Sunday, November 22, 2009

Konvoi MHCC Musim Mengawan...( En Lan )

Konvoi dari Southern Region(P.Gudang,Kulai,Sekudai) berhenti rehat sambil tunggu kuda2 yang lain
Berkumpul di Dataran Segamat sambil menantikan ahli Center Region dari Batu Pahat & Muar(Bagi staf Titan yang rasa malu ngan sticker PMC ni buktinya broooo...apa kalau dah joint MHCC tak leh join PMC ker...alasannnn)
Haaaa...tu dia Pearlmotoclub sebaris bersama sebahagian ahli MHCC dari Center Region.
Tengok tu Pearlmotoclub pun bangga dok sama2 ngan diorg tuuu..siap diorg offer nak joint club kuda Titan tuuu..bolehhhh tapi kena isi borang masuk Titan dulu bro hahahaha....
Sungguh sopan kuda2 MHCC bebaris masuk ke Felda Jelai
Ni mau runtuh pelamin kalau semua ahli bergambar.
Untuk mengelakkan kejadian tak diingini maka semua bergambar kat bawah hahaha(org rumah aku(baju biru)pun ikut konvoi...ada unsur2 maksiat ker dalam club kuda ni? soalan aku pada...ehem2



Asal jer musim tengkujuh atau musim cuti sekolah maka ramailah kuda2 yang akan mengawan,dah jadi trend kot...maklumlah masa nilah sanak saudara senang berkumpul untuk menjayakan satu2 majlis .So aku pun tak ketinggalan dapat banyak kad jemputan hingga kadang2 terpaksa bahagi dua ngan org rumah aku.Tapi yang specialnya majlis ni adalah majlis kahwin salah sorang dari ahli club kuda MHCC (Malaysian Honda Civic Club)yang diadakan di Felda Jelai Gemas iaitu sempadan Johor/N.Sembilan.
Seronok sungguh dapat bertemu ngan ahli2 club MHCC dari Segamat,B.Pahat ,Muar dan Kuala Lumpur.Tak kira tua ker,muda,ahli baru ker,lama ke,kereta baru ker,buruk ker semua tolak tepi demi kepentingan sebuah persahabatan yang muhibah dalam sesebuah club bagai satu keluarga.Inilah yang nak aku cuba terapkan dalam club PMC atau department aku atau dikalangan perkerja2 Titan sendiri.Masing2 tak der rasa "who want to be a leader" atau merasa "shift atau department masing2 bagus sangat2 "atau merasakan "terhina dan malu sekiranya bernaung dibawah org lain".Aku harap masing2 faham dengan motif yang cuba aku sampaikan ini.Konvoi MHCC dari Southern Region bertemu dengan ahli dari Centre Region di dataran Segamat dan lebih kurang 40 biji kuda telah berkonvoi ke rumah pengantin.Perghhh...grand tuuuu...terlopong org tengok.
Nantikan cerita dan gambar seterusnya MegaGath MHCC di Sepang 19/20hb Disember ni..pearlmotoclub Titan pun bangga dapat join tuuuuu....

Iklan lagi

Amboi2 sambil cekak pinggang tu menggoreng..nyampahhhh...awuuuu
Hmmm...sedap ni kalau pekena ngan kopi O

Sebagai memberikan galakan kepada ahli PMC untuk berniaga,sekali lagi blog ini telah memberikan ruang untuk salah seorang ahli kita iaitu Bro Akmal setelah beliau berjaya membuka sebuah gerai goreng pisang di restoran Bawang putih di Jalan Betik Kota Masai.So marilah kita serbu gerai beliau memandangkan musim tengkujuh ni sambil pekena goreng pisang panas ngan kopi "O" perghhh...... nikmat tu,kat Arab pun tak jumpa tuuuu hehehee,makan free tak der ehh...beli sehinggit dapat pun sehinggit gak tau mu sekorrr...

Sukan musim tengkujuh

Tentu ada perkara yang membuatkan pemain2 gelak gila... cuba teka...
Alamak mcmana nak mula step nak baling ni..agaknya begitulah terdetik dalam kota fikiran pemain

Tuuu..dia...si founder walaupun tak masuk Tournament tetap menunjukkan skill balingan ala2 joget zapin eyahhhhh.....


Memandangkan musim tengkujuh yang telah melanda maka semua kuda telah bertambat dan aktiviti di luar rumah dihadkan tetapi ini tidak bermakna kita terus lesu atau terus "mengelon" bak pepatah kata Wak Jai.
Ahli2 PMC dan yang anti PMC pun bersibuk juga mengasah bakat untuk menghadapi sukan bermusim Titan..biasalah nak tournament baru lah semua skill yang terperap dan bola bowling dikeluarkan.

Friday, November 13, 2009

Definasi berpersatuan

TT( teh tarik) MHCC yang meriah sambil borak2
Haaaa...meriah kan..kalau lah PMC guy pong leh mcm ni kan best....
Tak der pun unsur2 maksiat..bawak family ke,tunang ke,awek ke dan leh kenal2 sesama kita
Berbincang tentang konvoi kerja kahwin ke Gemas dan Mega Gath bulan Dec ni
Barisan kuda berjenama Honda berbaris cun( tu yang putih Founder yang punya hahaha)

Assalamualiakum
Kali ni aku nak sentuh sikit tentang definasi berpersatuan bagi yang kurang arif apa matlamat kita nak berpersatuan...
Apa tu persatuan...persatuan tu tak kiralah persatuan penduduk ker,persatuan politik ker,club kereta ker,persatuan pelayang ker,persatuan nelayan ker atau apa jua persatuan dalam Malaysia matlamat dan definasinya tetap sama...
Matlamatnya ialah untuk kita berkumpul,belajar,bertukar2 fikiran,bersatu,menjalinkan muhibah dan menjadikan kita lebih tabah.Ia juga membentuk diri kita supaya bertanggung jawab,komitmen serta sama2 memberi buah fikiran membina bukan meng"kondem"sesama kita...Aku ni tak lah pandai sangat tapi kalau bab berpersatuan dah kira masak gak ngan perangai & kerenah makhluk yang di panggil manusia..
Ada sesetengah org ni dia tak faham..kita di lantik sebagai AJK bagi persatuan yang tak dibayar gaji contohnya persatuan penduduk..tapi punyalah permintaan diorang mengalahkan seolah kita ni kerja dgn diorang pulak..so kita kena sama2 faham bahawa bila kita berpersatuan segala tanggungjwb dan komitmen kita tetap sama..kita kena bersatu padu serta sama2 menjadikan persatuan kita lebih kuat dan bukan segala beban dan tanggung jawab diletakkan diatas bahu AJK jer...
Dalam hal ni aku nak ambil club kereta yang aku join sebagai contoh..buat makluman semua selain sbg founder PMC motoclub ni aku pong join MHCC(Malaysian Honda Civic Club) untuk aku belajar dalam aspek penjagaan kuda serta bertukar2 fikiran tentang program2 yang pernah mereka jalankan supaya dapat aku terapkan dalam PMC nanti..
Aspek yang paling penting yang nak aku tekankan kat sini adalah komitmen ahli2 club MHCC itu sendiri...walaupun ada yang dok kat Kota Tinggi,Kulai,Pontian ataupun Pasir Gudang bila dapat jer massage supaya berkumpul ataupun TT (bagi yang tidak ada program atau kerja) mereka tidak pernah mengeluh ataupun mengelak.Ini adalah kerana komitmen terhadap club yang mereka sertai...itu yang penting kita kena fikirkan..
Kekadang kita kena faham..waktu kita berkumpul itulah segala maklumat dan aktiviti yang akan dijalankan akan dapat disampaikan terus kepada kita..tapi kalau dah kita tak pernah datang nak salahkan siapa???walhal kita yang tak leh nak beri komitmen,bukannya club yang tak berikan maklumat pada kita.
So bagi ahli PMC..aku ni bukanlah nak "smash" korang tapi hanya menjadikan ini sebagai contoh supaya ini akan menjadikan kita lebih matang dan bersatu agar club ini lebih kuat dan kebaikan kita bersama bak kata perpatah "Berat sama di pikul dan ringan samalah di jinjing"

Majulah PMC Untuk Semua

Founder

Thursday, November 5, 2009

Iklan lah pulokkk....

Asyik cerita pasal kuda dan konvoi jer...haaa mcm dalam T.V ada iklan penaja bila tengah syok2 mengadap.Iklan ni dari kedai salah sorang ahli club kita gak...Bro Din Lab...so layanzzz...
Ni dia kedai kawan kita..terletak kat Kip Mart Masai..mcm2 adaa...minyak atar,minyak wangi,minyak cenuai pun ada hahaha.... acah mak enon ,cuma satu jer aku tak tanya minyak kuda leh lari laju ada ker tak???
Bukan saja minyak dia jual segala jenis batu pun ada..krongsang,kancing baju melayu,kancing gigi hahaha...haa kat sini pu aku tak tanya batu bata ada jual ker tak???
Yang ni bahaya kalau bawak org rumah..mau juling biji mata...tengok botol jer dah tau mahal siot...tapi ni cuma display item jer...yang ni pun aku lupa nak tanya...botol kicap ada ker tak???
Amboi Bro Din...semua kau kaut ekkk...dari segala mcm minyak,batu sampailah ke barangan cenderamata...pandai mu sekorrr ek..ni pong aku lupa nak tanya..cenderamata untuk club ni ada ker tak hahahha...dah bagi ruang iklan ni kurang2 pun TT kat Pak Ali...tak pong tayar baru ker,lagi cantik kalau ngan sport rim saiz 17 sekali,yelah mu dah kaya..banyak pitih(duit) tolonglah member2 yang susah,tak banyak jer enjin turbo pun dah cukup tak Bro..melawak jerrr...
Jom pakat serbu ramai2.....harga boleh dirundingkan..bawak jer sticker PMC kat kedai tu tunjuk kat Bro Din...silap leh dapat percuma....hehehe...acah mak gayah lakkk.

TT ke Titan Futsal 2009

Untuk makluman kepada semua ahli PMC ...

TT ke Titan Futsal akan diadakan pada 8hb Okt 2009...
Bagi ahli yang dok kat area P.Gudang di jemput untuk sama2 berkonvoi bersama2 mengiringi kawan2 kita yang akan terkinja2 hehehe (main bola laaa) pada hari tersebut.
Biasalah tempat mana lagi untuk berkumpul kalau tak kat depan Wakaf An Nur jam 7.45pagi.Bagi yang dok kat area JB..terus jer ke Sport Prima Centre mu sekorrr hahaha atau berkumpul di BHP highway P.Gudang bersama rakan2 yang dok area Permas atau J.Jaya....

Agenda:
7.45pg-Berkumpul di Wakaf An-Nur
8.15pg-Konvoi mula bergerak
8.25pg-Bertemu dgn group dari JB di BHP highway P.Gudang
8.30pg-Konvoi terus ke Sport Prima Centre
8.45pg-Lepak2 dan bersidai kat sana hehehe
9.30pg-Mana yang tak amik bahagian jommm ngeteh & sarap kat Kg Melayu
10.00pg-Konvoi bergerak balik ke P.Gudang

Pakaian: T'shirt rasmi club laaaaa

Sekiranya ada perubahan & makluman akan kita susuli kemudian

Founder

Monday, November 2, 2009

Konvoi Riadah & Amal Air Papan Mersing (part 3)

1hb Nov

Jam 8.00pg - "Bangun!bangun!bangun...pergi mandi sarap dan ke pantai cepattttt!!!!!"
begitulah arahan aku kepada semua pemilik2 kuda2 agar dapat bersama2 menjayakan sukaneka yang tertunda semalam petang..heheheh padahalnya aku yg lambat bangun...hahahaha...sori bro semua...
Pagi itu selepas bersarapan dengan pelbagai juadah yang telah disediakan oleh cathering kami semua beduyun2 ke pantai bersama anak2 yang keseronokan untuk bermain air..termasuklah aku ni yang pantang nampak air.
Pelbagai acara yang telah kami jalankan dengan pelbagai aksi dan keletah yang mencuit hati terutama acara kanak2 cari gula2 dalam tepung serta lari kaki tiga couple..ikutilah paparan menarik yang telah aku sediakan..
Itu dia peserta2 yang bakal berentap untuk membuktikan siapa yang terhandal perghhh!!!"cari jgn tak cari dik...bior muka mcm tepung komak asal leh menang"begitulah laungan ibu masing2
acara yang mencuit hati yang membuatkan lupa tentang kerja
ibu bapa juga tak nak kalah,masing2 menunjukkan skill untuk memenangi pertandingan lari kaki tiga"papa,mama lari!.lari!lari!" anak2 memberikan sorakan
acara baling belon air juga tak kurang hebatnya,lihat tu leader bro Awie sambut mcm sambut buah kelapa..
tentu ada yang mencuit hati bro Azli hingga gelak guling dia sekorrr..patut pong belon pecah kat muka dia hahahahah....nampaknya bro Johar dapat memintas bro Taki di selekoh tajam dalam acara bawa bola pingpong
peserta2 lain tak nak kalah gak,masing2 menggunakan pelbagai cara utk menang...

Jam 10.00 pg - Acara bebas sambil kami berendam dalam kolam dan meghilangkan penat setelah behempas pulas dalam sukan rakyat..seronok tuuuu...rasa tak nak balik jer..perlawanan polo air juga diadakan utk membuktikan kehebatan masing2 dalam air..keputusan perlawanan Senior telah dpt mengalahkan Junior huhuhu...

Jam 12.00 tgh - Upacara penyampai hadiah kepada pemenang2 acara sukaneka dan ternyata keluarga Bro Johar mengungguli acara keseluruhan..perghhh..bro lu makan beras apa ek..power tuuu...

Upcara penyampaian untuk kanak2 telah disempurnakan oleh Bro Taki dengan penuh bergaya tuuuu..mcm YB
"asyik2 dia jer yang menang,kalau tak dia,anak dia"Bro Mahfiz mengomel tanpa didengar oleh bro Johar hehehe
Sesi fotographi sebelum bertolak balik..thanks to all kerana memberikan kerjasama tak berbelah bagi..lain kali kita buat lagi...

Jam 1.00tgh - Selepas lunch yang disediakan dan bersolat berjemaah,kami pun mula bersiap2 untuk berangkat pulang.Rasa berat hati nak balik tuuuu
Kuda marshal Bro Awie gagah bersiap sedia untuk memantau kuda2 lain dlm perjalanan pulang....

Jam 1.30 ptg - Kami juga sempat singgah di tempat membuat keropok di persisiran pantai Mersing untuk membeli buah tangan...
tempat memperoses keropok segar...sedap tu keropok lekor cecah ngan colekkk...

Pilih jangan tak pilih,yang kecik,besor,panjang,pendek semua ado belako!!!!

bro Awie terkenang semasa beliau menjadi perkerja part time di tempat memperoses keropok sebelum berkerja di Titan

Jam 2.00ptg - Perjalanan pulang menuju ke P.Gudang setelah puas beriadah dan menunaikan hasrat yang terpendam

Jam 3.00 ptg - Berhenti rehat untuk minum petang di R&R dusun Panti dengan membawa seribu kenangan

Jam 4.30 ptg - Konvoi berhenti di tol keluar Kota Tinggi -P.Gudang untuk acara bersalaman tanda ikatan kekeluargaan akan berpanjangan... kuda masing2 berhenti rehat sambil terkenang masa mengurat kuda betina lain dalam perjalanan pulang tadi...hehehe

Berhenti di tol exit pasir gudang sambil berborak2 dan besalaman2an..Selamat Jalan & Jangan serik lagiiii....."Majulah untuk PMC"

Sekian

Founder

Sunday, November 1, 2009

Konvoi Riadah & Amal Air Papan Mersing (part 2)

31hb Oktober

Jam 2.00 ptg - 6.00 ptg - Acara bebas oleh ahli2 PMC samada nak kuak lentang ker atau terjun tiruk..acara sukaneka yang dijadualkan berlangsung ptg itu terpaksa di tunda atas sebab2 teknikal dan cuaca... Amboi 3X bkn main romantik lagi Bro Johar berpimpinan tgn bersama (kakak) hehehe menuju pantai utk mengambil angin petang
damai sungguh bila dapat melupakan sejenak masa kat tempat kerje...

Bro2 PMC bergaya macho sambil menantikan awek2ss..duyung untuk dijadikan BBQ mlm nii...

Acara yang dinanti2 kan oleh kanak2 ialah berendam sampai kembang atau sampai kena jerit dgn bapak"alonggg!!!dahhhhh...naik"

Jam 7.30mlm - Upacara perasmian membakar BBQ dan melantak oleh ahli2 club PMC telah berlangsung meriah dengan masing2 menunjukkan skill mengipas satay serta skill menunjuk ajar sambil memuncung bibir yang lama tak dipratikkan..

"api ni nak kena ada 3 faktor untuk menyala..bahan bakar,oksigen & spark" begitulah ungkapan sifu founder kepada anak2 muridnya hahahahaha

"yang peha tu utk aku ,kaki utk kau ,ikan siakap utk aku ,ikan bilis utk kau" masing2 mula menanda bahagian mana yang hendak di belasah dulu..perghhh...besar!!!! punyaaaa....

Jam 8.30 mlm - Acara salam perkenalan ahli2 club PMC dengan ucapan alu2an oleh Founder PMC dan penyerahan sumbangan kepada penduduk susah yang terpilih oleh Leader PMC bro Awie...3 orang keluarga yang terpilih utk menerima sumbangan adalah:-

1) Pn Zaleha Binti Mohd Raji

Biodata : Ibu tunggal kepada 6 org anak ini berumur 53 thn tidak mempunyai perkerjaan tetap..pelbagai perkerjaan yang dilakukan untuk menyara anak2nya termasuklah mengambil upah mengemas challet,menanam anak pisang serta berkebun dgn anggaran gaji sebanyak RM15 sehari

2) Pn Hadijah Binti Ahmad

Biodata :Seorang balu berumur 80thn yang lumpuh serta tinggal menumpang bersama anak perempuannya seorang janda..anaknya juga itu tidak mempunyai perkerjaan tetap hanya mengharapkan ikhsan jiran2 serta berkeadan daif.

3) Pn Linda Binti Abd Ram

Biodata : Seorang balu yang kematian suami akibat kemalangan jalanraya,kehidupannya yang sempit dengan menanggung 3 orang anak yang masik kecil serta tidak mempunyai perkerjaan tetap seperti mengambil upah berkebun dan membantu berkemas di kawasan challet di air papan dgn anggaran RM15-20 sehari

ucapan alu-aluan oleh Bro Mahfiz dalam pelancaran club PMC dan majlis penyerahan sumbangan..
barang2 keperluan yang telah di sediakan oleh ahli club PMC untuk diaggih2kan..alhamdullilah

Pn Zaleha mengucapkan terima kasih serta rasa terharu dengan sumbangan ahli club PMC yang disampaikan oleh Leader Bro Awie..semoga Allah sahaja yang membalasnya

En Ayob selaku wakil kepada 2 keluarga penerima sumbangan rasa berbangga dgn usaha club PMC utk membantu penduduk2 yang susah..syabas

Jam 9.00mlm- Upacara diteruskan dengan acara melantak sampai kenyang oleh ahli2 PMC yang berbakat untuk menengahkan bakat mrk...
"Semua sedap tuuu..mana nak makan dulu ek" bisik org rmh Bro Rasdan tapi dapat didengar oleh founder hehehehe...
makan jangan tak makan eahhhh...mcm bunyi kuda mabuk lak...

"pong pang,pong pang pah ceroh" ibu2 ni ek sambil bertanyakan resepi BBQ ..jawab isteri aku"entah main campak2 jer kot"sambil menjeling2 kearah aku ....huhuhu

(bersambung lagi)