Allhamdullilah bersyukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnia dan hidayatnya serta iringan doa dan sokongan rakan2 dari kalangan ahli kelab Pearlmotoclub dan tak lupa juga dari rakan sekerja yang bersama2 menderma mungkin majlis yang kita rancangkan tidak akan berjalan dengan meriah dan selamat.
Kutipan derma sebanyak RM2980 dari kalangan ahli dan pekerja2 Titan Petchem telah selamat kami serahkan dan manafaatkan untuk jamuan berbuka dan memberi sedikit duit raya kepada Anak2 Yatim Rumah Berkat pada Majlis Berbuka Puasa petang tadi.
Saya sebagai wakil kelab Pearlmotoclub dan barisan AJK dari hati yang sangat dalam dan terharu ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua para penderma2 dan juga kepada semua ahli2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program yang julung2 kalinya diadakan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat membalas jasa baik serta amalan tuan2 di bulan yang penuh kemuliaan ini .Insyallah..
Wassalam
Sungguh sejuk mata memandang pakaian anak2 yatim sedondon di majlis tersebut
Upacara bacaan tahlil ringkas yang kami tujukan khusus buat Allahyarham Jais Md Derus,Allahyarham Hamzani,Allahyarham Hj Syafie dan Allahyarham Norhisham JisuAnak2 perempuan dari rumah anak yatim juga berpakaian sedondon bersama dalam majlis tahlil tadi
Kaum ibu juga tak ketinggalan bersama2 memeriahkan majlis tersebut..Terima kasih
Sempat juga bergambar kenangan sebelum waktu berbuka..Thanks bro....
Jamuan diadakan di Dewan Safina tempat anak2 yatim beriadah
Majlis berbuka juga diserikan lagi dengan kehadiran Tim Pengerusi Rumah Anak Yatim Berkat iaitu Yg Berbahagia En Ahmad Abu Bakar
tuuuu!!! dia wajah2 kacak dari ahli Pearlmotoclub yang kita tak pernah saksikan siap berbaju melayu dan bersongkok...
Solat Maghrib berjemaah sebelum jamuan utama
Suasana terharu bila berbuka bersama dengan anak2 yatim..
Abang angkat anak2 yatim Bro Akmal & Bro Kecik melayan kerenah mereka
Ahli2 PMC dari TPP juga hadir..thanks to all of u guys...
Bakal pengantin yang akan berlangsung pada bulan Okt ni..Bro Zalmazizi dan tunangnya
hmmm..apa lagi..lepas berbuka terus gi rumah tok kadi..baju pun dah cun gak ni hahaha!!!Syabas Bro Nami & Bro John
Entah apalah yang disembang oleh Founder kepada penyelia Rumah Anak Yatim Berkat
Amalan menjamu anak2 yatim adalah amalan yang Nabi Muhamad SAW sangat gemar lakukan pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Sambil bersembang anak2 dara ni makan ehhh....
"Selamat Tinggal" Insyallah sekiranya dipanjangkan umur kita bertemu kembali