Salam ukuah semua...
Terlebih dahulu founder memohon beribu kali maaf kerana terpaksa menutup chat room (sembang kuda) blog ini buat sementara waktu sehingga dirasakan perlu.Ini adalah kerana chat room yang dirasakan membawa manafaat kepada semua untuk bertukar2 pendapat tentang dunia permotoran,masaalah enjin atau apa sahaja yang membawa kebaikan telah disalah gunakan oleh manusia yang tak bertanggung jawab.
Perbuatan ini amat-amatlah dikesali, apa taknya yang kawan menjadi lawan,bermasam2 muka,mengumpat dan menghina sesama kita sehinggakan nama founder sendiri juga telah menjadi mangsa dipergunakan untuk memancing kemarahan pihak2 tertentu.Fikirkanlah sahabat2 ku sekalian kenapalah perkara ini boleh terjadi???
Kelab yang diasaskan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara kita telah menjadi medan pertempuran dikalangan manusia yang sakit hati dengan perkembangan kelab ini.Founder amat kesal kenapalah ada sikap begini bersarang di dalam hati mereka.
Founder juga amatlah mengalu2kan mereka2 atau sesiapa sahaja untuk tampil kehadapan menerajui kelab ini sekiranya mereka rasakan diri mereka layak untuk membawa hala tuju kelab ini agar lebih berjaya dan bukanlah hanya tahu melalak tak tentu hala memburuk2kan serta memancing kemarahan orang lain.
Fikirkanlah..."Janganlah asyik bertanya apakah yang kelab ini boleh lakukan untuk kita berjaya"tetapi selalulah bertanya pada diri kita "Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu kelab ini terus berjaya"
Sekian
Wassalam
No comments:
Post a Comment