Wednesday, January 27, 2010

Kita telah maju setapak..Syabas semua

Salam sejahtera,
Atas permintaan ahli kelab kuda PMC maka Pearlmotoclub telah maju setapak dan melebarkan sayapnya dengan mengadakan perjanjian usahasama serta melantik bengkel kereta BM AUTOMATIVE SERVICE CENTRE sebagai panel bengkel baik pulih dan service untuk kemudahan ahlinya.

Bengkel yang terletak di alamat No 2 Jalan Pelanduk 6,Taman Scientex P.Gudang Johor telah diusahakan oleh En Za'aba (016-7162479) bersama pembantunya seramai 8 orang telah berjanji akan memberikan service yang terbaik serta potongan harga yang berpatutan sekiranya ahli2 PMC datang membawa kuda2 mereka ke bengkelnya dengan syarat (mesti menunjukkan steacker Pearlmotoclub kepada mereka).

Sekiranya usahasama ini berterusan En Za'aba juga berjanji akan membantu dan memberi sokongan dari segi tenaga dan kewangan atas segala aktiviti kelab kuda Pearlmotoclub.
Jadi apa lagi jangan lepaskan peluang...Jom berganding bahu demi kebaikan kita bersama...
Sekian wassalam
Inilah panel klinik kuda kita yang terletak di sudut jalan yang luas...
keadaan dalam bengkel yang bersih dan tersusun...
inilah barisan doktor kuda yang bersedia merawat kuda2 anda
setelah perbincangan diadakan maka perjanjian pun dimenterai bersama En Za'ba
sebagai simbolik En Za'aba telah melekatkan steacker pearlmotoclub sbg perjanjian usahasama
haaaaa..tu dia,steacker kita megah terpampang di klinik panel kita
part ni yg paling aku titik beratkan..cover seat agar kebersihan kuda pemilik terjaga
setiap kuda akan di bekalkan alas agar body kuda kita tetap ayu...
eyaaaahhh!!! posing broooo...ni salahsatu aktiviti pembedahan dalam klinik tersebut En Za'aba selalu mengawasi dan memberikan tunjukajar kepada anak buahnya..

No comments:

Post a Comment