Thursday, September 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Pearlmotoclub

Salam Lebaran..


Sudah agak lama aku tak update blog ni krn dok sibuk menyambut bulan Syawal yang telah menjelma seminggu lebih yang lalu.Disaat kita menyambut Aidilfitri ini aku ingin mengingatkan kepada semua ahli agar lebih berhati2 ketika memandu di jalanraya kerana di musim2 perayaan inilah statstik kemalangan yang telah dicatatkan di negara ini adalah sangat2 menakutkan.


Kepada yang pulang berhari raya di kampung halaman aku juga ingin mengingatkan agar sentiasa berwaspada dengan kes2 pecah rumah yang kerap berlaku ketika kita sibuk bergembira di kampung.Disini aku mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh ahli Pearlmotoclub dan aku memohon maaf sekiranya ada kesilapan atau kekurangan semasa aku menerajui kelab kesayangan kita ini.


Setelah perbincangan yang telah diputuskan berikutan Majlis Berbuka puasa yang telah ditangguhkan pada bulan Ramadhan yang lepas maka kami telah berusaha untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Pearlmotoclub yang akan di adakan mengikut ketetapan di bawah:


Tarikh : Isnin -12hb Sept 2011

Tempat : Rumah Bro Taki di alamat No 2 Jalan Sejambak 9 Tmn Bukit Dahlia P.Gudang

Masa : 8.00mlm-11.00mlm

Pakaian baju melayu/kurung raya

Bayaran : RM15 -Singgle - RM30 - Couple

Menu - Satey,Nasi himpit,nasi lemak,sambal udang,ayam goreng rempah,Mee siam,kuih muih,buah-buahan


Aturcara Majlis

8.00mlm - Ketibaan Ahli

8.15mlm - Majlis Doa Selamat

8.30mlm - Marhaban

8.45mlm - Jamuan

11.00mlm - Bersurai



Di harap kepada semua ahli sudi lah kiranya meluangkan sedikit waktu agar dapat kita bersama2 menjayakan program yang telah kami susunkan demi menjalinkan ukuah persahabatan yang berkekalan.Insyallah



Wassalam

No comments:

Post a Comment