Sunday, March 14, 2010

Pelancaran Sticker Baru

Salam hormat semua ahli2 PMC...


Setelah berbincang bersama leader serta mengambil kira dari pelbagai sudut maka di sini saya mengumumkan pelancaran sticker baru PMC (pearlmotoclub) yang baru.Di bawah ini di sertakan sebab2 penukaran sticker yang lama kepada yang baru:-


1) Sticker PMC yang baru ini mempunyai ciri2 keselamatan ketika berkonvoi di waktu malam iaitu pantulan cahaya.Almaklumlah bila berjalan malam ni banyak kuda2 yang rabun so pantulan cahaya sangatlah penting.


2) Stiker PMC yang baru ini telah direka dan dipotong mengikut faktor pengiraan yang dinamik..jadi bila kuda kita lari laju dapatlah mengurangkan tahap menahan angin (potong angin) dibandingkan sticker dulu yang kedabak.


3) Sticker baru ini juga akan membuatkan kuda2 ahli lebih jelita dan simple serta exclusive kerana bentuknya yang cute serta tidak melambangkan kita ni terlalu extreme.

4) Di belakangnya juga tertulis nama alamat blog kuda kita so takyahlah tanya founder lagi alamat blog kuda..tengok bontot kuda jer terus boleh surf...ini tak kalau dah 50org tanya 3 kali sehari x sebulan x setahun berape????( 50 x 3 x 30 x 12 = 54000 kali) tak ker rebeh mulut founder nak menjawab...hahaha..


Jadi kepada ahli2 PMC yang lain bolehlah mendapatkan bekalan sticker daripada founder dengan kadar harga RM20 setelah ditolak dari harga asal iaitu RM 25 krn mendapat sponser RM 5 utk 40keping sticker sahaja..jadi jgn tunggu dan lihat sahaja...rebutlah peluang utk menbuktikan kitalah yang terbaik....


wasalam...
sticker baru mempunyai pantulan cahaya diwaktu malam bila berkonvoi utk kuda yang rabun malam
potongan yang cun dan aerodanamik membuatkan kuda anda lari laju memotong angin hahahaha...
alamat blog juga tertera cun di bontot kuda anda..so tak yah tanya2 lagi founder...penat mu sekorrrrr...

No comments:

Post a Comment