Bertemu kembali dlm posting kali ini tentang program yang telah menempa sejarah buat julung2 kalinya telah dianjurkan oleh kelab berkuda Titan yang tak lama dah bertukar kepada Honam di Arena Sport Prima pada 29hb Jul 2010 jam 9.00mlm.Pertemuan buku dgn ruas diantara 2 buah kelab berkuda Pearlmotoclub dan MHCC (Malaysian Honda Civic Club) Southern Region bukanlah perperangan acara Drag Race ataupun Autoshow tetapi adalah pertembungan secara sihat untuk mengeratkan silaturahim dan ukuah serta dapat bertukar2 infomarsi secara 2 hala.
Acara yang santai serta meriah dengan deruman kuda masing2 memasuki Arena Sport Prima membuatkan semua mata tertumpu kearah kita telah dihadiri oleh 10 ekor kuda Pearlmotoclub (Bro Mahfiz,Bro Awie,Bro Taki,Bro Johar,Bro Bujal,Bro Joarnand,Bro Karim,Bro Hasan,Bro Kecik,Bro M.Amin dan Bro Din Lab)dan lebih kurang 25 ekor kuda MHCC dari sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang yang telah diketuai oleh bos Southern Region iaitu Bro Pekan Boy datang memberikan sokongan kepada anak buahnya.
Perlawanan tersebut bukanlah kemenangan yang kita harapkan tetapi matlamat program telah menepati misi kelab kita iaitu konvoi,riadah dan amal disamping dapat berkenalan dengan tuan empunya kuda2 kuat Honda Civic yang mesra serta sempoi.Sekalung penghargaan kepada Bro Hassan kerana menguruskan tempahan padang dan kepada semua warga yang telah menjayakan program tersebut,diharap ukuah dan persahabatan yang kita jalinkan akan terus berpanjangan sampai akhir hayat.Insyallah...
Syabas dan Tahniah.
Wassalam
kuda2 pearlmotoclub berbaris megah bersama kuda2 civico
bro bujal sedang bersiap2 sebelum perlawanan
bro M.Amin dari TPP operation juga hadir pada program tersebut haaaa...sepak!!!!tendang!!!!flying kick!!!! begitulah sorakan masing2..panggil main tak nak hahaha!!!