Sunday, December 6, 2009

Konvoi PMC Musim Mengawan part 2 ( En Azwan )

Ahli PMC bersemangat menantikan kehadiran bdk2 lain walaupun ada yg terpaksa kena tinggal coz baru bangun tido kerja malam..Syabas & jutaan terima kasih

Acara yang dinantikan....makannnn.....zasssss...

Bro Anuar & family juga tak ketinggalan....

Bro Zul K ni bila lagi ekkkk???Jgn tunggu lama2 bro...kang tahi lalat si dia di kebas org hahaha...

Founder & Leader dalam acara makan berpasangan....

Tuuuu.....dia...mcm pahlawan Bro azwan kita..segak...bak laksa.. mana??

Selamat hingga keanak cucu...kelihatan pengantin perempuan berbisik sambil didengar oleh Founder.."abg dah potong...???"Of course"...jwb bro azwan spontan.. ahaks ahaks.....

Thanks to all....korang memang best & sporting..

Caya lah...mak gayahhhh.....

kelihatan ahli2 PMC juga tidak membeza2kan ahli atau tidak..kita semua sama brooo....yang penting niat ikhlas demi persahabatan & perpaduan sesama kita... selamat!!!pengantin!!!baru!!!!


Salam....

Setelah keputusan dibuat, janji dimentrai,kasih dikat dan lafaz diungkap maka sahlah sahabat kita En Azwan Ali diijabkabulkan dengan pasangannya pada 6hb Dec 2009.
Majlis yang sangat meriah dengan kehadiran saudara mara,rakan taulan dan tak lupa juga bdk2 daripada team A,B & D.....

Gurau senda dari kami dengan iringan lagu "potong" juga mengamatkan suasana pada majlis hari itu dan segala mata tertumpu pada bdk2 Titan..maklumlah nama Titan kan gah sikit kat P.Gudang ni mu sekorrrr

Terima kasih pada semua yang terlibat dalam majlis tersebut dan pada ahli PMC yang berkonvoi tahniah atas kehadiran dan semangat anda..Next agenda konvoi ke Batu Pahat...perghhh nampak mcm banyak sambutan tuuuu....

Wassalam...

*Next konvoi...ke Batu Pahat 26hb Dec undangan perkahwinan En Khairi...

Meet point Burger King Highway Tol Sekudai pkl 10.00pg....maklumkan pada Bro Mahfiz @ Bro Awie utk penyertaan....

Tuesday, December 1, 2009

Potong Jambul kecikkk...

Inilah rumah bonda Bro Hassan menyambut ketibaan kami...sambil bersiul2 lagu potong...
Kompang..kompang..potong,,,,,potong,potong,potong (ikut lagu iklan potong)...of course.....hehehehe
selepas kenyang perut dan nyanyi lagu "potong" kami pun beredar sambil bersiul2 wakakaka



Salam,

Arakian...bulan Dec ni bukan saja sibuk kepada pemilik2 kuda utk mengawan akan tetapi bagi tok mudim gak sibuk memenuhi undangan potong jambul kecik al maklumlah musim cuti sekolah panjang lah katakan.
Bro Hasan juga tidak ketinggalan tapi bukan jambul dia tapi jambul kecik adik dia ahaks..ahaks..suspen jer...
Majlis yang diadakan di rumah bonda beliau di Johor Jaya sederhana tapi meriah bersama sanak saudara sahabat handai dan juga tidak ketinggalan ahli2 PMC telah hadir memeriahkan majlis potong jambul kecik adik beliau...
Ucapan Selamat potong jambul kecik di tujukan kepada adik beliau dengan iringan doa dan tip2 berguna bila dah memasuki alam dewasa...jangan gatal2 cari aweksss...bersama irigan lagu potong,potong,potong....
Wassalam.

Selamat Berangkat

Kehadiran Bro Idrus dan Bro Zulkifli Mahat (ex Titan) memeriahkan majlis sambil menyanyikan lagu "pulanglah...lagu Misha Omar ditujukan kepada Bro Bahrin
YB dari Team A merangkap ahli PMC dan juga salah seorang pelopor tabung bersamamu Cendana sedang menjamu selera sambil mengomel..."amik gambo aku ni brooo.."

Bro Burhan merangkap adik kepada Bro Bahrin dan juga bekas perkerja Titan PP warehouse

"jemputlah kak...jgn malu2...kalau nak tapau leh juga bagitau jerr... hehehe"

Member2 dari Team A juga tak ketinggalan menjamu selera hingga tak perasan kena snap ahaks... ahaks

Founder merangkap tulang belakang dan sup tulang tabung bersamamu Cendana bersama Bro Bahrin yg menjadi sahabat beliau selama 15 tahun berkerja di Titan





Salam hormat...

Bersempena Hari Raya Aidil yang lepas salah seorang pelopor tabung bersamamu Cendana dan juga bekas perkerja Titan iaitu Bro Bahrin telah mengadakan rumah terbuka Aidiladha di teratak beliau di Jalan Ciku Kota Masai..
Maka ramailah sanak saudara,sahabat handai bertemu demi menunaikan hajat tuan rumah..Tidak kurang juga beberapa rakan2 ex-Titan yang berkunjung pada petang tersebut.
Jamuan tersebut juga diadakan bertujuan meraikan pemergian beliau pada hujung minggu ini bersama keluarga beliau untuk menetap di Ruawis UAE ..Hmmm....hilanglah lagi seorang sahabat kita mencari rezeki di perantauan demi memenuhi kehendak kehidupan.
Selamat berangkat Bro Bahrin dan keluarga semoga apa jua yang dilakukan beliau akan beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbalalamin...

Sunday, November 22, 2009

Konvoi MHCC Musim Mengawan...( En Lan )

Konvoi dari Southern Region(P.Gudang,Kulai,Sekudai) berhenti rehat sambil tunggu kuda2 yang lain
Berkumpul di Dataran Segamat sambil menantikan ahli Center Region dari Batu Pahat & Muar(Bagi staf Titan yang rasa malu ngan sticker PMC ni buktinya broooo...apa kalau dah joint MHCC tak leh join PMC ker...alasannnn)
Haaaa...tu dia Pearlmotoclub sebaris bersama sebahagian ahli MHCC dari Center Region.
Tengok tu Pearlmotoclub pun bangga dok sama2 ngan diorg tuuu..siap diorg offer nak joint club kuda Titan tuuu..bolehhhh tapi kena isi borang masuk Titan dulu bro hahahaha....
Sungguh sopan kuda2 MHCC bebaris masuk ke Felda Jelai
Ni mau runtuh pelamin kalau semua ahli bergambar.
Untuk mengelakkan kejadian tak diingini maka semua bergambar kat bawah hahaha(org rumah aku(baju biru)pun ikut konvoi...ada unsur2 maksiat ker dalam club kuda ni? soalan aku pada...ehem2



Asal jer musim tengkujuh atau musim cuti sekolah maka ramailah kuda2 yang akan mengawan,dah jadi trend kot...maklumlah masa nilah sanak saudara senang berkumpul untuk menjayakan satu2 majlis .So aku pun tak ketinggalan dapat banyak kad jemputan hingga kadang2 terpaksa bahagi dua ngan org rumah aku.Tapi yang specialnya majlis ni adalah majlis kahwin salah sorang dari ahli club kuda MHCC (Malaysian Honda Civic Club)yang diadakan di Felda Jelai Gemas iaitu sempadan Johor/N.Sembilan.
Seronok sungguh dapat bertemu ngan ahli2 club MHCC dari Segamat,B.Pahat ,Muar dan Kuala Lumpur.Tak kira tua ker,muda,ahli baru ker,lama ke,kereta baru ker,buruk ker semua tolak tepi demi kepentingan sebuah persahabatan yang muhibah dalam sesebuah club bagai satu keluarga.Inilah yang nak aku cuba terapkan dalam club PMC atau department aku atau dikalangan perkerja2 Titan sendiri.Masing2 tak der rasa "who want to be a leader" atau merasa "shift atau department masing2 bagus sangat2 "atau merasakan "terhina dan malu sekiranya bernaung dibawah org lain".Aku harap masing2 faham dengan motif yang cuba aku sampaikan ini.Konvoi MHCC dari Southern Region bertemu dengan ahli dari Centre Region di dataran Segamat dan lebih kurang 40 biji kuda telah berkonvoi ke rumah pengantin.Perghhh...grand tuuuu...terlopong org tengok.
Nantikan cerita dan gambar seterusnya MegaGath MHCC di Sepang 19/20hb Disember ni..pearlmotoclub Titan pun bangga dapat join tuuuuu....

Iklan lagi

Amboi2 sambil cekak pinggang tu menggoreng..nyampahhhh...awuuuu
Hmmm...sedap ni kalau pekena ngan kopi O

Sebagai memberikan galakan kepada ahli PMC untuk berniaga,sekali lagi blog ini telah memberikan ruang untuk salah seorang ahli kita iaitu Bro Akmal setelah beliau berjaya membuka sebuah gerai goreng pisang di restoran Bawang putih di Jalan Betik Kota Masai.So marilah kita serbu gerai beliau memandangkan musim tengkujuh ni sambil pekena goreng pisang panas ngan kopi "O" perghhh...... nikmat tu,kat Arab pun tak jumpa tuuuu hehehee,makan free tak der ehh...beli sehinggit dapat pun sehinggit gak tau mu sekorrr...

Sukan musim tengkujuh

Tentu ada perkara yang membuatkan pemain2 gelak gila... cuba teka...
Alamak mcmana nak mula step nak baling ni..agaknya begitulah terdetik dalam kota fikiran pemain

Tuuu..dia...si founder walaupun tak masuk Tournament tetap menunjukkan skill balingan ala2 joget zapin eyahhhhh.....


Memandangkan musim tengkujuh yang telah melanda maka semua kuda telah bertambat dan aktiviti di luar rumah dihadkan tetapi ini tidak bermakna kita terus lesu atau terus "mengelon" bak pepatah kata Wak Jai.
Ahli2 PMC dan yang anti PMC pun bersibuk juga mengasah bakat untuk menghadapi sukan bermusim Titan..biasalah nak tournament baru lah semua skill yang terperap dan bola bowling dikeluarkan.

Friday, November 13, 2009

Definasi berpersatuan

TT( teh tarik) MHCC yang meriah sambil borak2
Haaaa...meriah kan..kalau lah PMC guy pong leh mcm ni kan best....
Tak der pun unsur2 maksiat..bawak family ke,tunang ke,awek ke dan leh kenal2 sesama kita
Berbincang tentang konvoi kerja kahwin ke Gemas dan Mega Gath bulan Dec ni
Barisan kuda berjenama Honda berbaris cun( tu yang putih Founder yang punya hahaha)

Assalamualiakum
Kali ni aku nak sentuh sikit tentang definasi berpersatuan bagi yang kurang arif apa matlamat kita nak berpersatuan...
Apa tu persatuan...persatuan tu tak kiralah persatuan penduduk ker,persatuan politik ker,club kereta ker,persatuan pelayang ker,persatuan nelayan ker atau apa jua persatuan dalam Malaysia matlamat dan definasinya tetap sama...
Matlamatnya ialah untuk kita berkumpul,belajar,bertukar2 fikiran,bersatu,menjalinkan muhibah dan menjadikan kita lebih tabah.Ia juga membentuk diri kita supaya bertanggung jawab,komitmen serta sama2 memberi buah fikiran membina bukan meng"kondem"sesama kita...Aku ni tak lah pandai sangat tapi kalau bab berpersatuan dah kira masak gak ngan perangai & kerenah makhluk yang di panggil manusia..
Ada sesetengah org ni dia tak faham..kita di lantik sebagai AJK bagi persatuan yang tak dibayar gaji contohnya persatuan penduduk..tapi punyalah permintaan diorang mengalahkan seolah kita ni kerja dgn diorang pulak..so kita kena sama2 faham bahawa bila kita berpersatuan segala tanggungjwb dan komitmen kita tetap sama..kita kena bersatu padu serta sama2 menjadikan persatuan kita lebih kuat dan bukan segala beban dan tanggung jawab diletakkan diatas bahu AJK jer...
Dalam hal ni aku nak ambil club kereta yang aku join sebagai contoh..buat makluman semua selain sbg founder PMC motoclub ni aku pong join MHCC(Malaysian Honda Civic Club) untuk aku belajar dalam aspek penjagaan kuda serta bertukar2 fikiran tentang program2 yang pernah mereka jalankan supaya dapat aku terapkan dalam PMC nanti..
Aspek yang paling penting yang nak aku tekankan kat sini adalah komitmen ahli2 club MHCC itu sendiri...walaupun ada yang dok kat Kota Tinggi,Kulai,Pontian ataupun Pasir Gudang bila dapat jer massage supaya berkumpul ataupun TT (bagi yang tidak ada program atau kerja) mereka tidak pernah mengeluh ataupun mengelak.Ini adalah kerana komitmen terhadap club yang mereka sertai...itu yang penting kita kena fikirkan..
Kekadang kita kena faham..waktu kita berkumpul itulah segala maklumat dan aktiviti yang akan dijalankan akan dapat disampaikan terus kepada kita..tapi kalau dah kita tak pernah datang nak salahkan siapa???walhal kita yang tak leh nak beri komitmen,bukannya club yang tak berikan maklumat pada kita.
So bagi ahli PMC..aku ni bukanlah nak "smash" korang tapi hanya menjadikan ini sebagai contoh supaya ini akan menjadikan kita lebih matang dan bersatu agar club ini lebih kuat dan kebaikan kita bersama bak kata perpatah "Berat sama di pikul dan ringan samalah di jinjing"

Majulah PMC Untuk Semua

Founder