Wednesday, March 31, 2010

Konvoi berkuda ke Nusa Jaya

Assalamualaikaum & salam hormat,

Sebelum acara konvoi ke Melaka dan Salam Pantai Timur pada bulan Jun ini,baru2 ni pada 31hb Mac beberapa ahli PMC telah mengambil inisiatif memanaskan mana yang belum panas dengan berkonvoi ke Nusa Jaya .Konvoi disulami dengan acara memukul gambar di Dataran Nusa Jaya,naik bot di Puteri Harbour ke Danga Bay bagi yang jakun ha!ha!ha! sori dan makan gulai Asam pedas kaw2 di Gelang Patah.

Seramai 14 ekor kuda bersama 18 org penunggangnya telah bersusah payah menjejaki arah bandar Iskandar yang tersergam indah bersama bangunan yang unik dan cantik.Pak guard dan staff2 di sana pun tumpang sekaki happy jer menyambut ketibaan kami seolah2 mcm nak gegar Nusa Jaya gamaknya...best betul lah korang..enjoy jer walaupun ada yang pucat krn telah banyak telan air liur maklumlah baru first time naik bot ha!ha!ha....

Founder juga sangat2 berbesar hati dengan kehadiran 2 org kuat Team C mengikuti konvoi PMC kali ini..next time jgn serik..ikut lagi bro.
Terima kasih tak terhingga juga bagi ahli2 yang telah menjayakan konvoi kali ini semoga PMC akan terus suksess dgn maju..Cayalah korang!!!

Wassalam
sesi menunggu kuda yg ketinggalan di belakang
Tuuuu!!!! dia......susunan yang cara beb!!! kalau ambil dari tempat tinggi lagi cara..
tengok tuu..pak guard pun nak interframe juga tersengeh2..lempang laju2 kang..apa2 pun thanks pada diorg krn sporting
haaa...mulalah nak buat mcm rumah sendiri hahaha...pening staff kat sana tengok gelagat kami
salah satu kapal yan park tu kapal founder heheheh...acah mak enon...
org kuat Team C pun ada beb...thanks bro Bujang & bro Jaiman
acara bebas sambil menantikan persiapan bot untuk membawa kami
staff puteri memberi taklimat & menunjukkan skill pakai safety jacket
happy betul diorang dapat naik bot..kalau naik ramai2 kecil sikit kos sewanya
control macho tuuu..walaupun tekak dah rasa pahit mcm nak muntah hahahaha
pemandangan Nusa Jaya dari dalam bot
Asam pedas Joe Gelang Patah memang boleh mandi peluh tuu..harganya ok dan rasanya pun sedap
berselera sungguh diorang ni..sampai tak sedor kena pukul gambar
cuba teka sape yang makan 2 ekor ikan merah ni..hehehe
perghhhh.... kepala ikan merah yang betul2 how liaw....
berasap dan berpeluh bro gemok maratah ikan merah
bila dah kenyang apalagi jom kita balik...Nusa Jaya bye2 ada masa kami akan datang lagi

Saturday, March 27, 2010

Tahniah untuk Tn Hj CD

Salam...

Hari ini sekali lagi kita telah menempa sejarah dengan rasminya kuda penaung kita telah berani menampal sticker setelah puas memujuk org rumahnya hahahaha....

Syabas !!! Tuan Hj atas sikap keberanianya menepis segala cemuhan atas satu misi iaitu untuk memberikan semangat baru kepada ahli kelab yang di bawah naungannya agar terus maju dan berjaya.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada beliau dan berdoa agar beliau akan terus menyokong PMC...Hidup PMC !!!! Hidup Pak Hj !!!!

Wasalam

kelihatan Founder bersusah payah menampal sticker kat kuda Pak Hj CD
Perghhhh!!!!! garang & comel tuuuuu...kuda Pak Hj

Friday, March 26, 2010

PERHATIAN!!!!!!

Salam ukuah semua...

Terlebih dahulu founder memohon beribu kali maaf kerana terpaksa menutup chat room (sembang kuda) blog ini buat sementara waktu sehingga dirasakan perlu.Ini adalah kerana chat room yang dirasakan membawa manafaat kepada semua untuk bertukar2 pendapat tentang dunia permotoran,masaalah enjin atau apa sahaja yang membawa kebaikan telah disalah gunakan oleh manusia yang tak bertanggung jawab.

Perbuatan ini amat-amatlah dikesali, apa taknya yang kawan menjadi lawan,bermasam2 muka,mengumpat dan menghina sesama kita sehinggakan nama founder sendiri juga telah menjadi mangsa dipergunakan untuk memancing kemarahan pihak2 tertentu.Fikirkanlah sahabat2 ku sekalian kenapalah perkara ini boleh terjadi???

Kelab yang diasaskan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara kita telah menjadi medan pertempuran dikalangan manusia yang sakit hati dengan perkembangan kelab ini.Founder amat kesal kenapalah ada sikap begini bersarang di dalam hati mereka.

Founder juga amatlah mengalu2kan mereka2 atau sesiapa sahaja untuk tampil kehadapan menerajui kelab ini sekiranya mereka rasakan diri mereka layak untuk membawa hala tuju kelab ini agar lebih berjaya dan bukanlah hanya tahu melalak tak tentu hala memburuk2kan serta memancing kemarahan orang lain.

Fikirkanlah..."Janganlah asyik bertanya apakah yang kelab ini boleh lakukan untuk kita berjaya"tetapi selalulah bertanya pada diri kita "Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu kelab ini terus berjaya"

Sekian

Wassalam

Saturday, March 20, 2010

Jemputan dari UAE

Salam hormat,

Tengok jer tajuk tentu gempak bukan...hahaha..tapi bukanlah dari kerajaan UAE tapi dari Bro Bahrin yang baru tiba dari UAE @ KSA (United Arab Emeriate) beberapa hari yang lalu.
Bro Bahrin telah menjemput seluruh warga PMC serta rakan2 dari Titan ke jemputan pengantin adik perempuannya yang berlangsung di rumah ayahnda beliau di Kong Kong Masai.

Warga PMC juga mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke akhir hayat kepada adik Bro Bahrin serta tak lupa juga kepada Bro Bahrin & keluarga semoga mendapat kebahgiaan dan kesihatan yang berkekalan di UAE nanti.

Amin. Bro Bahrin tetap spt dahulu gak,simple,bergaya & merendah diri
Lawak Bro Johar menyambut ketibaan YB KullahMcm2 yang di borakkan..tentang kat Titan lah,tentang kat Arab tentang nak pasang lagi satulah hahaha..acah enon!!!
Wajah bakal2 yang akan di konvoikan hehehe....
Thanks to Bro Bahrin..."kalau ada makan2 jemput2lah lagi..kirim salam kat Raja UAE eh...cakap kat dia PMC tolak permohonan dia nak join PMC coz dia bkn kerja kat Titan hahah!hahah!!!

Sunday, March 14, 2010

Pelancaran Sticker Baru

Salam hormat semua ahli2 PMC...


Setelah berbincang bersama leader serta mengambil kira dari pelbagai sudut maka di sini saya mengumumkan pelancaran sticker baru PMC (pearlmotoclub) yang baru.Di bawah ini di sertakan sebab2 penukaran sticker yang lama kepada yang baru:-


1) Sticker PMC yang baru ini mempunyai ciri2 keselamatan ketika berkonvoi di waktu malam iaitu pantulan cahaya.Almaklumlah bila berjalan malam ni banyak kuda2 yang rabun so pantulan cahaya sangatlah penting.


2) Stiker PMC yang baru ini telah direka dan dipotong mengikut faktor pengiraan yang dinamik..jadi bila kuda kita lari laju dapatlah mengurangkan tahap menahan angin (potong angin) dibandingkan sticker dulu yang kedabak.


3) Sticker baru ini juga akan membuatkan kuda2 ahli lebih jelita dan simple serta exclusive kerana bentuknya yang cute serta tidak melambangkan kita ni terlalu extreme.

4) Di belakangnya juga tertulis nama alamat blog kuda kita so takyahlah tanya founder lagi alamat blog kuda..tengok bontot kuda jer terus boleh surf...ini tak kalau dah 50org tanya 3 kali sehari x sebulan x setahun berape????( 50 x 3 x 30 x 12 = 54000 kali) tak ker rebeh mulut founder nak menjawab...hahaha..


Jadi kepada ahli2 PMC yang lain bolehlah mendapatkan bekalan sticker daripada founder dengan kadar harga RM20 setelah ditolak dari harga asal iaitu RM 25 krn mendapat sponser RM 5 utk 40keping sticker sahaja..jadi jgn tunggu dan lihat sahaja...rebutlah peluang utk menbuktikan kitalah yang terbaik....


wasalam...
sticker baru mempunyai pantulan cahaya diwaktu malam bila berkonvoi utk kuda yang rabun malam
potongan yang cun dan aerodanamik membuatkan kuda anda lari laju memotong angin hahahaha...
alamat blog juga tertera cun di bontot kuda anda..so tak yah tanya2 lagi founder...penat mu sekorrrrr...

Monday, March 8, 2010

Pertandingan kuda berhias (Autoshow) di IOI Mall

Salam...

Kat sini aku nak paparkan gambar yang sempat diambil bersempena jemputan PMC di pertandingan autoshow di IOI Mall pada 7hb March yang lepas...meriah sekali dgn kehadiran pelbagai jenis kuda..yg besar,yg pendek,yang lebar semua ada. Tak kurang juga kehadiran beberapa club kuda di sekitar Johor Bahru utk memeriahkan lagi Autoshow tersebut.

Memang cantik dan bergaya sekali kuda2 mereka dihias sedemikian rupa dgn kos yang mencecah puluhan ribu...perghhhh..boleh beli sebijik rumah tuuuu...tapi satu jer aku nak ingatkan kat kau orang semua..

"Bahawa mereka2 semua tak layak nak join club kuda kita ,di ulang tak layak!!! walaupun pemiliknya meraung2 mintak borang ahli hehehe...Ini adalah kerana mereka semua bukan pekerja Titan so kena amik borang kerja Titan dulu baru boleh join PMC ha!ha!ha!

Sekian
salah sorang peserta adalah seorang kakak dari pasir gudang...duduk kat Kota Masai..bersemangat sehhhh kakak ni...kuda dia pun cun gila.cayalahh
haaaa..ni kuda datang sekali dgn kakak yang aku cakapkan tu...sebelum aku gi Burger King kuda ni cucuk bontot kuda aku kat jalan Betik
yg sedang2 saja...
tujuh atas pong ada....haus tekak aku tengok kuda ni
hmmmm...tak layak nak join PMC coz bro ni bkn staff Titan
ni pun satu..walaupun kuda dia tip top tapi yang slacknya lagu yg dia pasang kantol...lagu kari!!!
Haaa..ada berani ker Bro Johar...kuda dia sama specsis dgn kuda bro Johar..
ni ala-ala Mitshubishi EVO 10 tapi kuda Waja
korang tengok piala diorang pun dah tahu berapa lama dah berkecimpung dlm dunia menghias kuda
hehehe...geng ni paling kelakor..geng kepala botak semuanya heheheh
yang ni mcm kancil pun ada..mcm mini cooper pun ada..pening pala aku
yang ni kuda pekak...kalau korang nak rasa cuba dok kat belakang...lama2 boleh pekak gegendang telinga korang
Bling!bling mata aku tengok dalam dia...perghhh..tombol gear dia pun bertingkat2
aku rasa kuda ni selalu Johan kot...tengokkan dia punya kuda mmg cecah puluhan ribu
kuda ni pelik sikit aku pun tak tau asal keturunan dia...tapi cantik..

Sunday, March 7, 2010

Memang Gempak Habis

Salam semua...

Fuhhhhhh!!!!!....cayalah memang gempak..perkataan "keramat" itulah yang acap kali keluar dari mulut budak2 PMC yang menerima undangan dari Majalah Gila Kereta (Xtreme) dalam pertandingan AutoShow di IOI Mall pada 7hb March 2010.Dan tarikh itu jugalah yang akan menjadi kenangan manis buat ahli2 PMC yang berkesempatan meluangkan masa berkerjasama dalam sesi photography untuk edisi khas berita kelab dalam majalah tersebut.
Apa taknya masing2 excited bila konvoi kuda kami yang seramai 19 ekor telah diberi penghormatan oleh penganjur pertandingan masuk ke laluan pertandingan dan diletakkan di petak parking khas yang telah di sediakan penganjur.

Semua mata tertumpu krn kehadiran kami serta berbangga dengan club kuda kita..walaupun kuda kita standet mandet dan pelbagi jenis kuda kami tetap club kereta gak..(sepatah kata En Shah wartawan dari majalah tersebut ialah "Apa yang mahal & exclusive ialah aktivitinya yang padat dan ahli2nya HANYA perkerja Titan sahaja...walaupun kereta dah siap modified puluhan ribu mcm kereta kebal pun tak layak nak join pearlmotoclub kalau tak dapat kerja kat Titan..hehehehe tak bangga ke korang ) So bagi yang masih berkira2 malu utk join club kuda kami baik lupakanlah,tilik diri sediri dulu apa kebanggan yang telah anda buat dari mencebikan bibir serta "mengkondem" pearlmotoclub....

Jutaan terima kasih tak berbelah bagi kepada ahli2 PMC yang hadir dengan semangat tanpa menghiraukan letih & mengantuk almaklumlah ada yang baru balik kerja dari shift malam dan tak kurang juga pengorbanan masa rehat bagi ahli yang nak masuk shiht malam.
Sekalung penghargaan juga khas buat penganjur Autoshow & majalah Gila Kereta yang menjemput kami bersama2 meraikan "gathering"tersebut.Insyaallah ada kelapangan kita akan join lagi...

Tahniah !!! dan terus maju kehadapan PMC !!!...hidup PMC !!!

acara yang sudah biasa dilakukan sambil menunggu yang lain sampai melepak sambil pukul gambar
sok..sekkk....apa tu yang diumpatkan kat belakang hehehehe
Baju baru kami yang menjadi "dengkian"pada org yang tak menjadi ahli...nak beli tak bagi,nak join club malu...tak per brooo...adalah gak baju seragam dari dok harap baju free Titan jer hahahaha...
Tuuuu...dia...ahli2 PMC mmg tak takut bini...berkonvoi dan melekatkan sticker pada kuda masing2..almaklumlah mungkin ada dikalangan yang bukan ahli PMC tu kuda nama bini kot..hehehe
Org2 kat highway pun respek serta membunyikan hon kereta mereka tanda penghormatan
kalaulah bumbung kuda aku boleh dibuka tentu gambar ni akan lebih menarik...
Parking khas dari pihak penganjur....(tak der sticker pearlmotoclub tak boleh masuk walaupun kereta anda cun..mahal...power..aksesori beratus2 atau ada awek keliling pinggang tapi kuda anda tetap kena parking jauh kat luar sana ehhhh..mintak maap Yang ni lagi mahal...jurukamera dari majalah Gila Kereta (baju hitam) menjalankan tugasnya mengambil gambar pemilik2 kuda bersama kuda masing2..masuk majalah tuu walaupun kuda kita murah dan stendet...yang mahal ialah "pearlmotoclub"...(kalau harap je kuda cun tapi takut bini marah join club baik bungkus jer kuda tuuuu....hahahaha)
bergambar sementara menantikan Bro Amin & Bro Razmi BD tiba...
susunan yang "cara"oleh wartawan majalah...
thanks kpd Bro Amin & Bro Razmi..walaupun ada hal penting tetap nak datang juga demi PMC
19 pemilik kuda dari pearlmotoclub yang bakal terpampang dalam majalah tu nanti..(tak per Bro Johar bersabar....walaupun club kita ni nampak mcm murah tapi kita mahal dgn aktiviti2 kita dari mereka2 yang melalak mcm tong kosong....hehehehe