.
A) Injection Printing & Laminate Sticker
Perkataan Pearlmotoclub dan logo diprogram di dalam komputer dan dicetak bersama dengan background hitam serta ditambah dengan satu layer laminate supaya tahan lebih lama.So tak yah guna tinted hitam di belakang cermin lagi..terus jer lekat atas cermin kereta bersama backgroundnya.
Harganya boleh tahan kerana kos membuatnya menggunakan cetakkan komputer.Kalau nak tengok contoh ada di kereta Bro Hafiz TPP Team A (proton wira JDA 6684)
1 set sticker depan belakang-RM55 + sticker r/tax-RM4 = Total RM59
B) Computer Cutting Sticker
Perkataan Pearlmotoclub dan logo diprogram di dalam komputer dan dipotong menggunakan mesin pemotong sama seperti sticker kita yang terdahulu.Cara tampalan juga serupa..just kopek dan tampal diatas cermin kereta dengan tinted hitam sebagai backgroundnya berada di belakang cermin.
Harga tidaklah terlalu mahal kerana kos hanya untuk perkataannya sahaja.Kalau nak tengok contoh bolehlah tengok kereta Founder team B (Honda civic JHD 303)
1 set sticker depan belakang -RM40 + sticker r/tax-Rm4 = Total RM44
Dengan penjelasan dan contoh2 gambar yang dipaparkan ini dapat memberi info kepada ahli2 untuk membuat pilihan mengikut citarasa masing2 tanpa rasa terpaksa dan selesa.Tepuk dada tanyalah selera brooo..
Wasallam
* Segala tempahan bolehlah SMS kepada saya sendiri Founder(012-7058846) atau Bro Hafiz (017-7704969)
No comments:
Post a Comment