Friday, January 8, 2010

Trip sambil menyelam minum air

Salam hormat,
Perghhhh....mmg banyak betul undangan majlis mengawan utk PMC pada tahun lepas...,tu belum masuk yang personal lagi...tahun baru ni pulak iaitu pada 10hb Jan kita mendapat lagi undangan majlis mengawan dari ahli club kuda kita iaitu Bro Hairol Sirun ke Jementah Johor..
Pada 27hb Feb pulak kita mendapat lagi satu undangan majlis mengawan khas dari En Jamal(Bulat)ke Pekan Pahang dan buat masa ni itulah destinasi yang paling jauh yang akan kita tujui yang memakan masa 4-5 jam perjalanannya.
Jadi untuk mengembalikan tenaga kita apa kata kita berehat di pantai Balok Cherating dan sambil itu kita beriadah di Gambang Water Park pada 28hb Feb..
Kepada yang berminat untuk mengikuti trip sambil menyelam minum air bolehlah membuat tempahan chalet kepada Bro Mahfiz dgn kadar seberapa segera berserta deposit sebanyak RM 100.(keluarga)RM 50(bujang&anak dara).Setakat ini sebanyak 9buah chalet telah disenaraikan dan seramai 35-40 org termasuk ahli keluarga masing-masing bersama 12 kenderaan yang akan mengikuti trip itu nanti. Jom kita layan gambar tempat2 yang akan kita bermalam serta beriadah nanti.








No comments:

Post a Comment