Friday, October 15, 2010

10.10.10

Salam..

1) Cerita 1

Tanggal keramat 10.10.10 (10hb Okt 2010)mencatat sejarah peribadi ramai warganegara Malaysia dengan mengadakan pelbagai acara atau majlis untuk diabadikan sebagai kenangan.Begitulah juga khusus buat sahabat kita Bro Zalmazizi yang telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya di Parit Yusuf Muar Johor pada tanggal keramat tersebut.

Kami dari warga pearlmotoclub dengan berbesar hati mengucapkan "Selamat Pengantin Baru"semoga mahligai yang dibina atas dasar kasih sayang & kesetian akan terus berkekalan hingga ke akhir hayatnya.Maaf juga kami pohonkan kerana kami tidak dapat bersama2 meraikan hari yang amat bersejarah tersebut kerana atas kesibukkan tugas semasa PC 2 TURNAROUND yang berkebetulan jatuh pada tanggal tersebut.
semasa menghadiri rumah terbuka Anak2 yatim
mengikuti konvoi riadah ke Tiara Beach Resort

2) Cerita 2

Tanggal ini juga negara dikejutkan dengan berita yang sangat mengerikan dan menyayat hati dimana berlakunya kemalangan sebuah bas express Delima yang dipandu laju telah memasuki lorong bertentangan berdekatan Tol Simpang Empat Alor Gajah Highway PLUS Utara Selatan.
Kemalangan ngeri ini juga telah mengorbankan 12 nyawa dan berpuluh lagi cedera parah/ringan serta mengakibat kesesakan teruk dari J.Bahru dan dari K.Lumpur.Sebanyak 2 buah bas Express,sebuah Van Toyota serta beberapa buah kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.Dimanakah silapnya???

Ucapan takziah dari kami buat keluarga yang terkorban dalam kemalangan tersebut dan berharap kerajaan dapat memikirkan jalan penyelesaian terbaik agar dapat menghindarkan kemalangan maut yang meragut ramai nyawa akan berulang lagi.

Sekian

Wassalamkesesakkan teruk di kedua2 arah JB-KLkemalangan ngeri yang menggemparkan negara

Al-Fatihah utk yang beragama Islam

No comments:

Post a Comment