Friday, September 16, 2011

JAMUAN HARI RAYA PEARLMOTOCLUB 2011

Salam Lebaran kepada semua pengujung blog tidak kiralah dimana jua anda berada..
Rasanya tidak terlewat lagi untuk kami menghulurkan kemaafan sekiranya ada kesilapan di masa lalu.Di tahun ini juga kami telah mencipta sejarah dengan menganjurkan Majlis Jamuan buat ahli Pearlmotoclub bertujuan untuk mengeratkan ukuah serta menjalinkan muhibah sesama ahli.

Majlis yang di jalankan secara bergotong royong bersama ahli2 yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi di serikan lagi dengan acara Tahlil ringkas utk sahabat2 yang telah meninggalkan kita seterusnya bermarhaban beramai2 dan diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung demi menjayakan event yang bersejarah ini.Sekali lagi Syabas semua!!!

Wassalam
bergotong royong membuat persiapan seawal 9 pagi
berehat sementara menantikan waktu utk berbelanja di pasar
tuuu!!! dia...basuh bang jangan tak basuh
suasana yang menjadi kenangan
nasi himpit telah sedia utk diangkat
founder dengan resepi sambal tumis udang...perghhhh pedas tuuu
bro harun menggoreng ayam berempah
bro lani tidak ketinggalan meringankan tulangnya...
bersiap sedia menantikan kehadiran ahli
merah sangatlah pak ngahhhh
upacara tazkirah ringkas dan seterusnya tahlil yg di ketuai oleh bro nizam
tidak ketinggalan kehadiran otai merangkap penaung Tn Hj Rosidi.
masing2 kyusuk membaca ayat2 suci
acara marhaban yg diketuai oleh bro mahfiz
pukulan kompang menyedapkan dan memeriahkan marhaban
jamuan yang di tunggu2
kaum ibu juga hadir dalam majlis tersebut
menu yang sungguh lazat...satay,nasi lemak sambal udang,ayam berempah,mee hoon dll
alhamdullilah...semuanya laris dipasaran
tuan rumah merangkap bapak pengantin..heheheh
sungguh berselera ahli2 menjamu selera
pakai baju melayu hari raya yg menjadi tema majlis tersebut
haaa!!!!...makan bang..jemput... ujar bro awie
acara yang dinanti2kan...bergambar kenang2an
tahniah kepada semua yang menjayakan majlis tersebut..hanya Allah sahaja yg membalasnya

2 comments: