Wednesday, July 20, 2011

PENGUMUMAN

Salam Hormat Kepada Semua Ahli Pearlmotoclub.

Di bawah ini ada beberapa pengumuman yang perlu di ketahui oleh semua ahli untuk makluman dan tindakan :-

1) Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini..kami bercadang akan mengadakan kutipan sekurang2nya sebanyak Rm20 seorang utk membolehkan kita membeli beberapa keping cadar katil untuk kita sumbangkan kepada Warga Emas Nur Ehsan.
Segala sumbangan bolehlah terus kepada Bro Mahfiz pada hujung bulan Julai ini utk tindakan selanjutnya

2) Kepada ahli2 yang berminat untuk mengikuti Pearlmotoclub Gathering di Pulau Tioman pada hujung bulan Oktober ini diharap dapat memaklumkan kepada Bro Mahfiz dengan kadar seberapa segera.Untuk pengetahuan ahli, sebanyak 13 keluarga telah bersetuju dan telah membayar deposit utk menjayakan event itu nanti.Makluman ini juga membolehkan pihak organizer menempah bilik dan tiket ferry agar tidak kelam kabut di kemudian hari nanti.

3) Diharap setiap ahli dapat berbincang bersama wakil anda tentang lokasi & tarikh yang sesuai untuk Majlis Berbuka Puasa Pearlmotoclub 2011 nanti.Segala bentuk cadangan dan idea menarik akan kami pertimbangankan..Sila kemukakan segala bentuk cadangan kepada wakil2 EC anda.

Sekian Wassalam

Sunday, July 10, 2011

Majlis Mengawan Bro Zamri

Salam,

Bersua kembali dalam posting kali ini walupun kesibukkan kerja ditengah2 schedule Major Turnaround 2011 yang masih berjalan sekarang ini.Majlis mengawan Bro Zamri yang diadakan pada 9hb Julai bertempat di Dewan Perumahan TNB Kempas telah selamat kami hadiri walaupun ada diantara ahli yang sedang sibuk bertugas dan komitmen keluarga masing2.

Jutaan Terima Kasih kepada ahli2 PMC (Bro Taki,Bro Johar,Bro Gemok,Bro Mahat,Bro Nazri,Bro Haron,Bro Samadi,Bro Goku,Bro Razmi,Bro Hassan,Bro Reduan dan aku sendiri) kerana dapat meluangkan sedikit masa menghadiri majlis sahabat kita yang bersejarah ini.

Ucapan Selamat Pengantin Baru juga tak lupa kami tujukan kepada pasangan mempelai semoga rumahtangga yang diimpikan telah selamat direalisasikan dengan penuh kebahgian yang berkekalan hingga keakhir hayat.

Wassalam
menunggu member2 di Petronas Kempas
sambil2 tu sempat lah posing..
tunggu member2 yang sedang cari parking
tema unggu yang terapkan pada majlis beliau
apalagi..balun...
rekabentuk pelamin yang memukau para tetamu...
tak ketinggalan sahabat kita yang melaungkan masa walaupun sedang bertugas
makan cepat2..coz malam nak kerje..
kelihatan pengantin yang exclusive
perarakan mempelai yang meriah
bagai pinang dibelah dua pasangan mempelai memasuki dewan
haaa..tu dia..diapit oleh 2 bidadari bak putra raja bersemayam di singgah sana..Tahniah Broo hanya ini yg sempat tunggu kerana dek kesibukan tugas ada yg terpaksa balik dulu..

Tuesday, June 21, 2011

Kenduri Aqiqah Bro Nizam

Salam,


Banyak betul duit mamat ni eh..asyik2 wat makan2 jer...hehehe...jgn marah bro..inilah dinamakan berkat..setiap apa yang kita dapat kalau berkat insyallah akan ada bahagiannya..tak gitu ustaz Nizam...memandai2 lak aku ni mcm pak imam..


Kenduri aqiqah yang dilakukan oleh beliau adalah untuk anak2nya yang sebelum ini tak dapat ditunaikan mungkin atas kesibukan waktu dan kewangan..Alhamdullilah bro..setiap rezeki anak2 akan ada haknya..kita hanya perlu yakin jer..


Terima kasih kpd sahabat2 yang hadir semoga kehadiran kami akan memberi seribu makna dan dapat menunaikan hajat tuan rumah.


Wassalam
sanak saudara dan jiran juga hadir
inilah anak bro nizam yang dibuat kan kenduri aqiqah
perghhh!!!mantap
dah makan apalagi blah lah!!!...agak2nya itu yg diborakkan..
aku yg kekenyangan dan pening2 coz pekena gear box kambing masak stew...perghhh

Sunday, June 19, 2011

Harun Dah Pindah

Salam,

Setelah menunggu segala prosess penukaran hak milik,urusan pinjaman dan kerja2 renovation rumah baru maka hari yang ditunggu2 telah pun tiba buat Bro Hairol Siron iaitu salah seorang ahli dari kelab Pearlmotoclub.Kerja2 pemunggahan barang2 dari rumah lama ke rumah baru beliau telah dibantu oleh rakan2 dari ahli kelab (Aku,Bro Nazmi,Bro Taki,Bro Rashdan,Bro Awie & Bro Lani) yang meringgankan tulang demi menjalinkan ukuah sesama ahli.

Kegembiraan dan kecerian telah terpancar dari wajah beliau dan isteri yang menantikan saat2 utk memiliki sebuah istana keluarga yang di idamkan walaupun muka beliau kelat kerana terpaksa belanja kami makan tengahari dek janji manis yang telah ditaburkan beliau setelah selesai kerja2 pemunggahan...ha!..ha!..ha!...ha!...Jangan marah broo...gurau jerrr...

Wassalam
angkat jangan tak angkat bro..
pemunggahan dari rumah lama
ahli tertinggi kelab juga hadir utk meramaikan hari gembira beliau
kerja2 terpaksa dilakukan dengan kadar segera krn cuaca yang tak menentu sejak akhir2 ni
wajah dapur beliau yg siap direnovationkan
berat sama dipikul..ringgan sama di jinjing
sungguh happy tuan rumah dapat dok rumah baru
macam semut dapat makanan...sama2 dok gerak angkat peti ais...tergelak aku...

Saturday, June 11, 2011

Majlis Mengawan Bro Redzuan & Sesi Test Highway P.Gudang-Desaru

Salam,

Bagai dirancang2 pulok berkebetulan dengan tarikh Majlis Mengawan Bro Redzuan yang jatuh pada 11hb Jun 2011 sama dengan tarikh pembukaan Highway yang menghubungkan Pasir Gudang,Senai dengan Desaru.Jadi setelah sekian lama projek yang menelan belanja berjuta2 ringgit telah siap dibina akhirnya setelah pelbagai masaalah dalaman dapat diatasi..tapi yang nyata sebenarnya pada pandangan peribadi aku hanyalah "Indah Khabar Dari Rupa"..apa ke taknya..namanya highway tapi dah mcm jalan persekutuan..ada ke jalan 2 lane dinamakan highway...pelik tapi benar.

Berbalik pada kisah majlis mengawan bro redzuan pulak,seramai 12 ekor kuda telah meredah lebuhraya baru dan selamat menunaikan hajat tuan rumah.Terima kasih kepada ahli2 yang menjayakan konvoi kali ini (Bro Nizam,Bro Taki,Bro Lani,Bro zamri,Bro Kecik,Bro Karim,Bro Harun,Bro Bujal,Bro Ibrahim,Bro John,Bro Wafad dan aku sendiri).Majlis beliau yang sederhana tapi meriah dengan kunjungan jiran dan sanak saudara meraikan mempelai yang sedondon mengenakan busana pengantin berwarna hijau.

Alhamdullilah,kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dengan rasa bersyukur kerana segala rintangan,dugaan dan musibbah yang beliau hadapi sebelum majlis beliau telah dapat diatasi dengan sabarnya.

Wassalam

ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan berdentum kilat sambung menyambung
perjalanan konvoi sangat berhati2 kerana cuaca yang tidak menyebelahi kami.
inilah rupa jambatan yang di bina merentasi sungai Kong kong menuju ke Teluk Sengat
konvoi telah selamat sampai di rumah pengantin..apa lagi lapor perut
menantikan ahli2 bersiap2 menuju ke khemah yang disediakan
memang cun...mcm dirancang2 jer...khemah ni dapat memuatkan ahli2 PMC dan staff Titan
ladies first...
apa lagi...bahan...lah
tangkap posing sebelum membahan...
kayuh pelan2 bro..
kaum ibu juga tidak ketinggalan meraikan mempelai
ni aku tak leh kontrol..hujan perut pun lapor
pasangan mempelai berarak menuju ke rumah pengantin lelaki
upacara menyambut menantu..aku pun tak tau apa yg di buat oleh mak cik tudung kuning tu
sabor...sabor...redzuan...saborrrr...
persembahan exclusive silat pulut oleh Founder...main hentam jer hahaha
persembahan pasukan kompang Felda Air Tawar 1
bergambar kenang2an sebelum pulang...ramai yang terpaksa cabut dulu coz ada yang nak kerja malam...

Sunday, June 5, 2011

Pearlmotoclub 3rd Gathering Day 2011

Salam Ukuah..

Bertemu kembali,bersempena dengan sambutan Pearlmotoclub 3rd Gathering Day 2011 yang bakal akan diadakan pada hujung tahun ini..Kami AJK PMC telah berbincang dan mendapat maklum balas dari undian SMS daripada ahli2 bahawa lokasi yang menjadi pilihan adalah di Sun Beach Resort Pulau Tioman.

Di bawah ini disertakan serba sedikit butiran tentang harga tambang Ferry dan harga penginapan yang akan dipilih kepada ahli2 yang berminat.Segala bentuk cadangan dan pertanyaan bolehlah diajukan kepada Bro Mahfiz untuk mendapat maklumat lanjut.

Kami berharap kepada ahli PMC dapatlah memberikan sedikit ruang dan kerjasama agar event kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.Insyallah..

Wassalam



Wednesday, June 1, 2011

Malaysia Motocross Championship 2011

salam 1Malaysia.....

Kt berjumpa lg di post yg terbaru dr kami. Baru2 ini 1 pertandingan motocross telah diadakan di parking lot Plaza Angsana, Johor. Sebnyk 6 event telah dipertandingkan iaitu Novice Event, Junior Event, 1 Hour + 2 Round Endurance Event, CubCross Event, Veteran Endurance Event dan Expert Event. Event yg menjd perhatian para pengunjung dh tentunya Junior Event dan Expert Event. Di Junior Event kt dpt tgk aksi2 dr adik2 kt yg umur semuda 8 thun beraksi dgn lompatan2 dan jg aksi2 dare riding mengalahkan peserta Novice Event. Yg menariknya dlm Junior Event ialah dgn kehadiran satu2nya peserta perempuan yg berumur 12 thun dan menempatkan dirinya dlm Top 10 Junior Event. Sapa kata bdk2 pompuan tak ganas? heheh...tp ganas berisi la kan.

Dlm Expert Event juga kt dpt lihat peserta tempatan berentap dgn peserta dr luar negara. Walaupun peserta dr luar lebih berpengalaman, namun tentangan yg peserta tempatan berikan cukup sengit dan menghiburkan. Yg lebih bermakna lg peserta tempatan berasal dr Johor berjaya meletakkan diri dlm kelompok 5 teratas iaitu 2nd runner up di blkg peserta Thai (champion) dan peserta Jepun (1st runner up).

Korg lyn la gmbr2 yg ada ni. tuk view lebih bnyk gmbr masa championship tu, korg blh tgk kat link bwh ni

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.213698218660541.58728.100000610931863
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.213695095327520.58726.100000610931863
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.213688841994812.58724.100000610931863
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.213692465327783.58725.100000610931863