Friday, February 26, 2010

Lambang kita yang baru


Asalamualaikum semua..
Adalah dimaklumkan bahawa kami telah bersetuju untuk memperbaharui lambang club kuda kita besesuaian dengan kehendak ahli2 yg ingin menjadikan club kuda kita setanding dengan kelab2 yang lain serta untuk mengelakkan persamaan lambang kelab kuda lain yg menggunakan perkataan PMC.
Dari itu setelah memerah otak serta berteggang urat leher maka di sini adalah lambang terbaru untuk sticker kuda kita dan logo bagi pakaian seragam kita.. Kami berharap kepada semua ahli akur dan bersetuju dengan perbaharuan yang telah kami lakukan.
Sticker akan kami keluarkan pada pertengahan bulan March ini dengan kadar harga yang berpatutan.

Sekian
Wassalam

Thursday, February 25, 2010

Selamat Jalan !!!!!!!

Salam hormat..

Dikesempatan ini founder ingin mengucapkan "Selamat Jalan"kepada ahli2 club kuda yang akan membawa kuda2 mrk ke majlis megawan Bro Jamal di Pekan Pahang serta beriadah di Cherating & Gambang Water Park.
Dengan aktiviti2 riadah tersebut akan mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli serta dapat meng'test' kuda2 mereka sejajar dengan selogan club kuda kita"Kudaku lari Gagah Berani"hehehe...so sebelum test tu pastikan kuda2 kita di service dengan tip topnya...baru boleh meliuk lintuk bila dia berlari...

Jadual & program yang telah di susun:

Agenda
27hb Feb

8:30 pg : Berkumpul di Petronas Cahaya Masai
8:45 pg : Konvoi dari P.Gudang bergerak ke stesen minyak Petronas Ulu Tiram
9:00 pg : Berkumpul di stesen minyak Petronas Ulu Tiram bersama ahli dari JB
9:15 pg : Konvoi bergerak menghala ke Mersing
11:00 pg: Berhenti Rehat di Mersing
11:30 pg : Konvoi bergerak ke Pekan
1:30 tgh : Konvoi sampai di Pekan utk jamuan di rumah pengantin (Bro Jamal)
2:00 ptg : Konvoi bergerak ke Duta Village Balok
2.30 ptg : Check in di Duta Village Balok
3:00 ptg : Aktiviti bebas & berehat
8:30 mlm: Makan Malam di Tanjung Lumpur
12:00 mlm: Aktiviti bebas & berehat

28hb Feb

7:30 pg : Berkumpul utk Sarapan pagi
8:00 pg : Aktiviti bebas
11:00 pg : Berkemas & house keeping
1:00 tgh : Check out
1:15 tgh : Berkonvoi ke Gambang Water Park
1:30 ptg : Beriadah di Gambang Water Park
5:00 ptg : Bersiap2 utk pulang
5:30 ptg : Konvoi bergerak ke Mersing
7:00 mlm: Berhenti Rehat di Mersing
7:30 mlm : Konvoi bergerak ke P.Gudang & J.B
9:30 mlm: Konvoi Sampai di P.Gudang & J.B

(segala aktiviti tertakluk kepada masa & keadaan )
Pakaian bebas utk Majlis Perkahwinan & baju PMC utk aktiviti di Cherating & Gambang

Sekian
Selamat Maju Jaya

Baju baru PMC

contoh baju baru yang akan dikeluarkan..jahitan PMC di hadapan dan di belakang baju spt design di bawah....cun kannnnn mu sekorrrr
(dari hadapan) baju kolar bulat yang baru dikeluarkan bersempena percutian ke Gambang
(dari belakang) tulisan pearlmotoclub.blogspot.com tertera di belakang utk memperkenalkan club kuda di mata dunia hahahahahah.......

Salam..
Untuk pengumuman semua ahli PMC, kami akan memperkenalkan dan menambahkan koleksi baju club kuda kita seiring dengan pelbagai kemajuan yang telah di capai.
Ini adalah atas permintaan ahli2 untuk mempelbagaikan lagi pakaian seragam apabila menjalankan aktiviti2 dan riadah.
Di sini gambar contoh baju yang akan kami keluarkan pada bulan Mac ini.Sila berjumpa dengan Bro Awie atau Bro Mahfiz untuk memiliki sehelai T'shirt yang exclusive dan cun melecun yang berharga:

T'shirt kolar bulat= RM 16
T'shirt berkolar = RM 30-(termasuk kos pelbagai peralatan kegunaan club cth-kain bena,Safety Vest,Safety Lamp,Safety Light utk Marshall)

Sekian

Wassalam

Wednesday, January 27, 2010

Kita telah maju setapak..Syabas semua

Salam sejahtera,
Atas permintaan ahli kelab kuda PMC maka Pearlmotoclub telah maju setapak dan melebarkan sayapnya dengan mengadakan perjanjian usahasama serta melantik bengkel kereta BM AUTOMATIVE SERVICE CENTRE sebagai panel bengkel baik pulih dan service untuk kemudahan ahlinya.

Bengkel yang terletak di alamat No 2 Jalan Pelanduk 6,Taman Scientex P.Gudang Johor telah diusahakan oleh En Za'aba (016-7162479) bersama pembantunya seramai 8 orang telah berjanji akan memberikan service yang terbaik serta potongan harga yang berpatutan sekiranya ahli2 PMC datang membawa kuda2 mereka ke bengkelnya dengan syarat (mesti menunjukkan steacker Pearlmotoclub kepada mereka).

Sekiranya usahasama ini berterusan En Za'aba juga berjanji akan membantu dan memberi sokongan dari segi tenaga dan kewangan atas segala aktiviti kelab kuda Pearlmotoclub.
Jadi apa lagi jangan lepaskan peluang...Jom berganding bahu demi kebaikan kita bersama...
Sekian wassalam
Inilah panel klinik kuda kita yang terletak di sudut jalan yang luas...
keadaan dalam bengkel yang bersih dan tersusun...
inilah barisan doktor kuda yang bersedia merawat kuda2 anda
setelah perbincangan diadakan maka perjanjian pun dimenterai bersama En Za'ba
sebagai simbolik En Za'aba telah melekatkan steacker pearlmotoclub sbg perjanjian usahasama
haaaaa..tu dia,steacker kita megah terpampang di klinik panel kita
part ni yg paling aku titik beratkan..cover seat agar kebersihan kuda pemilik terjaga
setiap kuda akan di bekalkan alas agar body kuda kita tetap ayu...
eyaaaahhh!!! posing broooo...ni salahsatu aktiviti pembedahan dalam klinik tersebut En Za'aba selalu mengawasi dan memberikan tunjukajar kepada anak buahnya..

Sunday, January 10, 2010

Konvoi PMC Musim Mengawan part 5 ( Bro Hairol)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hebat!!,Takjub!!,Bangga...itulah yang boleh aku gambarkan kat sini di atas komitmen yang telah di berikan oleh ahli2 PMC dan warga Titan dari team A & B..walaupun dikalangan team B mereka baru balik dari kerja shift malam.Tapi atas semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi,mereka telah berjaya membuktikannya dengan mengikuti konvoi musim mengawan ke Jementah untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan Bro Hairul.Ucapan tahniah juga kepada warga team A krn bersama2 kami untuk merasai nikmat berkonvoi.Insyaallah lain kali boleh ikut lagi bro..

Konvoi kali ini telah berjaya melibatkan seramai 21 ekor kuda bersama seramai lebih kurang 40-60 org peserta termasuk ahli keluarga masing2 yang bermula dari meetpoint Burger King Tol Skudai sebanyak 17 ekor,meet point Simpang Rengam 3 ekor dan Labis 1 ekor..Konvoi yang bergerak pada pukul 10.30 pagi dan sampai ke destinasi tepat pukul 1.30 tgh tanpa ada apa2 halangan dan rintangan...Alhamdullilah semuanya selamat pergi dan kembali.

Kepada Bro Hairul Siron...inilah hadiah yang tak ternilai dari sebuah persahabatan dari kami khas untuk majlis perkahwinan beliau.Tahniah juga utk kedua mempelai yang telah menempuh alam rumahtangga semoga berkekalan hingga ke akhir hayat mu sekorrrrr....hahahaha

Wassalam.....
apalagi.... sesi mengumpat dan bersembang sementara menantikan ketibaan ahli2 yg lain

barisan kuda2 yg mantop...kali ni tak der kuda katik tauuu!!!

Mek Nazibah begitu gembira dapat mengikuti konvoi kali ni...dan kelihatan bro azizul tersengeh mcm tak de buat apa2 kesalahan jerrr..sesi soal jawab dikalangan ahli yang lambat....heheheh..jawab mu sekorrrr


upacara membaca doa keselamatan perjalanan disempurnakan oleh Imam kita bro Rashdan

"kudaku lari gagah berani!!!" tu diaaa...sayup tuuuu...tak percaya lagi???cuba kira berapa ekor kalau boleh

habis bertempiaran lari ayam,itik penduduk kampung dengan kehadiran PMC....


kuda berkuasa 1.3 cc keatas telah mendominasikan konvoi kali ini

apa lagi!!!...lapor tuuuu...balunnnnn cukup2 kang balik lapor lagi

kehadiran warga Titan telah memenuhi khemah jemputan kali ini

respek aku kat bro Johar yang tak berapa sihat tapi sanggup juga menghiburkan hadirin dgn aksi lawak jenakanya hahahaha....


Bro Amin pong ada juga yang menunggu kami di Labis...tq bro...

Terima kasih juga kpd bro Nizam & bro Anuar yang berusaha mengumpulkan warga team A

Founder di kelilingi oleh anak2 buah mcm kaunter pertanyaan lak..."Caya lah korang,mcm nilah baru best konvoi...berdedai2 kuda lari"

ketibaan mempelai dgn iringan paluan kompang.."Hai!! selamat mengawan bro Harun,kompang2X..moga malam janganlah menurun!! kompang2x...hahahah

senyuman ala2 kambing telah dileretkan pada aku setelah teruk kena kutuk....hahah sori brooo

bukan main segak lagi bro harun ni ehhhh...mcm hang kebun lak gayanya hehehe...walau mcmane pun tahniah dan selamat pengantin baru broooo..

1....2.....3......potong!!!!jangan tak potong!!!!!!.......

Friday, January 8, 2010

Trip sambil menyelam minum air

Salam hormat,
Perghhhh....mmg banyak betul undangan majlis mengawan utk PMC pada tahun lepas...,tu belum masuk yang personal lagi...tahun baru ni pulak iaitu pada 10hb Jan kita mendapat lagi undangan majlis mengawan dari ahli club kuda kita iaitu Bro Hairol Sirun ke Jementah Johor..
Pada 27hb Feb pulak kita mendapat lagi satu undangan majlis mengawan khas dari En Jamal(Bulat)ke Pekan Pahang dan buat masa ni itulah destinasi yang paling jauh yang akan kita tujui yang memakan masa 4-5 jam perjalanannya.
Jadi untuk mengembalikan tenaga kita apa kata kita berehat di pantai Balok Cherating dan sambil itu kita beriadah di Gambang Water Park pada 28hb Feb..
Kepada yang berminat untuk mengikuti trip sambil menyelam minum air bolehlah membuat tempahan chalet kepada Bro Mahfiz dgn kadar seberapa segera berserta deposit sebanyak RM 100.(keluarga)RM 50(bujang&anak dara).Setakat ini sebanyak 9buah chalet telah disenaraikan dan seramai 35-40 org termasuk ahli keluarga masing-masing bersama 12 kenderaan yang akan mengikuti trip itu nanti. Jom kita layan gambar tempat2 yang akan kita bermalam serta beriadah nanti.








Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru( tapi aku tetap lama gak )


Salam semua...
Bersempena menyambut tahun baru 2010 ni aku kat sini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kpd semua warga Titan dan tak lupa juga kpd semua warga PMC semoga kau orang suksess dalam menghadapi onak duri dalam kehidupan yg lebih mencabar ni..cewwwaaaahhh..
Bagi member2 yang pada tahun ni yang akan menyambutnya dengan lebih ceria dan meriah lagi almaklumlah..ada yg berpindah rumah baru(Johar,Yuslee),berkereta baru (Bujal dll),berbini baru (Harun,Azwan,Anuar dll),beranak baru ,berawekz baru,berkerje baru (Epol,Kitol dll), dan segalanya berbaru-baru, aku kat sini ingin mengalungkan setinggi tahniah kpd mereka yang berjaya..dan bagi yg tak berjaya tahun ini ,tahun depan boleh usaha lagi mu sekorrr...(sambil bertepuk tangan stail Aziz Satar)
Dan bagi diri aku pulak yang dah agak lama (tinggal convert jadi unta)kat sini terpaksalah tingkatkan usaha nak lentur anak2 buah PMC ni..hehehehe kalau budak2 leh gak aku rotan sekor2 ni dah besar panjang...padan muka mu sekorr..Bagi mereka yg telah menjayakan segala aktiviti PMC secara bersama atau berasingan aku ingin ucapkan SYABAS dan TERIMA KASIH..tanpa kau orang bro PMC ni tak akan menjadi buah mulut bdk2 kat Titan ni serta org2 kat P.Gudang ni..tingkatkan usaha demi matlamat yg satu

Buat makluman semua PMC tetap kuat dan utuh sejak penubuhannya 3 bulan yg lalu dgn penambahan ahli2 baru serta akan memantapkan lagi aktiviti2 agar dapat menutup mulut org2 yg kat luar pagar sana yg bertepuk sorak dgr kita nak bubar...pegiiiii daaaaaa tambi...gimik jer bro..baru kita kenal sape kwn & dan sape lawan...kita tak de apa2 dia yg lebih2 mu sekorrr...So cukuplah posting aku kali ni dengan ucapan terima kasih,tahniah,syabas yang "Berbaloi-baloiii......."hahahaha....