Wednesday, October 6, 2010

KEPUTUSAN VOTING STICKER

Salam,

Pejam celik pejam celik dah tiba masanya untuk saya mengumumkan keputusan undian sticker yang telah kami perolehi berakhir pada awal bulan ini.Setelah berhempas pulas,memujuk,membantai dan berlori SMS kepada ahli2 sebulan yang lepas maka inilah keputusannya.

Sebanyak 85 % undian iaitu seramai 41 orang daripada 53 orang ahli yang berdaftar,setelah ditolak 12 orang ahli yang menjadi commitee,yang mengikut sahaja dan yang tidak aktif maka dengan ini diumumkan bahawa Sticker D telah terpilih untuk menjadi logo dan sticker rasmi kelab pearlmotoclub.Sekalung penghargaan untuk pencipta2 logo tahniah kepada yang berjaya,dan yang tidak berjaya tu jgn putus asa ,mungkin tak cukup lobi kot hehehe!!!!

Logo rasmi & sticker depan baru pearlmotoclub

Sticker A - mendapat 8 undi
Sticker B - mendapat 4 undi
Sticker C - mendapat 8 undi
Sticker D -mendapat 15 undi
Sticker E - mendapat 1 undi
Sticker F - mendapat 2 undi
Undi rosak - 0
Atas pagar - 3

Jumlah pengundi = 41 pengundi

Kami AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli2 yang memberikan komitmen dalam menyediakan contoh2 sticker dan juga tak dilupakan ahli2 yang memberikan kerjasama dalam memberikan undian.Kami berharap dengan keputusan ini semua ahli2 PMC dapat menerima keputusan ini dengan lapang dada berlandaskan perjanjian kita yang terdahulu iaitu MAJORITI demi kebaikan dan kemajuan kelab yang kita sayangi ini.
Hidup PMC!!!!
Sekian harap maklum

No comments:

Post a Comment