Monday, April 25, 2011

Program "Masih Ada Yang Sayang Nur Ehsan"

Salam Kepada Semua Pengunjung Blog
Adalah dimaklumkan bahawa kami pearlmotoclub akan menganjurkan sebuah program kemasyarakatan iaitu Program "Masih Ada Yang Sayang Nur Ehsan " seperti ketetapan seperti di bawah :-

Tarikh :- 5hb Mei 2011 (Khamis)

Masa :- 9.00pagi - 12.00tgh

Tempat :- Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Jalan Denai Kempas

(lokasi meetpoint- Shell berdekatan Sport Prima Highway Pasir Gudang pukul 8.30pagi)

Aturcara :

8.00pg : Berkumpul di meetpoint

8.30pg : Berkonvoi ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan Kempas

9.00pg : Ucapan alu2an dari Pengerusi Pusat Jagaan Nur Ehsan

9.15pg : Ucapan Pengerusi Acara seterusnya pemberian wang sumbangan dari penderma

9.30pg : Acara Gotong Royong membersihkan kawasan pusat jagaan

10.30pg: Jamuan

10.45pg : Gotong royong bersambung

11.30pg : Berkemas

12.00tgh : Konvoi bergerak balik dan bersurai

Oleh itu semua ahli dijemput hadir demi memeriahkan event kita ini dan kerjasama semua amat2lah dialu2kan.Segala kutipan hendaklah diserahkan sebelum 4hb Mei 2011 kepada wakil2 anda yang telah dilantik atau kepada saya sendiri -Bro Mahfiz : 012-7058846

Semoga apa yang kita akan jalankan ini akan di berkati dan di terima oleh Allah SWT. Insyallah,Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam

Sunday, April 24, 2011

Jualan Amal Rumah Nur Ehsan di Karnival Mahabbah IKIM Fm

Salam,

Syukur Alhamdullilah segalanya telah selamat berjalan dengan lancarnya.Kehadiran ahli2 pearlmotoclub yang bersilih ganti selama 3 hari sama2 telah membantu dalam jualan amal mengutip dana bantuan untuk Warga Emas Nur Ehsan Kempas di Karnival Mahabbah IKIM FM yang diadakan di Kompleks Sukan Nusa Mutiara Bandar Baru Dato Onn.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli2 yang hadir iaitu Bro Awie & isteri,Bro Taki & isteri,Bro Joaranand,Bro Azwan & isteri dan Bro Goku & adiknya kerana sanggup berpanas terik demi niat yang ikhlas membantu menjual barang2 dari Rumah Warga Emas tersebut.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan keikhlasan anda semua.Kepada yang tidak dapat hadir insyallah mungkin ada peluang di lain program.

Wassalam
pintu masuk ke tapak karnival
aku pun tak tahu siaran IKIM ni...mungkin ramai yang tahu
pertandingan mewarna dan bergambar bersama Upin & Ipin yang menarik perhatian ramai kanak2
konvoi bermotosikal berkuasa besar juga ada pada hari terakhir
barisan motosikal yang menjadi idaman setiap mata yang memandang
kehadiran pengunjung yang tidak putus memeriahkan lagi karnival tersebut
walaupun panas terik,itu tidak mematahkan usaha kami
inilah gerai yang menjadi lokasi jualan amal tersebut kelihatan isteri Bro Azwan melayan pelanggan yg hadir pada hari ke-2 Karnival Apa lah yang di katakan oleh Bro Azwan kepada pengunjung agaknya sempat bergurau si Goku niTerima kasih kepada Bro Azwan dan isterinya
kelihatan bro Taki membantu menjual mug yang tertera nama Pusat Jagaan Nur Ehsan pada hari ke-3 karnival
itu dia!!! Bro Awie mengalu2kan pengunjung ke gerai
Bro Joaranand juga tak ketinggalan membantu
segala kutipan jualan akan dimasukkan kedalam tabung yang telah disediakan.Thanks Bro..

Wednesday, April 20, 2011

3 Bujang Lapok pindah rumah....

Salam,

Setelah memetrai perjanjian dengan tuan rumah baru maka tarikh utk berpindah pun ditetapkan pada pagi tadi.Apalagi 3 sahabat bujang lapok dari ahli PMC iaitu Bro Hafizi,Bro Nazmi & Bro Ibrahim pun bersibuk mengemas dari start balik kerja shift malam lagi.

Rumah baru tidaklah jauh mana iaitu di Bandar Baru Sri Alam dan sebelum ini rumah mereka di Cahaya Masai.Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dengan kehadiran ahli2 lain yang berkelapangan sama2 membantu bujang lapok ni.Terima kasih daun keladi,kalau ada sape2 nak pindah bolehlah tender kami lagi...hahaha....

Wassalam
rumah lama yang bakal ditinggalkan
ahli2 Pearlmotoclub turun padang membantu
macam2 cara mengayakan nak bawak almari ni turun
nasib baik aku tak melekat kat tangga...
berat sama dipikul..
barang banyak kalau buat ramai2 terasa sikitnya
konvoi membawa barang2 bujang lapok
cuaca yang terang tiba2 jer hujan turun dengan lebatnya inilah wajah rumah baru mereka
lepas penat mengangkat barang pindah jom kita makan!!!ujar bro rashdan

Thursday, April 14, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Salam,

Bertemu kembali dalam blog kali ini dgn satu kisah menarik yang telah menyentuh perasaan apabila mata memandang tempat yang serba daif dan kekurangan ini. Kisah bermula dengan pertemuan yang tak disengajakan dengan seorang Hamba Allah ni semasa menunggu anak aku yang hendak pulang bercuti dari asramanya.

Punyalah sedap berborak sehinggalah terkeluar satu cerita tentang sebuah tempat yang didiami oleh golongan warga emas yang telah dilupakan oleh darah daging mereka sendiri di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Jalan Denai Kempas.Dek kerana keperhatinan tersebut dan setelah mendapat alamat dari hamba Allah tersebut maka aku hantarlah beberapa org ahli PMC merisik dan mengenal pasti lokasi rumah wargaemas yang dimaksudkan tersebut.

Jadi inilah hasilnya...sungguh daif dan hiba sekali hati aku dan rakan2 lain melihat gambar yang telah disnap oleh Bro Hassan & Bro Khairul Fahmi ni..Kawan terlihat rata2 baya2 ayah aku jer..bayangkanlah kalau ayah kita ditempatkan disitu...apalah punya anak yang sampai hati sehingga sanggup meletakkan orang yang melahirkan dan membesarkan mereka ditempat yang serba kekurangan dan kurang kasih sayang....Astagfirullah halazim...

Oleh yang demikian untuk mengurangkan sedikit beban mereka terutama keperluan kekurangan pampers pakai buang dan susu tepung marilah kita bersama2 mengadakan sebuah program kutipan "Tabung Kebajikan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan". Segala kutipan bolehlah diserahkan kepada wakil2 setiap department atau kepada saya sendiri.Semoga paparan ini akan menjadi iktibar dan pedoman kita Insyallah...

Wassalam

Segala Derma bolehlah disalurkan kepada:

Bro Mahfiz - 0127058846
Bro Awie - 0127341423
Bro Nizam - 0137601255
Bro Hafiz TPP- 0177704969
Bro Azhari - 0197592608

Semoga paparan gambar dibawah ini akan menginsafkan kita. Kain bena yang lusuh selusuh penghuninya pintu masuk pusat yang serba ringkas menyambut kedatangan tetamu. kelihatan warga emas berjemur diwaktu pagi
senarai nama penghuni yang mendiami rumah tersebut
salah seorang pemghuni yang terlantar sakit
masa lapang diisi dengan berbual2 kosong sambil mengenang kenangan silam bersama anak2 tercinta.
Katil yang tidak seragam dan lusuh. Salah seorang pembantu yang mentadbir rumah jagaan tersebut. Kalaulah kita ditempatkan disini sok2 dah tua...Subhanallah... keadaan dapur yang sederhana dengan hidangan yang tak seberapa.