Friday, July 23, 2010

MESYUARAT AJK PMC

Salam sejahtera,

Di maklumkan kepada ahli2 PMC bahawa satu mesyuarat AJK PMC telah berjaya kita adakan pada 23hb Jul di rumah Bro Mahfiz pkl 9.00 mlm dan berakhir pada pkl 11mlm dalam suasana santai dan bertenaga.Setelah berbincang dan bermuzakarah maka inilah hasil dari mesyuarat tersebut utk makluman dan kebaikan kita bersama.Terima kasih juga kepada AJK yang dapat hadir pada mesyuarat tersebut semoga apa yang kita rancangkan akan berjaya dan terlaksana..Insyallah

AJK yang hadir
Bro Mahfiz
Bro Awie
Bro Azhari
Bro Taki
Bro Johar
Bro Nazri
Bro Fahizal
Bro Aidil
Bro Nizam

AJK yang tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan
Bro Hafiz
Bro Azziudin
Bro Norazmi
Bro Rizal

a) Program Berbuka Puasa Pearlmotoclub
Ada 2 cadangan utk program yang perlu maklumbalas dari semua ahli samada hendak mengadakan di Rumah Anak Yatim Berkat bersama anak2 yatim di sana atau di tempat yang agak exclusive hanya dihadiri oleh kalangan ahli PMC sahaja.Jadi sila beri kerjasama dengan memberi maklum balas kepada E.C masing selewat2 minggu depan utk kita merangka kertas kerja program tersebut.

b) Pearlmotoclub Gathering Day 2010
Berkenaan tentang lokasi dan tarikh masih dlm peringkat perbincangan tetapi cadangan adalah pada bulan Nov selepas Turnaround dan diminta ahli2 dapat memberikan kerjasama dgn memberikan maklumat lokasi yg terbaik di sekitar Johor serta tarikh yang sesuai yang membolehkan keahlian mencapai 80-90% .Disamping itu kita bolehlah merancang percutian kita agar membolehkan program kita berjalan dengan jayanya.

c) Lain2 Hal
1) Perbincangan tentang cadangan penyelarasan sticker kenderaan ahli2 agar lebih seragam dan menarik keahlian baru memandangkan kelab kita telah menjadi sebuah kelab yang lebih maju dan berjaya.Diminta setiap ahli memberikan keputusan dan maklum balas kepada EC masing tentang cadangan tersebut.Dan sekiranya majority lebih kepada penukaran maka setiap shift perlu memberikan 2 sample contoh sticker bermakna (2 sample x 3 (A,B & C) shift = 6 sample) yang akan kita publishkan dalam blog ini yang memerlukan undian dari ahli2 PMC semua..
Tempoh utk cadangan di atas adalah selewat2nya 2 bulan sehingga penyelarasan dilakukan.

2) Perbincangan tentang penyelarasan dan mengemaskinikan keahlian PMC juga telah kita bincangkan dan keputusannya adalah setiap ahli samada yang baru atau yang lama akan diberikan borang keahlian yang membolehkan maklumat anda difailkan menjadi lebih teratur dan lebih offical serta perbincangan tentang yuran pendaftaran sebanyak RM5 untuk tabung PMC (merangkumi pembelian peralatan konvoi,bena dan surat menyurat) serta RM50 (berupa sticker 1 set,sehelai baju T berkolar utk majlis rasmi PMC dan kad keahlian untuk ahli2 PMC )
Segala maklumat dan maklum balas bolehlah merujuk kepada E.C masing agar segala kata putus dapat kita tetapkan bersama.

Wassalam
Hidup PMC!!!!!!
bersantai sambil menanti AJk yang lain tiba
lokasi meeting yang damai dan santai
mesyuarat dimulakan dgn ucapan alu2an dari pengerusi
founder menilik2 work schedule utk sama2 menetapkan tarikh setiap program
apa yang termenung tuuu....bro fahizal..kyusuk kot dgr bro awie berceloteh hehehe...
bro azhari bersemangat merekodkan program yang bakal disusun sambil bro nazri bersantai jer hahaha...
bro taki & bro aidil kyusuk dan serius dgn perbincangan dalam mesyuarat mlm tu..
bro nizam lambat sampai so gamabr dia tak der hehehe sori ehh bro nizam...kelihatan bro johar mencongak2 keuntungan kuih yang dijual kot hahahaha...

No comments:

Post a Comment