Salam,
Bersua kembali dalam posting kali ini tentang perancangan kita untuk menyambut Ulangtahun Pertama Pearlmotoclub di Fishing Bay Teluk Buih Mersing.Diam tak diam dah setahun kita bersama dalam kelab yang kita sayangi ini.
Segala aktiviti baik dari segi konvoi riadah,majlis mengawan dan kerja2 amal telah kita sempurnakan dengan jayanya.Ucapan penghargaan tidak ternilai kepada semua ahli2 pearlmotoclub di atas komitmen mereka untuk menjadikan kelab kuda ini sebaris dengan kelab permotoran yang disegani.Tanpa anda semua kita tidak akan bertahan hingga ke tahap ini.
Jadi untuk menghargai usaha ahli2 pearlmotoclub maka satu majlis penghargaan akan kami adakan berdasarkan perbincangan dikalangan AJK.Setelah mengenal pasti tempat yang paling sesuai dan executive maka Teluk Buih lah lokasi yang paling terbaik.So jangan tunggu lama2 lagi broo,daftar untuk tempahan bilik dan sambil2 tu simpan2 cuti serta fulus untuk kita sama2 memeriahkan majlis itu nanti.
Sekian
Wasallam
*Mari kita layan gambar di Teluk Buih..
tentang butiran harga makanan masih lagi di perbincangkan
No comments:
Post a Comment