Saturday, June 11, 2011

Majlis Mengawan Bro Redzuan & Sesi Test Highway P.Gudang-Desaru

Salam,

Bagai dirancang2 pulok berkebetulan dengan tarikh Majlis Mengawan Bro Redzuan yang jatuh pada 11hb Jun 2011 sama dengan tarikh pembukaan Highway yang menghubungkan Pasir Gudang,Senai dengan Desaru.Jadi setelah sekian lama projek yang menelan belanja berjuta2 ringgit telah siap dibina akhirnya setelah pelbagai masaalah dalaman dapat diatasi..tapi yang nyata sebenarnya pada pandangan peribadi aku hanyalah "Indah Khabar Dari Rupa"..apa ke taknya..namanya highway tapi dah mcm jalan persekutuan..ada ke jalan 2 lane dinamakan highway...pelik tapi benar.

Berbalik pada kisah majlis mengawan bro redzuan pulak,seramai 12 ekor kuda telah meredah lebuhraya baru dan selamat menunaikan hajat tuan rumah.Terima kasih kepada ahli2 yang menjayakan konvoi kali ini (Bro Nizam,Bro Taki,Bro Lani,Bro zamri,Bro Kecik,Bro Karim,Bro Harun,Bro Bujal,Bro Ibrahim,Bro John,Bro Wafad dan aku sendiri).Majlis beliau yang sederhana tapi meriah dengan kunjungan jiran dan sanak saudara meraikan mempelai yang sedondon mengenakan busana pengantin berwarna hijau.

Alhamdullilah,kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai dengan rasa bersyukur kerana segala rintangan,dugaan dan musibbah yang beliau hadapi sebelum majlis beliau telah dapat diatasi dengan sabarnya.

Wassalam

ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan berdentum kilat sambung menyambung
perjalanan konvoi sangat berhati2 kerana cuaca yang tidak menyebelahi kami.
inilah rupa jambatan yang di bina merentasi sungai Kong kong menuju ke Teluk Sengat
konvoi telah selamat sampai di rumah pengantin..apa lagi lapor perut
menantikan ahli2 bersiap2 menuju ke khemah yang disediakan
memang cun...mcm dirancang2 jer...khemah ni dapat memuatkan ahli2 PMC dan staff Titan
ladies first...
apa lagi...bahan...lah
tangkap posing sebelum membahan...
kayuh pelan2 bro..
kaum ibu juga tidak ketinggalan meraikan mempelai
ni aku tak leh kontrol..hujan perut pun lapor
pasangan mempelai berarak menuju ke rumah pengantin lelaki
upacara menyambut menantu..aku pun tak tau apa yg di buat oleh mak cik tudung kuning tu
sabor...sabor...redzuan...saborrrr...
persembahan exclusive silat pulut oleh Founder...main hentam jer hahaha
persembahan pasukan kompang Felda Air Tawar 1
bergambar kenang2an sebelum pulang...ramai yang terpaksa cabut dulu coz ada yang nak kerja malam...

No comments:

Post a Comment