Wednesday, July 20, 2011

PENGUMUMAN

Salam Hormat Kepada Semua Ahli Pearlmotoclub.

Di bawah ini ada beberapa pengumuman yang perlu di ketahui oleh semua ahli untuk makluman dan tindakan :-

1) Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini..kami bercadang akan mengadakan kutipan sekurang2nya sebanyak Rm20 seorang utk membolehkan kita membeli beberapa keping cadar katil untuk kita sumbangkan kepada Warga Emas Nur Ehsan.
Segala sumbangan bolehlah terus kepada Bro Mahfiz pada hujung bulan Julai ini utk tindakan selanjutnya

2) Kepada ahli2 yang berminat untuk mengikuti Pearlmotoclub Gathering di Pulau Tioman pada hujung bulan Oktober ini diharap dapat memaklumkan kepada Bro Mahfiz dengan kadar seberapa segera.Untuk pengetahuan ahli, sebanyak 13 keluarga telah bersetuju dan telah membayar deposit utk menjayakan event itu nanti.Makluman ini juga membolehkan pihak organizer menempah bilik dan tiket ferry agar tidak kelam kabut di kemudian hari nanti.

3) Diharap setiap ahli dapat berbincang bersama wakil anda tentang lokasi & tarikh yang sesuai untuk Majlis Berbuka Puasa Pearlmotoclub 2011 nanti.Segala bentuk cadangan dan idea menarik akan kami pertimbangankan..Sila kemukakan segala bentuk cadangan kepada wakil2 EC anda.

Sekian Wassalam

No comments:

Post a Comment