Salam ukhwah pd suma ahli-ahli PMC. Rase segan dan malu nak ceritakan artikel ni, tapi setelah dipujuk oleh Founder kita, maka inilah ceritanya……
Baru-baru ni Team A PP plant telah menganjur Family Day pada 26 haribulan Jun yg lepas khas untuk staff-staff dr Team A ke Teluk Buih, Mersing. Program ini dianjurkan oleh Sdr Aidil yg mana dia salah seorg ahli baru PMC. Beberapa orang ahli PMC dari Team A juga turut serta dlm program ini iaitu Sdr Amin, Sdr Hafiz, Sdri Syazana dan Sdr Osman dgn membawa kuda masing-masing serta megah mempamerkan sticker PMC. Program ini bertujuan tuk beriadah sambil mengeratkan lagi hubungan antara rakan-rakan didalam Team A PP plant. Jumlah kehadiran amat menggalakkan kerana hampir 96% ahli-ahli Team A dpt mengikuti program ini termasuklah dari PP packaging.
Program ini ju ga secara tidak langsung bertujuan menghadiri majlis perkahwinan salah seorg ahli Team A, iaitu Sdr Nur Ashik Jaafar di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi. Program bermula dgn berhimpun di Petronas Cahaya Masai bg ahli-ahli yg tinggal sekitar Pasir Gudang dan bertolak ke Petronas Ulu Tiram dimana ahli-ahli yg diluar kawasan Pasir Gudang menunggu disana.
Setelah berkumpul dan diberi taklimat ringkas oleh Chef De Mission (S/S Team A – Sdr Yunos) maka rombongan bergerak menuju ke Sg Ara tuk menngalas perut yg mula nk berkeroncong tu. Rombongan tiba di Sg Ara sekitar jam 12.30 tghari waktu Malaysia. Maka sesi mengisi perut yg kosong pun bermula.
Dah kenyang dan tanpa sempat berjumpa dgn pengantin, rombongan terpaksa bertolak tuk kejar masa check-in iaitu 2 petang. Rombongan selamat tiba di Teluk Buih sekitar jam 2 ptg dan bermula sesi amik kunci bilik masing-masing tuk berehat seketika seblm acara sebnr bermula.
Acara tuk ptg itu dimulakan dgn telematch yg telah diatur oleh pihak resort. Macam-macam kerenah dan gelagat yg dapat memecahkan perut dapat kita lihat masa telematch itu berlangsung. Sesi telematch selesai hampir jam 7. Sesi seblh malam pula dimulakan dgn ujian dr Yg Maha Esa dimana hujan lebat mencurah-curah sehingga jam 9. So, sesi barbeque pun lewat dimulakan dan mengundang perut berlagu merdu. Bnyk juga aktiviti yg dijalankan iaitu sesi karaoke yg didominasi oleh Sdr Aidil dan Chef De Mission Team A. Sesi malam tamat dgn dendangan lagu dr Chef De Mission.
Pagi Ahad yg indah sesi suka hati dimulakan dgn menikmati sarapan yg enak dihidangkan oleh pihak resort dan disusuli aktiviti bebas, berkayak, mandi kolam dan lepak2 sebelum acara pemberian hadiah dimulakan. Tepat jam 12.30 tghari, rombongan mula bergerak pulang dan singgah makan tghari di pertengahan perjalanan ke Pasir Gudang.Diharap dgn artikel yang serba ringkas ni akan menambahkan semangat kami utk menjalankan program2 yang akan datang.
Wasalam
Nukilan dari - Hafiz PMC aka lancer biru
Sowi eh ahli2 PMC, baju merah tu kat PP Plant jer. Dah macam pekerja Sani Express
Gigit jgn x gigit ayam tu zana…….
No comments:
Post a Comment